Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Tuntut ilmu niaga@pelaburan! Ramai orang ingin menjadi kaya tetapi mereka tidak mahu melaburkan masa mereka terlebih dahulu. Mereka lebih g...

Tuntut ilmu BISNES

Tuntut ilmu niaga@pelaburan!

Ramai orang ingin menjadi kaya tetapi mereka tidak mahu melaburkan masa mereka terlebih dahulu. Mereka lebih gemar mendapatkan tip-tip panas dari sumber yang tak berasas seperti skim cepat kaya. Ataupun mereka tergesa-gesa memulakan bisnes dengan tergopoh-gapah tanpa sebarang kemahiran asas dalam bisnes tersebut. Dan kemudian mereka selalu pula tertanya-tanya mengapa 9 daripada 10 perniagaan selalu berakhir dengan kegagalan dalam masa 5 hingga 10 tahun pertama?

Ini adalah kerana mereka tidak sanggup melaburkan masa untuk belajar ilmu pelaburan @ perniagaan mengikuti pelan kewangan dan menjadikan wang bekerja untuk mereka dalam jangka masa panjang.

Namun kebanyakan mereka terlalu sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk belajar ilmu bijak wang.

Walhal yang mereka kejarkan selama ini pun bekerja demi wang iaitu menjadi 'hamba' kepada wang.

Jika mereka bijak sedikit mengubah alasan atau menukar idea yang memihak kepadanya seperti merangka satu pelan kewangan bagaimana hendak menjadi kaya dalam jangka masa tertentu.
Sebaliknya terlalu ramai manusia yang tidak sabar-sabar ingin menjadi kaya SEKARANG atau SEGERA!

Itulah sebab 95% gagal dalam kehidupan terburu-buru membuat pelaburan yang salah dan lebih malang lagi wang EPF tidak pernah cukup untuk menampong ketika usia meniti tua!

Tuntutlah ilmu terlebih dahulu kemudian merancang pelaburan anda atau pelan kewangan dengan betul sekarang sementara anda masih ada tenaga, sedikit wang dan masa!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: