Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Anda sangka anda kaya? Anda ada rumah besar? Anda ada kereta besar? Anda ada beberapa rumah sewa? Anda ada beberapa bidang tanah? Anda...

Jangan jadi Pak Kadok

Anda sangka anda kaya?
Anda ada rumah besar?

Anda ada kereta besar?
Anda ada beberapa rumah sewa?
Anda ada beberapa bidang tanah?
Anda tidak perlu lagi bekerja?

Tetapi duit simpanan makin menyusut?

Masih terikat dengan hutang?

Masih tercari-cari rakan baik KAWANKU di bank untuk buat pinjaman peribadi?

Anda sudah mula tidur tak lena?

Anda tercari-cari di mana kesilapan anda?

Jika jawapan anda semua 'YA', anda memang ada masalah, masalah menguruskan wang!

Tetapi anda dilihat sebagai seorang yang kaya, bukan? Atau anda hanya berangan yang anda seorang jutawan?

Anda masih belum cukup wang untuk menanggung perbelanjaan bulanan tanpa perlu bekerja.

Walaupun anda memang seorang yang kaya....tetapi tahukah anda bahawa anda merupakan seorang jutawan .....fakir!

Tidak pun jutawan miskin jika anda masih menghadapi masalah -masalah di atas.

Anda masih belum cukup mencipta pendapatan pasif! Anda belum betul-betul faham kiraan pendapatan pasif anda tetapi anda sudah pun menjulang piala kemenangan sebelum wisel berbunyi!

Anda belum pun menjaringkan gol, wisel pun belum dibunyikan tetapi anda sudah melompat kegembiraan meraikannya bersama penonton! Ibarat malang Pak Kadok, ayam sabongnya menang, tetapi rupanya menang sorak sahaja, akhirnya kampong tergadai!

Sebenarnya anda masih perlu bekerja! Bekerja untuk mencari wang! Wang yang akan mencukupkan belanja bulanan anda!

Masanya belum tiba lagi wang bekerja untuk anda!

Anda perlu tuntut ilmu, belajar, ambil tahu, faham dan bertindak jika anda inginkan wang pula bekerja untuk anda!

Jangan jadi Pak Kadok! Menang sorak, kampong tergadai!

0 comentários: