Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Di petik dari Whatsapp Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk bisnes Beberapa hari sebelum Nasi Ayam sy viral melampau dan followers saya na...

Rahsia ILMU PELARIS untuk Bisnes

Di petik dari Whatsapp

Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk bisnes

Beberapa hari sebelum Nasi Ayam sy viral melampau dan followers saya naik kepada 20 000 dalam masa seminggu.

Saya study pasal surah AL WAQIAH.

Selepas saya ditegur Allah melalui seorang Pak Cik Jaga klinik yang selalu saya bawa anak follow up.

Semasa pak cik itu tegur saya sebelum balik,

"Nak.. Amalkan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah sebelum tidur ye".

[Eh pak cik ni.. Dalam ramai ramai orang, dia tegur aku!]

Skeptikal juga dalam hati sikit. Tetapi fikir balik, Eh! Allah tegur ni melalui pak cik ni!

Jadi, saya pun bukalah tafsir Al Quran dan selak halaman surah Al Waqiah.

Oh... Surah tentang Hari Kiamat rupanya.

Kemudian saya tanya kawan kawan di facebook, ada tak di antara mereka yang tahu tentang kelebihan surah Al Waqiah sebab kalau tentang Hari Kiamat rasanya saya memang ambil tahu. Kot kot ada benda lain yang saya belum tahu.

Kemudian ada yang beritahu surah tersebut adalah surat pembuka pintu rezeki.

Saya pun baca balik... Tak ada pun macam ada unsur unsur rezeki di situ. Jadi, macamana yang ada kaitan dengan rezeki.

Kemudian saya tenangkan fikiran. Tarik nafas... Hembus.

Kemudian rasa semacam dapat azimat.

Cerita tentang Hari Kiamat!

Agaknya Allah mahu kita berpesan pesan dengan orang lain tentang TUJUAN KITA BUAT APA SAHAJA DI DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT. Pesan kepada diri sendiri dan pesan kepada orang lain juga!

Yes! Kita kena berpesan pesan antara satu sama lain! Kalau dah tau, jangan simpan seorang seorang.

Jika mahu buat baik, jangan buat seorang seorang! Ajak orang lain sekali.

Nak masuk syurga juga.. Jangan selfish! Ajak kawan kawan lain!

Yes! Mesejnya adalah BERPESAN PESAN!

Kiamat adalah benar! Petanda berakhirnya dunia adalah hari Kiamat! Jangan kejar dunia. Kejar akhirat!

Allahuakbar! Itu yang Kau mahu ingatkan semula. Jangan cari kemasyuran dan nikmat dunia semata mata!

Beberapa hari selepas itu, Nasi Umi viral dan followers saya menginjak berpuluh puluh ribu.

Benarlah Al Waqiah adalah PEMBUKA PINTU REZEKI.

Selepas pintu terbuka, bermacam macam rezeki datang.

Jual apa sahaja laku! Dapat peluang terbitkan buku sendiri. Sudah ada website sendiri. Ada e-commerce sendiri. Orang datang hulurkan bantuan tentang online marketing.

Allah... Rasa bersyukur sangat dengan bantuan yang diberikan. Allah yang gerakkan hati hati mereka untuk membantu.

Allahuakbar.

Nota : Saya doakan mereka yang SHARE juga dibukakan pintu rezeki sebab kita berpesan pesan tentang tujuan kita diutuskan ke dunia. Besar pesanan ini sebenarnya

#amazingAlwaqiah

0 comentários: