Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Seronok tengok orang lain kaya! Ramai di antara kita apabila melihat kejayaan orang lain sangat menginginkan agar kejayaan seperti mereka i...

Seronok tengok orang lain KAYA

Seronok tengok orang lain kaya!

Ramai di antara kita apabila melihat kejayaan orang lain sangat menginginkan agar kejayaan seperti mereka itu dapat kita miliki. Betapa bertuahnya mereka itu menjadi di antara orang yang terpilih daripada kalangan orang-orang kebanyakan yang hanya hidup biasa-biasa, pergi kerja balik kerja dan cukup bulan dapat gaji.

Mereka kelihatan hidup dengan kemewahan yang seolah-olah mereka seperti tidak perlu bekerja lagi, pergi bercuti bersama keluarga, mempunyai corak dan gaya hidup setaraf orang kaya!

"Kalaulah aku dapat jadi macam dia, alangkah bertuahnya aku!" Kita merungut mengenangkan nasib orang yang lebih baik daripada kita...tetapi tahukah kita bahawa mereka juga pernah hidup bermula seperti orang biasa-biasa, macam kita?

Tahukah anda mereka telahpun melalui fasa kesusahan sebelum mereka dapat capai apa yang mereka mahu dan yang kita juga inginkan?

Tahukah anda bahawa mereka telah melalui fasa di mana fasa tersebut mereka telah mengikat perut mereka dan hidup dalam serba kekurangan kerana cuba membina sumber-sumber pendapatan tambahan yang mana kita masih lagi belum tempuhi?

Adakah kita sudah melaluinya?

Tepuk dada tanya iman!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: