Jangan anda bersalah sangka. Semua itu berhutang!
Kita menilai orang melalui kaca mata fizikal yang kita nampak. Kalau kita nampak orang pakai baju kot, dalam hati kita berkata, hebat orang itu! Kalau kita lihat orang pakai kereta mewah, dalam hati kita, kaya orang itu.
Jangan silap sangka melalui penampilan.
Ada yang tampak hebat tetapi penipu pun ramai. Ada yang nampak bergaya tetapi papa pun ada!
Tengok apa agenda masing-masing.
Ramai juga yang tampak hebat, kaya dan bergaya tetapi tak punya apa-apa pun, ada! Dan tidak sedikit juga yang nampak biasa-biasa tetapi mereka sebenarnya hebat dan kaya raya!
Cuma apa yang cuba ditekankan disini, jangan kita terikut-ikut dengan apa orang lain pandang terhadap kita yang tak boleh atau mampu kita buat. Jadilah diri anda sendiri sahaja.
Jika anda kaya, silakan penampilan hebat anda kerana anda mampu. Tetapi niat biar betul, bukan riak atau menunjuk-nunjuk tetapi sebab anda ada bisnes yang membuatkan anda mesti nampak hebat!
Jika anda biasa-biasa, belum lagi kaya, buatlah cara sekadar mampu sahaja. Dah ramai terjebak dalam hutang untuk nampak hebat dan bergaya! Bukan masanya lagi.
Anda bukan sahaja berhutang keliling pinggang malah sudah terbelenggu dan terbelit seluruh badan masih tak mahu sedar-sedar.
Anda perlu mengumpul wang dahulu untuk menjadi kaya. Anda kena belajar dahulu untuk menjadi kaya. Tangguhkan tampak kaya anda dulu kerana anda tahu anda belum pun kaya.
Jadi kenapa anda terpaksa menjadi miskin semata-mata anda mahu menunjukkan yang anda konon-kononnya kaya? Habis wang disebabkan nak nampak macam kaya. Kaya yang palsu. Buat apa?
Jangan ingat anda cuba memperdaya orang tetapi sebenarnya anda hanya menipu diri sendiri!
PARAH berhutang membawa rebah sampai terlentang!
Buat apa???
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
Jangan anda bersalah sangka. Semua itu berhutang! Kita menilai orang melalui kaca mata fizikal yang kita nampak. Kalau kita nampak orang pa...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: