Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Orang kaya bertaqwa! Kenapa saya perlu jadi kaya sedangkan dalam Islam kita disaran hidup bersederhana? Jadilah orang kaya yang bertaqwa! ...

Orang kaya bertaqwa

Orang kaya bertaqwa!

Kenapa saya perlu jadi kaya sedangkan dalam Islam kita disaran hidup bersederhana?
Jadilah orang kaya yang bertaqwa!

Kaya tidak hanya bermaksud kepada harta benda. Kaya dimata kita tak sama dengan kaya pada pandangan Allah.

Kita selalu melihat sesuatu dengan mata palsu. Mata kita dikaburi dengan perasaan nafsu. Yang mana benar, yang mana palsu!

Hidup bersederhana bukan bermaksud kita perlu jadi orang biasa-biasa. Orang Islam wajib jadi hebat terutama di mata orang bukan Islam walaupun beliau pilih untuk hidup biasa-biasa dan bersederhana!

Contoh: Apa salahnya kita pergi ke masjid untuk ke rumah Allah menaiki kereta mewah?

Bukankah ianya membuka mata orang bukan Islam bahawa menjadi orang Islam itu juga hebat?

Bukan nak menunjuk kepada orang lain tetapi kita sebagai tetamu menghormati rumah Pencipta Alam Semesta? Tanya balik diri kita, adakah kita akan menggunakan kereta buruk untuk menghadiri jemputan santapan diraja di sebuah istana?

Tentu sekali tidak! Kita mesti mencari jalan untuk menghormati majlis orang.

Jika seorang raja pun kita ada rasa hormat yang tinggi apatah lagi Allah yang Maha berkuasa pemilik seluruh alam!

Orang kaya bertaqwa sudah melaksanakan tanggungjawab bersedekah, berzakat dan berwakaf barulah mereka membelanja untuk diri mereka.

Bukan kita nampak hebat di mata Allah sahaja tetapi  manusia lain juga boleh ambil iktibar bahawa tiada salahnya berkunjung ke rumah Allah dengan menaiki kereta mewah sebagai menghormati Tuanpunya rumah! Tetapi itu jika kita mampu!

Ini bukan soal riak, ini soal betapa orang Islam juga berhak menjadi hebat di sisi Allah supaya kita tidak ambil mudah soal untuk menjadi kaya!

Tetapi apa sahaja yang kita ingin capai tertakluk kepada niat kita juga! Jika niat kita nak jadi kaya sebab nak menunjuk-nunjuk kekayaan kita kepada manusia semata-mata adalah lebih baik kita jadi miskin yang kaya dengan amalan-amalan suruhan Allah yang boleh membawa kita ke syurga.

Sama juga dengan niat nak hidup biasa-biasa dan bersederhana sebab nak tunjuk kita ini zuhud di sisi Allah tetapi dikhuatiri banyak pula amalan-amalan hubungan kita dengan manusia yang boleh membawa kita ke neraka!

Itu sebab memilih untuk kaya di dunia dan juga bahagia di akhirat dengan meletakkan niat yang betul supaya kita mendapatkan kedua-duanya sekali sangat-sangat digalakkan.

Tidak salah untuk kita kaya di dunia kerana peluang untuk beramal sebagai persediaan bekalan akhirat terbuka luas semasa hidup kaya di dunia lagi. Itupun jika anda seorang kaya yang bertaqwa.

Wallahualam!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: