Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Adakah anda seorang pemboros? Atau tidak dapat kawal emosi ketika membeli belah berjendela? Belajar kawal nafsu membeli! Setiap pembelian...

Anda Kaki BOROS


Adakah anda seorang pemboros? Atau tidak dapat kawal emosi ketika membeli belah berjendela?

Belajar kawal nafsu membeli! Setiap pembelian yang dikategorikan sebagai pembelian tidak perlu, perlu ditangguh!

Contoh: Anda nampak jam cantik model terkini atau terserempak dengan jualan perabut berdiskaun tinggi. Ini adalah pembelian barangan yang tak perlu pada kadar segera pun!

Selalunya selepas anda membayar harga barangan yang tidak perlu itu, penyesalan mula menyelubungi perasaan anda. Anda menyesal sangat-sangat!

Tipsnya:

Tangguhkan dahulu niat anda sehari dua untuk redakan nafsu beli anda!. Kemudian tiba masanya..

tangguhkan lagi niat beli anda seminggu lagi. Ini dapat anda rasionalkan samada pembelian itu perlu atau membazir!

Saya yakin nafsu pembelian anda berada pada tahap paling rendah selepas beberapa hari dan anda akan membuat keputusan bijak untuk tidak membelinya!

Anda telah menyelamatkan wang anda untuk membuat pelaburan kepada yang lebih bermakna.
Belajar tabiat ini beberapa kali. Anda akan dapat kawal tabiat buruk anda ketika membuat rondaan 'window shopping' anda yang akan datang.

Tangguh niat membeli pada ketika anda rasa sangat teringin untuk membeli!

Selamat mencuba!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: