Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Sekiranya kita mempunyai RM 1 juta tapi hutang pun bernilai RM 1 juta, kita bukan digelar jutawan tapi 'kosongwan'. Sekiranya ki...

Semua Wan

Sekiranya kita mempunyai RM 1 juta tapi hutang pun bernilai RM 1 juta, kita bukan digelar jutawan tapi 'kosongwan'.

Sekiranya kita mempunyai harta tapi tiada duit, kita digelar hartawan.

 Sekiranya kita tidak mempunyai harta dan wang, itu dipanggil ketidaktahuan. -

Chef Li, Jutawan Senyap

Maksudnya, ukuran jutawan dikira pada jumlah wang yang kita simpan

0 comentários:

LIST TO DO IN OUR "FINANCIAL LIFE MAP" UMUR 20-AN 🖋Jangan follow trend hipster 🖋Bina pendapatan kecil-kecilan 🖋 Belajar ...

Financia Life Map

LIST TO DO IN OUR "FINANCIAL LIFE MAP"

UMUR 20-AN
🖋Jangan follow trend hipster
🖋Bina pendapatan kecil-kecilan
🖋 Belajar menabung 15% - 60%
🖋 Cari ilmu kewangan dan belajar
🖋Baca buku, hadiri seminar, cari guru (e.g. Ada apa dengan RM? Bestseller buku kewangan drpd Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir - RM 20 JE tapi nilai penjimatan lebih RM 200,000 ringgit)
🖋Mulakan tabung bersara seawal usia (e.g. Tabung Haji, ASB, ASB 2 etc)
🖋Tanamkan mindset untuk bersara selesa
.
.
UMUR 30-AN
🖋Beli insuran perubatan (Contoh Takaful IKHLAS tiada limit tahunan dan MAKSIMUM RM1 JUTA ringgit)
🖋Mulakan pelaburan secara agresif
🖋Carilah peluang menjana pendapatan pasif
🖋Pastikan dana kecemasan cukup enam bulan gaji (e.g. 3 bulan di Tabung Haji dan 3 bulan lagi utk simpanan EMAS, lebih byk lagi bagus)
🖋Kenali potensi saham dan laburkan wang lebihan
🖋Bina dana pendidikan anak-anak melalui instrument pelaburan (e.g. Tabung Haji sbb ade dividen average 5% setahun dan patuh shariah serta register skali haji selewatnya 6 bulan selepas kelahiran)
🖋Sementara muda, lakukan dua kerja dan saving semaksimum angka
.
.
UMUR 40-AN
🖋Lindungi asset daripada inflasi (average susut nilai 4% setahun)
🖋Elakkan liabiliti jangka panjang
🖋 Fokus 100% kepada tabung persaraan
🖋Perbelanjaan untuk kesihatan diri
🖋Slow down dan tuai hasil pendapatan pasif
🖋 Elak acah-acah tambah isteri dengan alasan “life begin at 40”
.
.
UMUR 50-AN DAN 60-AN
🖋Selesaikan segala hutang piutang (jangan mati meninggalkan hutang dan tidak meninggalkan harta) - Wang KWSP AKAUN 2 - boleh dikeluarkan sewaktu awal umur 50
🖋 Berhenti libatkan diri dalam pelaburan berisiko tinggi
🖋 Fokus untuk menyampaikan ilmu kepada generasi muda
🖋 Berbincanglah dengan pasangan urusan pembahagian harta/ wasiat pada anak2
🖋Tingkatkan nilai rohani serta kasih sayang terhadap keluarga
🖋 Tenang-tenang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan masjid
Semoga Allah memberkati setiap FASA kehidupan kita yang serba singkat ini. Aamiin Ya Rabbal Aamiin.
.
.
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ ۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ مِنْ مَعْرُوفٍ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

0 comentários:

Labur Untuk Masa Depan


0 comentários:

​Di dalam soal kewangan, anda dikira TEWAS jika:- 1. Anda mula bergantung pada HUTANG untuk hidup. 2. Anda tidak mempunyai satu pun PENDAPAT...

Kita TEWAS Kewangan jika


​Di dalam soal kewangan, anda dikira TEWAS jika:-

1. Anda mula bergantung pada HUTANG untuk hidup.

2. Anda tidak mempunyai satu pun PENDAPATAN PASIF.

3. Anda tidak berminat langsung untuk mulakan sebuah PERNIAGAAN kecil.

4. Anda tidak ada apa-apa PERANCANGAN masa depan untuk 5 tahun akan datang.

5. Anda hanya membaca NOTA-NOTA KEWANGAN tetapi tidak dapat MANFAAT daripadanya.

6. Anda mempunyai ILMU KEWANGAN tetapi tetap tidak mahu MENGAMALKANNYA.

7. Anda menghadapi MASALAH tetapi tidak mahu mencari jalan PENYELESAIANNYA.

8. Anda mempunyai MODAL BESAR tetapi tidak tahu untuk MENGEMBANGKANNYA.

9. Anda mempunyai idea-idea yang sangat BERNAS tetapi tidak pernah membuat CATATAN mengenainya.

10. Anda mempunyai SEGALA-SEGALANYA tetapi hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.

11. Anda punyai MASA untuk merancang tetapi tidak ada masa untuk bertindak.

12. Anda kononnya tahu segala-galanya tetapi hanya PANDAI dibibir sahaja.

13. Anda masih lagi di tahap yang SAMA sepertimana kehidupan anda 10 tahun yang lalu.

14. Anda berkata TAKDIR yang menentukan segala-galanya.

USAHA dahulu kemudian biar takdir yang akan menentukannya!

Cari jawapan anda di dalam buku IQ WANG ORANG KAYA.....

0 comentários:

Salah satu tanda ekonomi merosot, penggabungan Bank.  Pekerja akan diberhentikan,  So preparelah dari sekarang dan buat simpanan . Sa...

Tanda-tanda Ekonomi Merosot



Salah satu tanda ekonomi merosot, penggabungan Bank.  Pekerja akan diberhentikan, 
So preparelah dari sekarang dan buat simpanan . Salah Satu nya adalah dalam bentuk Emas.

0 comentários:

Hidup Bergaya Punca Muflis


0 comentários:

IQWang Orang Kaya by Wan Roslan Wan Salleh


0 comentários:

Menurut kajian statistik yang dikeluarkan oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.(Hampir sama dengan Malaysia) Pada umur 6...

Minda Mesti Kaya Dulu


Menurut kajian statistik yang dikeluarkan oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.(Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:
- 1 orang jadi jutawan
- 4 orang hidup senang
- 5 orang masih bekerja sebab terpaksa
- 54 orang hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan
- 36 orang meninggal dunia.

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada 100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya adalah bergantung kepada MINDSET seseorang...

Disini saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan orang susah:

1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya" Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"
2: Orang kaya berbisnes untuk menang. Orang susah berbisnes supaya tak rugi.
3: Orang kaya komited untuk jadi kaya. Orang susah hanya nak kaya.
4: Orang kaya berfikiran luas & jauh. Orang susah berfikiran sempit.
5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang. Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.
6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya. Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.
7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya. Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.
8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes. Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.
9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah. Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.
10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru. Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.
11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil. Orang susah memilih dibayar melalui masa.
12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya. Orang susah kerja kuat untuk cari duit.
13: orang kaya bertindak walaupun takut. Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.
14: Orang kaya pandai uruskan kewangan. Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.

"THINK AND GROW RICH"

#sekadar merenung antara kaya dn miskin, berjaya dn gagal.

1 comentários:

Ada yang menganggap 'pekerjaan' itu sama seperti 'perhambaan'! WOW! Satu kenyataan yang keras, tercabar dan mengejutkan! J...

Kerja Macam Hamba

Ada yang menganggap 'pekerjaan' itu sama seperti 'perhambaan'!

WOW! Satu kenyataan yang keras, tercabar dan mengejutkan! Jom kita perincikan kenyataan ini!
Zaman dahulu, jika anda seorang hamba anda 'bekerja' di bawah seorang tuan.

Dengan segala makan minum dan tempat tinggal anda ditanggung oleh tuan anda. Samada makan anda cukup, selesa atau tidak, anda tidak boleh membantah, merungut atau membentak!

Cuma bezanya sekarang, anda menjadi 'hamba' kepada majikan dan anda dibayar gaji!

Samada cukup, selesa atau tidak, anda yang terpaksa menanggungnya sendiri tanpa anda boleh membantah, merungut atau membentak! Jika tidak, anda mungkin terpaksa diberhentikan kerja atau anda bertukar tempat kerja mencari 'tuan' yang boleh memberi anda makan pakai yang mencukupi!

Situasinya seakan sama, bezanya sekarang anda ada kuasa@pilihan mencari 'tuan' anda yang baru atau anda bebas menjadi 'tuan' itu.

Fikir-fikirkan jika anda berada di dalam situasi ini.


0 comentários:

Anda sangka anda kaya? Anda ada rumah besar? Anda ada kereta besar? Anda ada beberapa rumah sewa? Anda ada beberapa bidang tanah? Anda...

Jangan jadi Pak Kadok

Anda sangka anda kaya?
Anda ada rumah besar?

Anda ada kereta besar?
Anda ada beberapa rumah sewa?
Anda ada beberapa bidang tanah?
Anda tidak perlu lagi bekerja?

Tetapi duit simpanan makin menyusut?

Masih terikat dengan hutang?

Masih tercari-cari rakan baik KAWANKU di bank untuk buat pinjaman peribadi?

Anda sudah mula tidur tak lena?

Anda tercari-cari di mana kesilapan anda?

Jika jawapan anda semua 'YA', anda memang ada masalah, masalah menguruskan wang!

Tetapi anda dilihat sebagai seorang yang kaya, bukan? Atau anda hanya berangan yang anda seorang jutawan?

Anda masih belum cukup wang untuk menanggung perbelanjaan bulanan tanpa perlu bekerja.

Walaupun anda memang seorang yang kaya....tetapi tahukah anda bahawa anda merupakan seorang jutawan .....fakir!

Tidak pun jutawan miskin jika anda masih menghadapi masalah -masalah di atas.

Anda masih belum cukup mencipta pendapatan pasif! Anda belum betul-betul faham kiraan pendapatan pasif anda tetapi anda sudah pun menjulang piala kemenangan sebelum wisel berbunyi!

Anda belum pun menjaringkan gol, wisel pun belum dibunyikan tetapi anda sudah melompat kegembiraan meraikannya bersama penonton! Ibarat malang Pak Kadok, ayam sabongnya menang, tetapi rupanya menang sorak sahaja, akhirnya kampong tergadai!

Sebenarnya anda masih perlu bekerja! Bekerja untuk mencari wang! Wang yang akan mencukupkan belanja bulanan anda!

Masanya belum tiba lagi wang bekerja untuk anda!

Anda perlu tuntut ilmu, belajar, ambil tahu, faham dan bertindak jika anda inginkan wang pula bekerja untuk anda!

Jangan jadi Pak Kadok! Menang sorak, kampong tergadai!

0 comentários:

GPS anda adalah ilmu itu! Jika kita ingin menuju ke tempat destinasi yang kita langsung tidak tahu halatujunya, GPS sangat penting sebagai ...

Ilmu itu GPS

GPS anda adalah ilmu itu!

Jika kita ingin menuju ke tempat destinasi yang kita langsung tidak tahu halatujunya, GPS sangat penting sebagai alat penunjuk jalan. Begitu juga jika kita mahu ke tempat destinasi dengan cepat, GPS(Waze) juga boleh membantu anda untuk mengelak jam!

Pendekata, anda perlukan ilmu (GPS) itu untuk elak halangan dan melancarkan perjalanan anda.

Sama juga jika destinasi hidup anda ingin mencapai kejayaan dan kekayaan! Tanpa ilmu yang betul, anda mungkin boleh juga mencapai hajat anda tetapi anda terpaksa mengharungi liku-liku kesusahan dan kepayahan terlebih dahulu.

Anda terpaksa berdepan dengan duri-duri kehidupan yang menyebabkan anda terjerumus ke dalam skim penipuan dan putar alam. Anda mungkin tersungkur dahulu untuk hidup senang. Malah ada yang tersungkur dan terus terkubur!

Jika anda ada cita-cita tinggi melangit untuk menjadi kaya, maksud saya, benar-benar kaya!

Bukan kaya hanya untuk diri sendiri dan keluarga sahaja tetapi kaya yang boleh membela diri kita di akhirat kelak dengan kemampuan kita memperbanyakkan bersedekah jariah.

Kaya yang boleh dijadikan sebagai bekalan di dunia dan pelindung di akhirat!

Untuk anda mencapai hasrat tanpa banyak halangan dan rintangan, ilmu kewangan, pelaburan dan perniagaan adalah ilmu itu!

Cari, timba, tuntut apa sahaja ilmu yang boleh menjadi peta kepada laluan anda dengan lebih mudah dan lancar untuk membolehkan anda menjadi kaya raya!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Di petik dari Whatsapp Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk bisnes Beberapa hari sebelum Nasi Ayam sy viral melampau dan followers saya na...

Rahsia ILMU PELARIS untuk Bisnes

Di petik dari Whatsapp

Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk bisnes

Beberapa hari sebelum Nasi Ayam sy viral melampau dan followers saya naik kepada 20 000 dalam masa seminggu.

Saya study pasal surah AL WAQIAH.

Selepas saya ditegur Allah melalui seorang Pak Cik Jaga klinik yang selalu saya bawa anak follow up.

Semasa pak cik itu tegur saya sebelum balik,

"Nak.. Amalkan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah sebelum tidur ye".

[Eh pak cik ni.. Dalam ramai ramai orang, dia tegur aku!]

Skeptikal juga dalam hati sikit. Tetapi fikir balik, Eh! Allah tegur ni melalui pak cik ni!

Jadi, saya pun bukalah tafsir Al Quran dan selak halaman surah Al Waqiah.

Oh... Surah tentang Hari Kiamat rupanya.

Kemudian saya tanya kawan kawan di facebook, ada tak di antara mereka yang tahu tentang kelebihan surah Al Waqiah sebab kalau tentang Hari Kiamat rasanya saya memang ambil tahu. Kot kot ada benda lain yang saya belum tahu.

Kemudian ada yang beritahu surah tersebut adalah surat pembuka pintu rezeki.

Saya pun baca balik... Tak ada pun macam ada unsur unsur rezeki di situ. Jadi, macamana yang ada kaitan dengan rezeki.

Kemudian saya tenangkan fikiran. Tarik nafas... Hembus.

Kemudian rasa semacam dapat azimat.

Cerita tentang Hari Kiamat!

Agaknya Allah mahu kita berpesan pesan dengan orang lain tentang TUJUAN KITA BUAT APA SAHAJA DI DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT. Pesan kepada diri sendiri dan pesan kepada orang lain juga!

Yes! Kita kena berpesan pesan antara satu sama lain! Kalau dah tau, jangan simpan seorang seorang.

Jika mahu buat baik, jangan buat seorang seorang! Ajak orang lain sekali.

Nak masuk syurga juga.. Jangan selfish! Ajak kawan kawan lain!

Yes! Mesejnya adalah BERPESAN PESAN!

Kiamat adalah benar! Petanda berakhirnya dunia adalah hari Kiamat! Jangan kejar dunia. Kejar akhirat!

Allahuakbar! Itu yang Kau mahu ingatkan semula. Jangan cari kemasyuran dan nikmat dunia semata mata!

Beberapa hari selepas itu, Nasi Umi viral dan followers saya menginjak berpuluh puluh ribu.

Benarlah Al Waqiah adalah PEMBUKA PINTU REZEKI.

Selepas pintu terbuka, bermacam macam rezeki datang.

Jual apa sahaja laku! Dapat peluang terbitkan buku sendiri. Sudah ada website sendiri. Ada e-commerce sendiri. Orang datang hulurkan bantuan tentang online marketing.

Allah... Rasa bersyukur sangat dengan bantuan yang diberikan. Allah yang gerakkan hati hati mereka untuk membantu.

Allahuakbar.

Nota : Saya doakan mereka yang SHARE juga dibukakan pintu rezeki sebab kita berpesan pesan tentang tujuan kita diutuskan ke dunia. Besar pesanan ini sebenarnya

#amazingAlwaqiah

0 comentários:

Orang kata, berani kerana benar! Anda berani buat hutang! Anda berani tak bayar hutang! Anda berani pinjam AhLong! Anda berani tipu A...

Sebab BERANI lah...

Orang kata, berani kerana benar!

Anda berani buat hutang!
Anda berani tak bayar hutang!
Anda berani pinjam AhLong!
Anda berani tipu AhLong!
Anda berani cari nahas!
Anda berani cari pasal!
Anda berani berjanji palsu!
Anda berani bercakap bohong!

Dalam kes ini, saya kata, adalah lebih baik anda takut kerana benar!

"Berani Buat Berani Tanggung"

This is over BERANI.....

Sometimes bawa PADAH

0 comentários:

Dah tahu akibat tapi buat juga! 1. anda tahu parkir haram kena saman tapi anda parkir juga. 2. anda tahu pandu laju kena perangkap saman ...

Tahu Vs Akibat

Dah tahu akibat tapi buat juga!

1. anda tahu parkir haram kena saman tapi anda parkir juga.
2. anda tahu pandu laju kena perangkap saman tapi anda buat juga.
3. anda tahu merokok itu haram tapi anda hisap juga.
4. anda tahu cabut bulu hidung itu sakit tapi anda cabut juga.
5. anda tahu luka gatal makin digaru makin haru tapi anda garu juga.
6. anda tahu petai, kerdas, jering itu hancing tapi anda makan juga.
7. anda tahu Ahlong itu siapa tapi anda pinjam juga.
8. anda tahu kad kredit boleh bawa rebah tapi anda tak endah juga.
9. anda tahu hutang boleh bawa padah tapi anda tetap redah juga.
10. anda tahu masuk skim cepat kaya duit lebur tapi anda labur juga.

Ini bermakna anda memang sengal!

Sengal yang tidak boleh disapu dengan minyak angin sahaja. Anda terkena sengal jenis yang tak serik-serik!

Sengal dulu, kini dan selamanya!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Nasi sudah menjadi bubur.... tapi masih sedap untuk dimakan! Adakah hidup anda dibelenggu oleh hutang menyebabkan anda kemurungan. Dunia in...

Hidup dibelenggu Hutang

Nasi sudah menjadi bubur.... tapi masih sedap untuk dimakan!

Adakah hidup anda dibelenggu oleh hutang menyebabkan anda kemurungan. Dunia ini anda sudah merasakan seperti gelap gelita.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur...

Nasihat saya, jadikan bubur itu bubur lambok agar anda boleh makan bubur tersebut dan hilangkan kemurungan anda!

Jangan anda biarkan dunia ini gelap. Anda masih boleh menerangi alam ini dengan pelbagai cara. Anda boleh guna lampu suluh yang boleh menyelami masalah hati dan jiwa yang lara dengan:-

1. Melihat kesusahan orang lain yang lebih parah.
2. Jangan bersendiri untuk selesaikan masalah anda.
3. Dapatkan nasihat pakar untuk cari jalan penyelesaian.
4. Bincang dengan pasangan untuk tutup buku lama dan mulakan hidup baru.
5. Banyakkan baca AlQuran dan buat solat-solat sunat juga.
6. Belajar hidup di bawah paras normal walaupun sukar untuk dilakukan.
7. Senaraikan keperluan wajib dan komitmen hutang anda.
8. Buat belanjawan bulanan di bawah paras normal hanya untuk keperluan wajib dan komitmen hutang.
9. Hentikan semua perbelanjaan 'kemahuan' yang tidak perlu.
10. Jumpa semua pemiutang anda untuk menjadualkan semula hutang-hutang anda.
Jika anda tidak bertindak, orang lain yang akan mengambil tindakan ke atas anda terutamanya pihak bank.

Yang penting, anda jangan lari dari hutang anda, ia pasti mengejar anda juga jika tidak di dunia maka di akhirat juga akan dituntut nanti.

Anda perlu belajar menjadi bijak wang dari sekarang!

Jangan musnahkan hidup anda disebabkan kealpaan anda dalam menuntut ilmu kewangan!

Elak bankrap dunia dan jangan pula bankrap di akhirat!

0 comentários:

Sama tapi tak serupa! Kepada peminat filem Hindustan dan kepada pelabur skim cepat kaya! Minat anda sama tapi berakhirnya tidak serupa. ...

Sama tapi tak serupa

Sama tapi tak serupa!

Kepada peminat filem Hindustan dan kepada pelabur skim cepat kaya!

Minat anda sama tapi berakhirnya tidak serupa. Satu berakhir dengan mengguna tisu kertas dan lagi satu berakhir dengan mengguna wang kertas!

Anda pasti, menonton filem Hindustan boleh menyebabkan anda menangis walaupun anda tak faham tutur bahasanya! Tetapi anda tetap nak tengok juga sampai habis.

Begitu juga anda pasti, melabur dalam skim cepat kaya boleh menyebabkan anda menangis di kemudian hari walaupun anda tak tahu hujung pangkal cara pelaburannya. Tapi anda tetap mahu membuat pelaburan hingga menyebabkan wang anda kehabisan!
Sama tapi tak serupa!

Selagi anda tak nampak si penjahat tewas di akhir cerita selagi itulah anda takkan berhenti menontonnya.

Begitu juga dengan skim cepat kaya, selagi ianya tak betul-betul dapat mengikis wang anda selagi tu anda pula tak berhenti-henti cuba mencari rakan-rakan baru yang sewaktu dengannya.

Apa yang tidak mencurigakan dalam pelaburan apabila anda ditawarkan pulangan yang tak masuk dek akal! Setiap dari keuntungan besar yang dibuat dalam skim cepat kaya, pasti akan ada yang menjadi mangsa kerugian besar!

Dan anda tidak tahu kedudukan anda di sebelah mana!

Cari masa anda untuk menjadi seorang yang bijak wang dahulu!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Adakah anda miskin? Memang anda dikira miskin jika: 1. masih bergantung pada mak bapak untuk cukupkan belanja bulanan anda. 2. anda memb...

Adakah anda miskin

Adakah anda miskin?

Memang anda dikira miskin jika:

1. masih bergantung pada mak bapak untuk cukupkan belanja bulanan anda.
2. anda membisu seribu bahasa bila bank tempat anda meminjam membuat panggilan telefon sejak 3 bulan yang lalu.
3. anda mula menggaru kepala untuk mencari rakan mangsa sipemiutang di setiap kali masuk waktu tengah bulan.
4. anda culas membayar yuran taska dan tadika tempat anak anda dihantar kerana bersilihganti dengan bayaran yuran bulanan ahli kelab golf anda.
5. anda selalu bercakap bohong setiap kali terserempak dengan sipemiutang.
6. jantung anda berdebar dan bergetar senada dengan bunyi deringan telefon setiap kali panggilan masuk.
7. anda kerap menukar nombor telefon baru atas alasan telefon lama selalu rosak.
8. anda terkial-kial menyeluk saku nak bayar belanja kawan kononnya, walhal anda tahu dompet anda memang anda tinggalkan di pejabat.
9. anda rasa susah hati tetapi tetap melakukan aktiviti berbelanja melebihi pendapatan bulanan anda!
10. Anda sengaja melengahkan membayar sewa rumah sebab anda anggap tuan rumah tak ambil kisah!

Sedang anda menghadapi masalah di atas, anda tidak sedar anda miskin jika:

1. anda masih menikmati minuman secawan kopi di Starbuck.
2. anda masih bergaya sakan mengalahkan artis.
3. anda masih lagi berfoya-foya di kelab malam dangdut kesukaan anda.
4. anda masih tidak ambil peduli yang kad kredit anda telah capai had maksimum.
5. anda selalu pulang lewat larut malam atas alasan ada perbincangan penting dengan ahli mesyuarat tingkap anda.
6. rakan-rakan anda masih memuji-muji kehebatan anda dan selalu mendoakan agar anda murah rezeki kerana tidak pernah putus-putus belanja mereka makan di restoren mewah setiap kali dapat gaji.
7. anda memandu kereta mewah tetapi meletak kereta di tempat haram.
8. anda masih melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dalam tempoh masa 10 tahun yang lalu.
9. anda masih membaca nota-nota saya tetapi tetap tidak mahu bertindak.
10. anda masih merasakan diri anda hebat sedangkan anda memerlukan seseorang membantu soal pengurusan kewangan peribadi anda.
11. Anda ingin belajar tetapi tidak ada masa untuk hadir pada hari Sabtu lepas!

0 comentários:

Orang kaya bertaqwa! Kenapa saya perlu jadi kaya sedangkan dalam Islam kita disaran hidup bersederhana? Jadilah orang kaya yang bertaqwa! ...

Orang kaya bertaqwa

Orang kaya bertaqwa!

Kenapa saya perlu jadi kaya sedangkan dalam Islam kita disaran hidup bersederhana?
Jadilah orang kaya yang bertaqwa!

Kaya tidak hanya bermaksud kepada harta benda. Kaya dimata kita tak sama dengan kaya pada pandangan Allah.

Kita selalu melihat sesuatu dengan mata palsu. Mata kita dikaburi dengan perasaan nafsu. Yang mana benar, yang mana palsu!

Hidup bersederhana bukan bermaksud kita perlu jadi orang biasa-biasa. Orang Islam wajib jadi hebat terutama di mata orang bukan Islam walaupun beliau pilih untuk hidup biasa-biasa dan bersederhana!

Contoh: Apa salahnya kita pergi ke masjid untuk ke rumah Allah menaiki kereta mewah?

Bukankah ianya membuka mata orang bukan Islam bahawa menjadi orang Islam itu juga hebat?

Bukan nak menunjuk kepada orang lain tetapi kita sebagai tetamu menghormati rumah Pencipta Alam Semesta? Tanya balik diri kita, adakah kita akan menggunakan kereta buruk untuk menghadiri jemputan santapan diraja di sebuah istana?

Tentu sekali tidak! Kita mesti mencari jalan untuk menghormati majlis orang.

Jika seorang raja pun kita ada rasa hormat yang tinggi apatah lagi Allah yang Maha berkuasa pemilik seluruh alam!

Orang kaya bertaqwa sudah melaksanakan tanggungjawab bersedekah, berzakat dan berwakaf barulah mereka membelanja untuk diri mereka.

Bukan kita nampak hebat di mata Allah sahaja tetapi  manusia lain juga boleh ambil iktibar bahawa tiada salahnya berkunjung ke rumah Allah dengan menaiki kereta mewah sebagai menghormati Tuanpunya rumah! Tetapi itu jika kita mampu!

Ini bukan soal riak, ini soal betapa orang Islam juga berhak menjadi hebat di sisi Allah supaya kita tidak ambil mudah soal untuk menjadi kaya!

Tetapi apa sahaja yang kita ingin capai tertakluk kepada niat kita juga! Jika niat kita nak jadi kaya sebab nak menunjuk-nunjuk kekayaan kita kepada manusia semata-mata adalah lebih baik kita jadi miskin yang kaya dengan amalan-amalan suruhan Allah yang boleh membawa kita ke syurga.

Sama juga dengan niat nak hidup biasa-biasa dan bersederhana sebab nak tunjuk kita ini zuhud di sisi Allah tetapi dikhuatiri banyak pula amalan-amalan hubungan kita dengan manusia yang boleh membawa kita ke neraka!

Itu sebab memilih untuk kaya di dunia dan juga bahagia di akhirat dengan meletakkan niat yang betul supaya kita mendapatkan kedua-duanya sekali sangat-sangat digalakkan.

Tidak salah untuk kita kaya di dunia kerana peluang untuk beramal sebagai persediaan bekalan akhirat terbuka luas semasa hidup kaya di dunia lagi. Itupun jika anda seorang kaya yang bertaqwa.

Wallahualam!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Pelaburan satu perancangan! Kenapa saya selalu tekankan soal pelaburan itu satu perancangan? Dengan adanya perancangan kita tahu dan jela...

Peta Destinasi Pelaburan

Pelaburan satu perancangan!

Kenapa saya selalu tekankan soal pelaburan itu satu perancangan?

Dengan adanya perancangan kita tahu dan jelas akan perjalanan menuju destinasi yang kita ingin capai. Ianya adalah peta destinasi.

Ianya seolah perjalanan sebuah kapal yang berlayar di lautan yang luas berada di tengah-tengah lautan yang tidak bertepi tetapi mengetahui arahtuju ke mana mahu mereka pergi.

Tidakkah kapten kapal mempunyai persiapan lengkap dengan peralatan canggih seperti GPS, kompas, peta dan pelbagai alat bacaan kaji cuaca yang dapat membantu mereka untuk melayari lautan dengan selamat? Ini dinamakan perancangan.

Dan oleh sebab itu jika kita tidak ada perancangan terhadap pelaburan kita dalam mencapai matlamat kewangan, ramai orang pada hari ini berpindah dari satu kerja ke satu pekerjaan ataupun dari satu bisnes ke satu bisnes lain, dan tidak benar-benar dapat mencapai matlamat kewangan yang mereka inginkan.

Mereka hanya menghabiskan wang hatta harta benda, masa dan tenaga bergelut dalam kehidupan ini tanpa perancangan. Mereka mungkin gembira dengan apa yang mereka lakukan, tetapi mereka tidak tahu akan hal yang lebih baik yang tidak pernah mereka tahu atau rasai!

Sebab itu saya selalu ingatkan bahawa pelaburan itu satu perancangan! Perancangan bagi mencapai impian. Impian untuk menjadi kaya yang tidak datang bergolek!

Fokus!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Dalam membuat persediaan menjadi seorang pelabur yang canggih (hebat), persediaan mental adalah menjadi fasa pertama dalam memulakan langkah...

Persediaan menjadi Pelabur

Dalam membuat persediaan menjadi seorang pelabur yang canggih (hebat), persediaan mental adalah menjadi fasa pertama dalam memulakan langkah seterusnya.

Ianya memakan masa yang lama mungkin makan bertahun-tahun untuk berubah dari segi minda. Jika kita berfikir mengenai wang di dalam minda kita, ianya dapat menjadikan apa sahaja yang kita mahu ia jadi. Maksudnya, 'wang' yang berada dalam minda kita.

Sekiranya anda berfikir sukar mendapat wang ia mungkin boleh menjadi sukar diperolehi. Sekiranya anda berfikir anda tidak menjadi kaya mungkin itulah kenyataannya.

Jika anda fikir untuk menjadi kaya adalah dengan bekerja kuat maka anda akan bekerja kuat untuk mencapainya. Jika anda fikir anda akan simpan duit lebihan gaji dalam bank maka itulah yang akan anda lakukan.

Anda mungkin tidak menjangka ada ramai orang yang berfikir dan melakukan apa yang mereka fikirkan itu.

Dan sekiranya anda berkata melabur adalah berisiko maka ianya menjadi berisiko. Seperti yg saya sebutkan di awal tadi, wang dapat menjadikan apa yang anda mahu ia menjadi!

Jadi membuat persediaan awal untuk menjadi pelabur hebat adalah sama seperti persediaan untuk menawan puncak Everest! Jangan ambil mudah untuk anda sebelum menjadi kaya dan bergaya.

Ia bukan datang bergolek tapi latihan dgn mencuba dan mencuba serta menimba ilmu adalah kunci kejayaannya!


Jadikan wang minda anda itu alat untuk anda menjadi kaya supaya dapat digunakan dengan bijak untuk anda mencapai cita-cita. Selamat melabur!



Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Yahoo, gaji aku naik lagi, RM1,000! Itulah dia hadiah rezeki yang diperolehi oleh penjawat awam bagi gaji minima negara dalam bajet 2016. ...

Yahoo Gaji Aku Naik

Yahoo, gaji aku naik lagi, RM1,000!

Itulah dia hadiah rezeki yang diperolehi oleh penjawat awam bagi gaji minima negara dalam bajet 2016.

Syukur, alhamdulillah kata anda!

Syukur sahaja tidak cukup jika minda dan sikap anda belum boleh berubah untuk memanfaatkan rezeki yang boleh dikatakan datang bergolek-golek!

Cara anda membelanjakan wang gaji baru anda mesti ada strategi baru. Apa yang anda fikirkan nanti bila anda mendapat wang lebihan gaji dari kenaikan itu?

Itu yang menentukan anda bijak wang atau sebaliknya!

Anda tidak bijak wang lagi jika anda:-

1. berfikir untuk menukar telefon baru model terkini sedangkan telefon sediada tidak ada masalah pun.
2. sudah berangan-angan ingin menukar motosikal kepada kereta baru sedangkan anda belum lagi membeli rumah sebagai aset.
3. ada ura-ura menggunakan lebihan wang gaji untuk menambah perbelanjaan gaya hidup mewah anda.
4. sudah mula terlintas dalam kepala anda untuk mohon kad kredit.
5. menyimpan hasrat untuk 'up grade' pakej saluran Astro anda.
Gaji naik belanja pun naik!

TETAPI jika anda dapat berfikir secara rasional, anda sudah mula bijak wang jika:

1. Wang lebihan gaji sebagai tambahan simpanan sediada bagi mencukupkan wang pelaburan nanti.

2. Mula mengurangkan pinjaman atau liabiliti dengan lebih pantas dengan lebihan wang gaji.

3. Tabung khas disediakan untuk mengisi wang lebihan gaji bagi rancangan untuk menuntut ilmu kewangan dan perniagaan.

4. mula bercita-cita ingin mulakan perniagaan secara kecil-kecilan menggunakan lebihan wang gaji.

5. niat mengasingkan wang kenaikan gaji untuk mengisi tabung akhirat anda.

Pisau di tangan anda!

Anda pilih untuk mencederakan diri sendiri atau anda pilih untuk menjadi tukang sembelih ayam secara sambilan bagi menambah sumber pendapatan?

Kurangkan lagi liabiliti@perbelanjaan dan lebihkan lagi simpanan@aset adalah tindakan paling bijak apabila gaji naik!

Ingat, Allah lebih mengetahui apa yang sedang dialami oleh hambaNya!

Ada hikmah disebalik setiap peristiwa!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Soalan cepumas yang selalu di utarakan adalah apa yang perlu dilakukan untuk mencari pelaburan yang baik. Bila masa sesuai untuk memulakan...

Bila masa sesuai untuk memulakan Pelaburan

Soalan cepumas yang selalu di utarakan adalah apa yang perlu dilakukan untuk mencari pelaburan yang baik.

Bila masa sesuai untuk memulakannya?

Selalu dengar kenyataan ini? : "Bila aku pencen nanti aku nak mula berniaga" atau sepertimana kawan-kawan saya selalu kata, bila saya hulur kad bisnes saya, " oh.. kau dah mengajar Financial IQ nanti bila aku pencen aku jumpa kau nanti."

Sebenarnya kenyataan itu bermaksud, "Nanti bila tiba masa aku nak lemas, masa tu baru aku akan mula belajar berenang!"

Kenapa perlu tunggu lemas baru nak belajar berenang atau bila dah terlentang kat hospital baru nak beli perlindungan insuran perubatan? Boleh ke? Memang tak boleh, dah terlambat! Tak percaya tanya pada Agen insuran!

Sebabnya mudah, kenapa perlu aku bersusah payah sekarang sedangkan aku sudah ada segala-galanya. Tidak mungkin aku boleh jatuh bankrap, tak mungkin ia boleh terjadi kepada aku, tak mungkin, mustahil!

Jangan terlalu yakin! Lebih baik bersusah payah untuk buat bisnes kecil-kecil sekarang, jika kita gagalpun macam jatuh atas sofa, boleh bertahan kerana sakitnya pun kecil ataupun tak sakit langsung. Kalau tunggu pencen baru nak mula, takut-takut kita jatuh macam nangka busuk menyembah bumi... Gedebuk!

Belajar untuk fahami formula menjadi kaya sekarang, dapatkan ilmu pelaburan dulu dan mulakan pelaburan dengan kejayaan!

Tidak kira bila anda mula mahu belajar berenang asalkan jangan ketika anda sudah mula nak lemas!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Kebanyakan orang menghabiskan masa hidupnya terpenjara dalam kejahilan kewangan. Ianya umpama seperti harimau Malaya yang terkurung dalam ...

Terpenjara dalam Kejahilan Kewangan

Kebanyakan orang menghabiskan masa hidupnya terpenjara dalam kejahilan kewangan. Ianya umpama seperti harimau Malaya yang terkurung dalam sebuah kandang zoo.

Mundar mandir, ke hulu ke hilir dan sekali sekala mengaum garang ingin menunjukkan kehadirannya namun tiada apa-apa makna atau siapa pun yang peduli.

Begitu jugalah kita manusia menjalani kehidupan harian pergi dan pulang kerja bertahun-tahun mencari rezeki seolah-olah tiada cara kehidupan lain yang boleh kita nikmati. Kita terperangkap dalam pemikiran mencari rezeki secara turun temurun ibarat setitik peluh petani diumpamakan seperti rezeki sebutir beras padi!

Kenapa tidak kita jadikan setitik peluh nilai seperti seketul emas? Satu perkara penting yang tidak diketahui ialah kita mempunyai pilihan untuk mengubah hidup ini dengan mengambil sedikit masa untuk belajar bagaimana membuat pelan kewangan dan mengetahui apakah peluang dan sejauh mana kita dapat capai dari segi kewangan dalam hidup kita.

Pengetahuan inilah menjadi sesuatu yang sangat berharga! Bijak wang mampu mengubahnya!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Extreme makeover! Pernah tengok program ini di Astro? Bagaimana seseorang dalam kategori obesiti atau kegemukan ekstrem berazam menuru...

Financial Extreme Makeover

Extreme makeover!

Pernah tengok program ini di Astro?

Bagaimana seseorang dalam kategori obesiti atau kegemukan ekstrem berazam menurunkan berat badan mereka?

Mula-mula apa yang mereka buat?

Ya, timbang berat badan mereka dahulu sebagai rujukan untuk meneruskan pelan perancangan menguruskan badan.

Begitulah juga dengan pelan merancang kewangan sendiri, ukur dahulu berapa nilai kekayaan anda sedia ada sekarang ini.

Dah tahu betapa kaya atau betapa miskinnya kita, barulah boleh merangka satu pelan perancangan pelaburan.

Tuntut ilmu dan belajar bagaimana orang kaya buat duit sehingga tanpa perlu bekerja lagi. Guna teknik mereka yang sudah berjaya.

Jangan berjalan di dalam gelap sedangkan lampu suluh di tangan kita.

Jangan terjerumus ke dalam lubang yang kita sendiri gali!

Mulakan sekarang jangan tunggu lama-lama nanti peluang menjadi kaya kita diambil orang!

Kira nilai bersih atau 'net worth' anda sekarang! Tak tahu?

Kena ambil tahu.. Nanti saya share cara untuk mengetahui net worth anda!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

*DUIT BERBISIK KEPADA AKU!* Salam perkenalan, Nama aku : Duit Nama lain : Wang Nama samaran : Pitih Org putih : Money Org arab : Fulus Waj...

Bila DUIT berbisik

*DUIT BERBISIK KEPADA AKU!*

Salam perkenalan,
Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : Pitih
Org putih : Money
Org arab : Fulus

Wajahku biasa-biasa sahaja, fizikalku pula sangat lemah namun aku boleh memporakperandakan penghuni dunia ni dengan sekelip mata.

Aku juga *"BOLEH"* mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat bahkan sifat manusia kerana manusia sentiasa *mengejar* dan *mengidolakan* aku.

Banyak orang berubah *keperibadiannya* kerana aku. Ada yang *mengkhianati* temannya, ada yang sanggup *menjual* tubuh badannya bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan *imannya* demi mengejar aku. *Hebat* kan aku?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang *soleh & jahat,* Tetapi manusia menggunakan aku untuk mendapatkan *darjat*, menentukan *kaya* atau *miskin* & rasa *dihormati* atau *terhina.*

Aku bukan *iblis*, tapi orang selalu melakukan perkara yg *keji* demi mengejar aku.
Aku juga bukan orang *ketiga,* tapi banyak suami isteri *bercerai* gara-gara mengejar aku. Adik beradik *bergaduh* dan saling *membenci* kerana aku. Anak dan orang tuanya *berselisih faham* gara-gara aku.

Sangat jelas aku juga bukan *Allah*. Manusia sanggup *menyembah* aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba-hamba Allah lebih *menghormati* aku. Walhal ramai ulama sudah berpesan jangan menjadi *hamba DUIT.*
Aku tidak pernah *mengorbankan* diriku untuk sesiapa pun tetapi ramai orang sanggup *mati* demi aku.

Suka aku ingatkan, aku boleh ditukar untuk menjadi *resit* ubat kamu, tapi aku tidak mampu untuk *memanjangkan umur* kamu.
Kalau *suatu hari* nanti kamu dijemput oleh *Allah SWT*, aku tak boleh *menemani* kamu. Apalagi untuk menjadi *penebus* dosa-dosa kamu. Kamu mesti berdepan dengan Allah SWT *sendirian* tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, *ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN* aku ke jalan yang baik-baik atau sebaliknya, *MENJADIKAN* aku sebagai tuhan ?
INI *AMANAT* AKHIRKU :
Aku *"TIDAK ADA DI SYURGA",*

Jadi jangan cari aku di sana.

*CADANGAN* AKU :
1. Jangan terlalu *sayang* dengan aku.
2. Jangan lupa gunakan aku untuk bayar *Zakat, Infaqkan* aku selalu, *Sedekah* aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih *"BERKAT"* di dunia dan akhirat.
_ Imbangi Antara Pemburuan *Dunia Dan Akhirat* _
Coretan ini saya tidak mengetahui penulisnya! Apa-apa pun terima kasih kerana peringatan ini!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Seronok tengok orang lain kaya! Ramai di antara kita apabila melihat kejayaan orang lain sangat menginginkan agar kejayaan seperti mereka i...

Seronok tengok orang lain KAYA

Seronok tengok orang lain kaya!

Ramai di antara kita apabila melihat kejayaan orang lain sangat menginginkan agar kejayaan seperti mereka itu dapat kita miliki. Betapa bertuahnya mereka itu menjadi di antara orang yang terpilih daripada kalangan orang-orang kebanyakan yang hanya hidup biasa-biasa, pergi kerja balik kerja dan cukup bulan dapat gaji.

Mereka kelihatan hidup dengan kemewahan yang seolah-olah mereka seperti tidak perlu bekerja lagi, pergi bercuti bersama keluarga, mempunyai corak dan gaya hidup setaraf orang kaya!

"Kalaulah aku dapat jadi macam dia, alangkah bertuahnya aku!" Kita merungut mengenangkan nasib orang yang lebih baik daripada kita...tetapi tahukah kita bahawa mereka juga pernah hidup bermula seperti orang biasa-biasa, macam kita?

Tahukah anda mereka telahpun melalui fasa kesusahan sebelum mereka dapat capai apa yang mereka mahu dan yang kita juga inginkan?

Tahukah anda bahawa mereka telah melalui fasa di mana fasa tersebut mereka telah mengikat perut mereka dan hidup dalam serba kekurangan kerana cuba membina sumber-sumber pendapatan tambahan yang mana kita masih lagi belum tempuhi?

Adakah kita sudah melaluinya?

Tepuk dada tanya iman!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Tuntut ilmu niaga@pelaburan! Ramai orang ingin menjadi kaya tetapi mereka tidak mahu melaburkan masa mereka terlebih dahulu. Mereka lebih g...

Tuntut ilmu BISNES

Tuntut ilmu niaga@pelaburan!

Ramai orang ingin menjadi kaya tetapi mereka tidak mahu melaburkan masa mereka terlebih dahulu. Mereka lebih gemar mendapatkan tip-tip panas dari sumber yang tak berasas seperti skim cepat kaya. Ataupun mereka tergesa-gesa memulakan bisnes dengan tergopoh-gapah tanpa sebarang kemahiran asas dalam bisnes tersebut. Dan kemudian mereka selalu pula tertanya-tanya mengapa 9 daripada 10 perniagaan selalu berakhir dengan kegagalan dalam masa 5 hingga 10 tahun pertama?

Ini adalah kerana mereka tidak sanggup melaburkan masa untuk belajar ilmu pelaburan @ perniagaan mengikuti pelan kewangan dan menjadikan wang bekerja untuk mereka dalam jangka masa panjang.

Namun kebanyakan mereka terlalu sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk belajar ilmu bijak wang.

Walhal yang mereka kejarkan selama ini pun bekerja demi wang iaitu menjadi 'hamba' kepada wang.

Jika mereka bijak sedikit mengubah alasan atau menukar idea yang memihak kepadanya seperti merangka satu pelan kewangan bagaimana hendak menjadi kaya dalam jangka masa tertentu.
Sebaliknya terlalu ramai manusia yang tidak sabar-sabar ingin menjadi kaya SEKARANG atau SEGERA!

Itulah sebab 95% gagal dalam kehidupan terburu-buru membuat pelaburan yang salah dan lebih malang lagi wang EPF tidak pernah cukup untuk menampong ketika usia meniti tua!

Tuntutlah ilmu terlebih dahulu kemudian merancang pelaburan anda atau pelan kewangan dengan betul sekarang sementara anda masih ada tenaga, sedikit wang dan masa!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Jangan bersedih kepada yang belum mencapai impian atau hajat menjadi kaya! Nota tazkirah yang saya rasa wajar dipanjangkan untuk mereka yan...

La Tahzan jika anda belum KAYA

Jangan bersedih kepada yang belum mencapai impian atau hajat menjadi kaya!

Nota tazkirah yang saya rasa wajar dipanjangkan untuk mereka yang telah berusaha tetapi belum lagi mendapat rezeki yang diharapkan...

Bayangkan....
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Dan pada suatu hari, sedang kita memasak di dapur, si anak ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis nakkan pisau jadi mainan.

Agak-agak kita bagi tak?
Tentulah tidak, kan?
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak,
pisau itu 'menyeronokkan',
tetapi kita lebih tahu, ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu, anak tidak tahu.
Begitu juga, kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.

Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu,
mungkin kelihatan baik pada pandangan kita tetapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Hikmahnya..
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik, rezeki kesihatan, rezeki kebahagian dan rezeki kelapangan masa.
Maka kita lebih bahagia mendapat anak yang hiperaktif daripada tiada anak!
Kita bersyukur dengan apa yang ada sementara menunggu rezeki kekayaan .
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-------------
Pinjam 1 minit, baca ayat ni ..
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
...... buat renungan kita bersama..Aamin..

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Rancang aktiviti hari ini, semalam! Bangun pagi ini anda tahu tak apa nak dibuat pada hari ini? Atau anda bangun pagi ini masih nak bertek...

Rancang aktiviti hari ini dari semalam

Rancang aktiviti hari ini, semalam!

Bangun pagi ini anda tahu tak apa nak dibuat pada hari ini?

Atau anda bangun pagi ini masih nak berteka-teki apa nak buat?

Atau anda dah tahu sebab memang rutin kerja anda sama begitu, hari demi hari. Tahun demi tahun. Tak perlu rancang apa-apa pun!

Apa-apa pun anda patut kena tahu apa aktiviti-aktiviti anda pada hari ini dari SEMALAM lagi. Itulah nama dia perancangan terpimpin!

Perancangan aktiviti termasuklah soal aktiviti peribadi dan tidak hanya terhad kepada aktiviti rutin kerja harian sahaja.

Anda boleh berjaya kerana displin anda MENGURUS MASA. Ramai yang hidupnya gagal kerana masanya terbuang kerana tidak ada perancangan. Tidak ada jadual kerja yang bersistem. Pembaziran masa! Pembaziran masa kepada perkara sia-sia yang tidak dirancang. Masa itu emas! Jika kita tidak manfaatkan masa dengan membuang masa maka kita juga bersikap seperti membuang emas!

Nampak isu ini macam ringan tetapi jangan ambil lewa. Jika anda terabai, fikiran anda boleh jadi kusut dan berserabai apabila anda tersedar yang anda telah banyak membuang masa. Suka tak suka anda kena ada sistem mengurus masa.

Cari satu gajet atau diari yang boleh bantu urus masa anda!

Belajar urus masa, anda akan tenang sepanjang masa kerana yakin segala tugasan dan aktiviti tidak lagi terlepas pandang. Aktiviti kerja, peribadi, jemputan kahwin, rancang percutian, tarikh-tarikh harijadi, jadual cuti sekolah, senarai belibelah, pelaburan saham, emas, hartanah, cukai jalan mati, cukai pintu, senarai hartanah, penyewa-penyewa, segala macam temujanji, bajet bulanan hingga kepada aktiviti projek-projek bebas dan aktiviti kebajikan atau idea-idea bernas semua boleh dicatatkan, dirancang dan dilaksana dalam satu buku diari/gajet sistem pengurusan masa jika anda ingin hidup berjaya!

Mari kita belajar dan tuntut ilmu masa!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Wang boleh menjadikan anda bodoh! Percaya atau tidak, ramai daripada kita tak semena-mena menjadi bodoh bila mendapat durian runtuh. Mana...

Wang boleh menjadikan anda bodoh

Wang boleh menjadikan anda bodoh!

Percaya atau tidak, ramai daripada kita tak semena-mena menjadi bodoh bila mendapat durian runtuh.

Mana tidaknya, sebelum ini belum pernah tengok duit berguni depan mata. Kita tidak pernah terfikir lagi untuk mengharungi hidup sebagai orang kaya! Belum lagi bersedia, tiba-tiba rezeki jatuh ke riba!

Tidak kira dari mana duit anda datang jika anda bijak wang sudah tentu anda melabur dan merancang masa depan dengan lebih baik.

Dan tahu bagaimana nak manfaatkan wang anda tanpa menyalahi mana-mana undang-undang negara!

Wang bukanlah penyebab anda menjadi kaya sebaliknya ia juga boleh menjadikan anda kembali miskin kerana menjadi terlalu bodoh!

Dalam masa setahun dua sahaja wang anda boleh lesap selepas berbelanja sakan dan anda akan kembali normal seperti sediakala sebaik sahaja anda kehabisan wang anda, hidup kembali susah.
Seolah-olah hidup seperti anda mula-mula baru mengenal dunia kewangan. Wang boleh menggelapkan mata dan fikiran jika kita tidak bersedia dengan ilmu kewangan.

Dan ramai yang telah hidup merempat, muflis, putus saudara, dikeji, dihina malah ada yang bakal masuk jel disebabkan menjadi bodoh kerana bahana menerima wang yang terlalu banyak dek kerana terjebak dalam gejala rasuah, maksiat, jenayah atau menerima wang derma politik!

Selamat belajar Financial IQ!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Pelabur hebat! Pelaburan yang baik tidak semestinya bermula dengan modal yang besar tetapi pelaburan yang terbaik adalah pengorbanan masa a...

Pelabur Hebat

Pelabur hebat!

Pelaburan yang baik tidak semestinya bermula dengan modal yang besar tetapi pelaburan yang terbaik adalah pengorbanan masa anda untuk belajar menjadi pelabur yang hebat!

Luangkan masa dan sediakan modal kecil untuk anda belajar bagaimana anda boleh menjadi seorang pelabur yang hebat.

Menghadiri kursus-kursus pelaburan mahupun perniagaan adalah umpama anda memasuki pusat didikan kanak-kanak tatkala anda masih lagi buta huruf dan tidak tahu membaca!

Paksa diri anda untuk belajar dan menimba ilmu dalam pelaburan untuk anda menjadi seorang yang bijak wang dan tahu bagaimana mengembangkan wang pelaburan dengan cara yang betul.

Biarpun pelaburan itu mempunyai tahap risiko yang tertentu tetapi yang lebih penting anda tahu dalam mengambil risiko dengan bijaksana!

Jikapun anda rugi dalam pelaburan, anda tidaklah jatuh tersungkur lalu tertiarap. Anda mungkin jatuh tetapi anda jatuh secara 'slow motion' dan anda sempat meletakkan kusyen supaya anda jatuh dengan selesa!

Tuntut ilmu itu penting jika anda ingin menjadi pelabur yang hebat!

Selamat menuntut ilmu kewangan!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Harga sebuah pengalaman! Anda ada pilihan: Samada anda pilih harga sebuah pengalaman atau anda pilih harga sebuah ilmu. Rakan saya telah k...

Harga sebuah Pengalaman

Harga sebuah pengalaman!

Anda ada pilihan:
Samada anda pilih harga sebuah pengalaman atau anda pilih harga sebuah ilmu.

Rakan saya telah kerugian rm50,000/- kerana membayar harga sebuah pengalaman setelah melalui pengalaman pahit ditipu oleh pelanggannya apabila menerima tawaran kontrak dalam bidang pembinaan dari seorang taukeh.

Puncanya, tiada pengalaman dan tiada ilmu dalam soal mengurus kerja kontrak dalam syarikat pembinaannya yang sudah beberapa tahun ditubuhkan.

Pendek kata, kos dia menimba pengalaman dan pembelajaran tersebut adalah RM50,000/- hasil dari dia mula menjadi subkontraktor secara kecil-kecilan sehingga dia mampu mengumpul modal tersebut.
Dia mengakui bahawa kesilapan besar yang dilakukan adalah tidak menuntut ilmu bisnes terlebih dahulu yang mungkin bernilai RM5,000/- sahaja.

Tetapi tidak ramai yang sanggup untuk mengeluarkan belanja rm5,000/- semata-mata mahu menuntut ilmu berniaga. Melainkan sudah kena tipu baru merasakan nilai rm5,000/- itu adalah terlalu kecil sebenarnya berbanding RM50,000/-.

Sayangnya, semuanya sudah terlambat.. setelah kehilangan rm50,000/-, wang rm500/- pun sudah tidak mampu untuk dibelanjakan bagi menuntut ilmu.

Saya sendiri pernah melalui pengalaman sama yang pahit berjumlah lebih besar iaitu RM500,000/- semasa zaman jahiliah saya dahulu. Cuma saya bernasib baik kerana wang tersebut kepunyaan rakan kongsi saya yang kaya raya dan tidak terikat dengan mana-mana bank. Dan itulah harga pengalaman saya.

Saya tidak mahu anda melalui nasib yang sama setelah saya sendiri merasainya. Terlalu pahit sehingga mengganggu tidur saya selama 6 bulan satu ketika dahulu.

Alhamdulillah, saya dapat mengharunginya setelah bangkit semula dari kebodohan itu bila terlibat dalam bidang hartanah serta memahami konsep dan fungsi yang wang hanyalah alat untuk anda maju ke hadapan dan ia bukanlah 'buah hati' yang anda perlu ratapi atau sayangi jauh di dalam lubuk hati anda.

Sebelum insiden seperti ini berlaku kepada anda, mulakan langkah untuk menuntut ilmu terlebih dahulu tidak kira dalam bidang apapun yang anda ingin ceburi.

Pelaburan, perniagaan, motivasi, urus kewangan, displin diri dan pengurusan masa semua menuntut wang untuk anda memperolehinya.

Jadi saya cadangkan buat satu peruntukan belanjawan untuk anda mengikuti pelbagai kursus yang anda minati hatta untuk mengurus penampilan diri pun atau memulakan sebuah perniagaan kecil! Bajet dalam RM200/- setiap kursus yang akan anda hadiri!

Tetapi jika ada kursus yang percuma pun, anda tidak ada masa untuk pergi apatah lagi untuk membayar, itu adalah sikap orang yang tidak mahu berjaya dalam hidupnya!

Jangan pandang remeh isu menuntut ilmu ini bagi anda menggapai kejayaan dalam hidup! Atau anda mungkin memerlukan khidmat seorang mentor untuk anda mulakan langkah perjalanan hidup anda! Atau adakah anda sanggup untuk membayar harga sebuah pengalaman? Itupun jika anda bijak matematik!

Pilihan di tangan anda!

0 comentários:

Strategi dan teknik nak jadi kaya kena betul! Setiap apa saja rancangan perlu ada strategi kemudian diikuti dengan teknik untuk melakukanny...

Teknik KAYA kena betul

Strategi dan teknik nak jadi kaya kena betul!

Setiap apa saja rancangan perlu ada strategi kemudian diikuti dengan teknik untuk melakukannya. Jika anda ingin menuju ke sesuatu destinasi yang anda belum pernah sampai, apakah strategi anda untuk anda sampai dengan cepat dan selamat?

Apakah teknik yang anda lakukan untuk anda sampai tepat pada waktunya tanpa menempah bahaya?

Sudah tentu strategi anda adalah mencari jalan paling singkat dengan menggunakan kenderaan yang sesuai. Tekniknya?

Buka buku peta atau GPS bagi panduan jalan terbaik untuk anda tidak sesat dan sudah tentu anda juga perlu sihat, segar dan tidak mengantuk semasa memandu. Jadi ada persediaan tertentu yang anda kena tahu dan buat untuk menuju ke destinasi dengan cepat dan selamat! Semua ada persediaan bagi mencapai hasrat dan matlamat.



Untuk capai kejayaan dan kekayaan pun perlu ada strategi dan teknik yang betul. Apatah lagi jika anda pergi untuk berperang. Strategi kena ada dan teknik kena betul. Strategi sudah mantap tetapi jika tekniknya tidak kena, pergi berperang dengan senjata canggih tetapi tanpa ada peluru apalah daya untuk menang!

Seperti juga anda bertahun-tahun pergi-balik bekerja siang malam untuk jadi kaya, strateginya mantap, tidak pernah ponteng kerja, buat overtime lagi namun tekniknya tidak ada yang betul apalah daya anda untuk anda jadi kaya tidak akan kesampaian.

Tekniknya apa?

Anda seorang penyimpan wang? Anda seorang pelabur?
Atau seorang yang bijak dalam urusan kewangan keluarga?
 Anda ada buat bisnes kecil-kecilan?
Anda seorang yang berdisplin tinggi?

Jika jawapan-jawapan anda tidak, bermakna teknik anda perlu diperbetulkan dahulu!

Anda nampak berjaya dalam bisnes tetapi anda seorang pemboros. Anda seorang berkerjaya profesional tetapi duit selalu tidak pernah cukup! Anda hidup mewah tetapi hutang keliling pinggang. Anda seorang kaunselor rumahtangga tetapi hidup anda sendiri porak peranda!

Anda ada strategi tetapi tidak mengamal teknik yang betul. Anda mahu jadi kaya? Strateginya rancang untuk timba ilmu kewangan sebanyak mungkin, In syaa Allah, anda akan nampak sinaran kekayaan menanti anda dihujung terowong sana jika teknik dan tindakan anda betul.

Selamat belajar Financial IQ!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Jangan tersilap menjadikan orang gagal sebagai 'role model'! Dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari, kita adakalanya terikut de...

Jangan Silap cari ROLE MODEL

Jangan tersilap menjadikan orang gagal sebagai 'role model'!

Dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari, kita adakalanya terikut dengan tindak-tinduk kawan-kawan yang seangkatan dengan kita.

Jika ianya sesuatu tindakan atau kelaku yang baik dan tidak berdosa serta mendapat pula pahala, syukur alhamdulillah!

Tetapi yang kita khuatiri adalah sesuatu tindak-tanduk yang kita terikut akan menyebabkan kita menderita sepanjang hidup kita!

Masa saya belajar dahulu, ada membuat pinjaman pelajaran dalam jumlah RM 11,000/-. Apabila tamat pelajaran dan saya mula bekerja serta mendapat gaji pertama, saya telah mula membayar secara ansuran.

Yang menjadi isunya disini, ada rakan seperjuangan mempersoalkan tindakan saya kenapa saya membayar sedangkan ramai lagi yang senasib dengan kami tidak memperdulikan untuk membayar semula walaupun gaji mereka mampu untuk membayar secara ansuran!

Ini yang saya katakan, jangan jadikan rakan kita yang sudah menunjukkan ciri-ciri awal kegagalan mereka dalam kehidupan masa depan sebagai 'role model' kita.

Persoalan saya sehingga sekarang masih bermain di dalam kotak fikiran kenapa dah pinjam dan ada surat perjanjian lagi tiba-tiba apabila sudah selesai belajar kita nak ikut rakan-rakan yang gagal membayar menjadi 'role model' kita?

1. Tidak ingatkah kita yang kita telah mengakui janji kita untuk membayar semula? Tiba-tiba bila kita dah mampu kita jadi besar kepala untuk mempersoalkan kenapa mesti aku bayar?

2. Tidak terfikirkah kita bahawa dengan membuat bayaran semula, kita juga membuka peluang kepada adik-adik kita atau anak-anak kita pada suatu hari nanti memerlukan pinjaman sepertimana kita memerlukannya dahulu?

3. Tidak takutkah kita bahawa tidak membayar hutang dengan sengaja itu satu dosa besar yang menyebabkan kita boleh dihumban ke dalam api neraka kerananya?

4. Tidak tahukah kita bahawa inilah cara permulaan kita untuk hidup dalam realiti yang sebenar, kita telah memulakannya dengan menjadikan diri kita tidak jujur dan tidak amanah?

5. Tidak fahamkah kita betapa tidak berkatnya pendapatan kita yang lain itu nanti jika kita berterusan tidak membayar hutang?

6. Tidak sedarkah kita dengan tindakan kita itu bahawa kita sebenarnya bukan cuba menipu pemberi pinjaman tetapi sebenarnya kita menipu diri sendiri?

7. Tidak malukah kita bahawa satu hari nanti nama kita tersenarai di dalam senarai nama muflis orang-orang yang tidak mahu membayar hutang?

Dalam dunia sebenar pun, kita telah tidak jujur, tidak amanah dan tidak bertanggungjawab bagaimana anda ingin hidup dalam dunia pekerjaan dan seterusnya ingin berjaya dalam dunia perniagaan bilamana langkah pertama anda, anda telah gagal menjadi 'role model' kepada anak-anak anda sendiri?

Persoalan kita... kenapa pula orang yang tidak membayar hutang boleh hidup senang lenang dan kaya raya hingga sekarang?

Jawapan saya, ditakuti Allah sedang menguji mereka ini ke tahap yang lebih tinggi dan menunggu masa untuk jatuh tersembam dengan lebih tragis! Setiap perbuatan ada balasannya! Baik dibalas baik dan begitu sebaliknya.

Buat tindakan yang betul, in syaa Allah, hidup kita diberkati dan dirahmati.
Semoga rakan-rakan saya dan semua pembaca warkah ini telah pun atau sedang menjelaskan pinjaman masing-masing.

nota: Saya bukan kakitangan PTPTN.

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Buat refleksi diri! Anda dari jenis cakap serupa bikin atau cakap tak serupa bikin? Untuk anda berjaya dalam hidup secara amnya anda mesti...

Refleksi Diri

Buat refleksi diri!

Anda dari jenis cakap serupa bikin atau cakap tak serupa bikin?

Untuk anda berjaya dalam hidup secara amnya anda mesti cakap serupa bikin.
Kalau anda kata A maka anda akan buat A. Itu cakap serupa bikin.

Kalau anda kata nak buat esok maka anda akan buat esok. Itu cakap serupa bikin. Tetapi jika anda kata nak buat A esok dan anda buat esok A,B dan C, itu anda terlebih bikin dan itu adalah terbaik!
Yang saya risau, anda kata A tapi anda buat B.

Kalau anda kata nak buat esok tapi anda tak buat apa-apapun. Anda tangguh. Itu cakap tak serupa bikin. Dan ini adalah sikap kebanyakan orang dan jika selalu berlaku, anda boleh gagal kerananya!

Kenapa terjadi cakap tak serupa bikin? Saya boleh katakan ianya tidak ada displin diri. Melakukan sesuatu tidak ada perancangan atau peraturan yang telah anda sendiri tetapkan.

Sebabnya kuasa di tangan anda sendiri dan anda rasa tidak bersalah untuk melanggar peraturan anda sendiri.Tidak ada siapa yang boleh menghukum anda! Sebab itu anda besar kepala terhadap diri sendiri.

Yang akan menghukum anda adalah hasil dari tindakan anda itu. Dan selalunya berakhir dengan kekecewaan, kegagalan dan penyesalan yang tak sudah.

Jika anda berdisplin melakukan apa yang dirancang, anda harus dapat mencapai matlamat anda. Jika perancangan dan matlamat anda ingin mencapai 'financial freedom', dan melakukannya seperti yang dirancang, in syaa Allah, anda boleh mencapainya. Itulah dia kesan daripada cakap serupa bikin.
Ingat! Pelaburan adalah satu perancangan!

Perancangan yang memerlukan anda bertindak ikut apa yang telah anda tetapkan.
Bikin serupa cakap ATAU cakap serupa bikin?

Tak kira macamana anda pusing perkataan dan ayatnya, anda dikira terbaik jika anda bertindak!
Berhati-hatilah atau lebih tepat ubahlah sikap dan tindakan anda jika anda selalu cakap tapi tak serupa bikin. Dan lebih parah jika anda tak cakap dan anda tak bikin apa-apa pun!

Selamat belajar melabur!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Terkejut dengan keratan akhbar hari ini megatakan 75 peratus Rakyat Malaysia sukar simpan wang. Biar betik!  Ini mesti Rakyat...

Rakyat Malaysia sukar simpan wang

Terkejut dengan keratan akhbar hari ini megatakan 75 peratus Rakyat Malaysia sukar simpan wang.

Biar betik!  Ini mesti Rakyat Malaysia kaki shopping like no body business.

Simpan lah untuk masa hujan anda. Kalau tak sekarang bila lagi.






0 comentários:

Jangan anda bersalah sangka. Semua itu berhutang! Kita menilai orang melalui kaca mata fizikal yang kita nampak. Kalau kita nampak orang pa...

Semua itu HUTANG

Jangan anda bersalah sangka. Semua itu berhutang!

Kita menilai orang melalui kaca mata fizikal yang kita nampak. Kalau kita nampak orang pakai baju kot, dalam hati kita berkata, hebat orang itu! Kalau kita lihat orang pakai kereta mewah, dalam hati kita, kaya orang itu.

Jangan silap sangka melalui penampilan.

Ada yang tampak hebat tetapi penipu pun ramai. Ada yang nampak bergaya tetapi papa pun ada!
Tengok apa agenda masing-masing.

Ramai juga yang tampak hebat, kaya dan bergaya tetapi tak punya apa-apa pun, ada! Dan tidak sedikit juga yang nampak biasa-biasa tetapi mereka sebenarnya hebat dan kaya raya!

Cuma apa yang cuba ditekankan disini, jangan kita terikut-ikut dengan apa orang lain pandang terhadap kita yang tak boleh atau mampu kita buat. Jadilah diri anda sendiri sahaja.

Jika anda kaya, silakan penampilan hebat anda kerana anda mampu. Tetapi niat biar betul, bukan riak atau menunjuk-nunjuk tetapi sebab anda ada bisnes yang membuatkan anda mesti nampak hebat!

Jika anda biasa-biasa, belum lagi kaya, buatlah cara sekadar mampu sahaja. Dah ramai terjebak dalam hutang untuk nampak hebat dan bergaya! Bukan masanya lagi.

Anda bukan sahaja berhutang keliling pinggang malah sudah terbelenggu dan terbelit seluruh badan masih tak mahu sedar-sedar.

Anda perlu mengumpul wang dahulu untuk menjadi kaya. Anda kena belajar dahulu untuk menjadi kaya. Tangguhkan tampak kaya anda dulu kerana anda tahu anda belum pun kaya.

Jadi kenapa anda terpaksa menjadi miskin semata-mata anda mahu menunjukkan yang anda konon-kononnya kaya? Habis wang disebabkan nak nampak macam kaya. Kaya yang palsu. Buat apa?
Jangan ingat anda cuba memperdaya orang tetapi sebenarnya anda hanya menipu diri sendiri!

PARAH berhutang membawa rebah sampai terlentang!
Buat apa???


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Adakah anda seorang pemboros? Atau tidak dapat kawal emosi ketika membeli belah berjendela? Belajar kawal nafsu membeli! Setiap pembelian...

Anda Kaki BOROS


Adakah anda seorang pemboros? Atau tidak dapat kawal emosi ketika membeli belah berjendela?

Belajar kawal nafsu membeli! Setiap pembelian yang dikategorikan sebagai pembelian tidak perlu, perlu ditangguh!

Contoh: Anda nampak jam cantik model terkini atau terserempak dengan jualan perabut berdiskaun tinggi. Ini adalah pembelian barangan yang tak perlu pada kadar segera pun!

Selalunya selepas anda membayar harga barangan yang tidak perlu itu, penyesalan mula menyelubungi perasaan anda. Anda menyesal sangat-sangat!

Tipsnya:

Tangguhkan dahulu niat anda sehari dua untuk redakan nafsu beli anda!. Kemudian tiba masanya..

tangguhkan lagi niat beli anda seminggu lagi. Ini dapat anda rasionalkan samada pembelian itu perlu atau membazir!

Saya yakin nafsu pembelian anda berada pada tahap paling rendah selepas beberapa hari dan anda akan membuat keputusan bijak untuk tidak membelinya!

Anda telah menyelamatkan wang anda untuk membuat pelaburan kepada yang lebih bermakna.
Belajar tabiat ini beberapa kali. Anda akan dapat kawal tabiat buruk anda ketika membuat rondaan 'window shopping' anda yang akan datang.

Tangguh niat membeli pada ketika anda rasa sangat teringin untuk membeli!

Selamat mencuba!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Jangan mengira anak ayam sebelum telurnya menetas! Cuba semak sumber pendapatan anda. Berapa banyak sumber pendapatan yang anda ada sekar...

Semak Sumber Pendapatan anda

Jangan mengira anak ayam sebelum telurnya menetas!

Cuba semak sumber pendapatan anda. Berapa banyak sumber pendapatan yang anda ada sekarang?

1. Kudrat anda. GAJI dan pencen yang anda perolehi kerana bekerja.
2. Rumah sewa. Hasil bersih dari pelaburan hartanah.
3. Pasaran saham. Hasil dividen dan bonus tahunan saham.
4. Emas dan Perak. Hasil dari urusniaga jual beli logam.
5. Perniagaan. Hasil kutipan keuntungan dari berniaga sendiri.

Perhatikan dan tanda berapa sumber pendapatan yang anda ada seperti tersenarai di atas. Jika anda perlu tambah senarai nyatakan dari sumber mana?

Merompak, mencuri dan menerima derma dari sumber yang tidak tahu punca tidak dikira sebagai sumber pendapatan yang sah. Saya pasti anda mesti ada sekurang-kurang satu sumber pendapatan dari senarai tersebut.

Pelaburan yang tidak pasti atau tidak termaktub dalam undang-undang kewangan, itu bukan sumber pendapatan nyata. Sumber keuntungan yang tidak pasti. Jangan tersilap tafsir. Oleh itu, jangan sekali-kali anda mengira anak ayam sebelum telurnya menetas! Dan itulah yang terjadi kepada kita, orang biasa-biasa! Selalu buat pelaburan kepada keuntungan yang palsu. Yang belum tentu keuntungan akan kunjung jelma. Harapan tinggal harapan.

Macam Skim Cepat Kaya!

Anda kehilangan wang dahulu sebelum sempat nak tengok ada tak telur ayamnya! Tetapi berkira-kira berapa ekor anak ayam yang bakal menetas! Mata dan minda kita dipalsukan oleh kata-kata indah keuntungan yang memukau kalbu!

Sumber pendapatan harus nyata dengan hasil yang bakal diperolehi. Kemudian berserah kepada Allah SWT.

Jika anda hanya mempunyai satu sahaja punca daripada pendapatan di atas, harapan untuk anda menjadi orang kaya terlalu jauh. Sejauh saujana mata memandang!

Ibarat anda ingin mendaki puncak gunung Kinabalu dengan memikul beban bersama satu pikul beban seberat 50 kg guni beras.

Anda bagaimana?

Bersedia untuk menambah sumber pendapatan? Tepuk dada tanya iman.

0 comentários:

Orang yang paling hebat adalah orang yang mencari dan menuntut ilmu. Kita cermin diri kita dulu, alim pun tidak, mencari pun tidak, membaca ...

Orang HEBAT mesti cari and tuntut ILMU

Orang yang paling hebat adalah orang yang mencari dan menuntut ilmu. Kita cermin diri kita dulu, alim pun tidak, mencari pun tidak, membaca pun tidak, mendengar pun tidak.

Sesungguhnya teramatlah rugi dunia dan akhirat jika tergolong dalam kumpulan ini. Ilmu tidak datang bergolek, ilmu mesti dituntut. Luang masa untuk tuntut ilmu.

Ilmu adalah benteng dari kejahilan, kebodohan, kedangkalan, kejahatan, kemaksiatan dan juga kemiskinan.

Cuba periksa semula diri kita adakah kita mempunyai sifat-sifat seperti tersebut?
Ditakuti tanpa ilmu, kita tidak sedar sifat-sifat ini ada di dalam diri menyebabkan kita berada di takuk lama, hidup tidak berkembang. Sebab itulah menjadi seorang ilmuan atau alim sangat-sangat dituntut.

Jauhi dari sifat-sifat orang munafik:

Bila bercakap dia berbohong.
Bila berjanji dia mungkiri.
Bila diberi amanah dia khianati.
Saya nak tambah sikit, agak sukar nak jadi kaya...

Bila berhutang dia sengaja lupa nak bayar!

Muhasabah diri ya!

Tingkatkan gaya hidup dengan menuntut ilmu yang boleh dimanfaatkan di dunia dan juga di akhirat. Bagi mereka yang tidak mahu menambah ilmu, sesungguhnya mereka sebenarnya sudah pun mati.

Wallahualam!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Jika anda ingin jadi kaya, berfikirlah cara orang kaya berfikir! Jangan anda bermula mengikut cara orang kaya hidup bergaya dahulu sebab an...

Think like rich people think

Jika anda ingin jadi kaya, berfikirlah cara orang kaya berfikir!

Jangan anda bermula mengikut cara orang kaya hidup bergaya dahulu sebab anda belum lagi kaya!
Cuma belajar berfikir macamana orang kaya berfikir!

Think like rich people think!

1. Melabur itu tidak berisiko jika adapun ianya berisiko rendah.
2. Meminjam wang bila tidak memerlukannya. Pinjam bukan guna untuk beli liabiliti tetapi untuk membina aset.
3. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya tetapi pengalaman gagal itu penting sebagai panduan untuk tidak gagal lagi.
4. Bekerja bukan semata-mata untuk dapatkan gaji tetapi belajar bekerja membina kemahiran dan kepakaran.
5. Bekerja bukan sekadar bekerja sahaja tetapi bijak untuk membina rangkaian kerja juga.
6. Buat sedikit, hasilnya besar! Gunakan sedikit tenaga untuk mengangkat beban yang berat@besar... leveraj@work smart!
7. Perbanyakan@pelbagai sumber pendapatan selain dari bekerja dengan berniaga, penganjuran seminar, dagangan on-line, dagangan emas atau usahasama projek niaga.
8. Guna wang orang lain untuk pelaburan. Samada dari institusi kewangan, rakan perniagaan@ perkongsian untuk anda bergerak lebih pantas.
9. Cari kawan di kalangan orang kaya. Sealiran berfikir membuat kita terikut akan rentak mereka. Nak wangi berkawanlah dengan si penjual minyak wangi.
10. Tinggalkan kawan-kawan negatif dan cari kawan yang sama-sama ingin bergerak maju ke hadapan.
Pengaruh persekitaran memainkan peranan penting membentuk perwatakan dan pemikiran kita. Biar kita biasakan diri untuk berfikir dan bertindak bagaimana orang kaya berfikir supaya watak dan minda anda selari dengan impian anda untuk menjadi orang kaya suatu hari nanti! Tapi jangan pula tinggalkan kawan-kawan masjid@surau!
Selamat berfikir kaya!

0 comentários:

Loan rumah: bayar cepat atau bayar ikut perjanjian? Saya hadir dalam sessi bersama Azizi Ali pakar perunding kewangan no.1 negara tempohari...

Bayar cepat atau Bayar ikut perjanjian Pinjaman Perumah

Loan rumah: bayar cepat atau bayar ikut perjanjian?

Saya hadir dalam sessi bersama Azizi Ali pakar perunding kewangan no.1 negara tempohari, dan ini pesanan dia!

Jika anda membayarnya cepat, apa yang anda dapat adalah pembayaran faedahnya kepada bank menjadi berkurangan, sangat berkurangan.

Dan ini menguntungkan anda kerana jangka masa loan menjadi pendek, selesai cepat dan bayar faedahnya kurang. Dan anda boleh memberi tumpuan kepada pelaburan yang lain pula. Saya tidak dapat menerangkannya di sini bagaimana melakukan nya kerana ianya satu penjelasan yang panjang.

Dan ini pesanan saya pula, apa yang saya mahu kaitkan di sini, (jika anda pernah menghadiri sessi bijak wang yang saya kendalikan, anda akan faham apa yang cuba saya perjelaskan.) anda perlu fahami asas kewangan!

Tindakan anda di atas memberi kesan ke atas kolum Pendapatan, kolum Perbelanjaan, kolum Aset dan kolum Liabiliti anda.

1. Dengan menghabiskan jangkamasa loan anda dengan cepat, anda telah melupuskan bebanan kolum LIABILITI anda!

2. Apabila tempoh loan anda selesaikan, anda telah mengurangkan kolum PERBELANJAAN anda dengan tidak perlu membayar ansuran pinjaman rumah secara bulanan lagi kepada bank.

3. Bermakna kolum PENDAPATAN anda semakin kukuh dengan adanya lebihan daripada tidak membayar kepada bank dan boleh menjadi tambahan kepada simpanan anda.

4. Kesannya adalah anda boleh membuat pelaburan baru @pinjaman baru untuk tingkatkan pendapatan pasif anda melalui kolum ASET.

5. Dan anda dapat dua perkara baik dengan tindakan anda itu, pertama, anda boleh tingkatkan 'net worth' anda untuk menjadi jutawan dengan lebih pantas dan keduanya, anda sedang mempersiapkan diri kepada bebas kewangan kerana pendapatan pasif anda semakin meningkat!

0 comentários:

Wang bukan membuatkan kita kaya tetapi yang sebenarnya sikap kita. Jujur, ikhlas, amanah, empati dan prihatin serta tidak pentingkan diri s...

Sikap kita yang buat kita KAYA

Wang bukan membuatkan kita kaya tetapi yang sebenarnya sikap kita.

Jujur, ikhlas, amanah, empati dan prihatin serta tidak pentingkan diri sendiri yang membuatkan kita jadi kaya. Pendek kata, jika anda mempunyai sikap dan ciri-ciri orang-orang yang berjaya secara semulajadi, kekayaan akan datang tanpa dijemput.

Anda senyum pada orang, orang akan senyum kembali kepada anda. Jika anda inginkan penumbuk seseorang, cuba tumbuklah dahulu orang tersebut. Kita sombong kepada orang, mana mungkin orang akan mendekati untuk membantu anda. Menutup pintu rezeki secara semulajadi! Menutup ruang dan peluang anda untuk menuju kejayaan.

Anda bantu seseorang, akan ada orang lain pula yang akan membantu anda malah lebih ramai lagi yang akan berebut-rebut membantu untuk membuka pintu rezeki anda!

Jika tindakan anda betul, kejayaan secara otomatik datang tanpa diminta! Perbetulkan niat dan tindakan anda, In Syaa Allah, kekayaan yang akan mencari anda!

Itupun jika kekayaan dapat mencari dan berjumpa dengan anda! Lihat sahaja jutawan Syed Mokhtar Albukhari, kekayaan masih lagi mengejar beliau dari pelbagai penjuru!

0 comentários:

Ubah strategi dan teknik! Jika selama ini anda bekerja dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup anda ke tahap yang lebih tinggi tetapi s...

Ubah strategi dan teknik Hidup Anda

Ubah strategi dan teknik!

Jika selama ini anda bekerja dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup anda ke tahap yang lebih tinggi tetapi setelah lebih lima tahun tiada apa-apa perubahan yang nyata, anda wajib menukar cara anda mengendalikan kehidupan anda dalam tatacara tindakan, pemikiran dan displin apabila ianya berkait soal kewangan!

Ramai orang tidak ambil kisahpun tetapi hidup mereka berjaya. Mereka bernasib baik kerana cara mereka adalah betul dalam tatacara urus tadbir kewangan mereka tanpa mereka sendiri sedar pun!
Anda bagaimana?

Itu sebab kita kaji tempoh 5 tahun yang lalu jika kewangan kita tidak membantu untuk membuat kita hidup senang untuk tempoh 5 tahun akan datang, ubah strategi dan teknik anda!

Tukar strategi, belajar dari mereka yang berjaya adalah paling mudah dan cepat untuk anda mengejar masa anda kembali! Di takuk mana pun tahap pencapaian anda sekarang, anda masih belum terlambat! Itu pun jika anda sedar!

Tuntut ilmu kewangan tidak dapat dielakkan melainkan anda sendiri mengelak untuk belajar jika anda ingin berubah. Melainkan anda kata, "kami sangat selesa sekarang biar pun ditakuk lama! Dan inilah cara generasi kami turun temurun sejak dari nenek moyang kami lagi!"

"Tak dapek yo den nak nolong!"

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: