Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Strategi dan teknik nak jadi kaya kena betul! Setiap apa saja rancangan perlu ada strategi kemudian diikuti dengan teknik untuk melakukanny...

Teknik KAYA kena betul

Strategi dan teknik nak jadi kaya kena betul!

Setiap apa saja rancangan perlu ada strategi kemudian diikuti dengan teknik untuk melakukannya. Jika anda ingin menuju ke sesuatu destinasi yang anda belum pernah sampai, apakah strategi anda untuk anda sampai dengan cepat dan selamat?

Apakah teknik yang anda lakukan untuk anda sampai tepat pada waktunya tanpa menempah bahaya?

Sudah tentu strategi anda adalah mencari jalan paling singkat dengan menggunakan kenderaan yang sesuai. Tekniknya?

Buka buku peta atau GPS bagi panduan jalan terbaik untuk anda tidak sesat dan sudah tentu anda juga perlu sihat, segar dan tidak mengantuk semasa memandu. Jadi ada persediaan tertentu yang anda kena tahu dan buat untuk menuju ke destinasi dengan cepat dan selamat! Semua ada persediaan bagi mencapai hasrat dan matlamat.



Untuk capai kejayaan dan kekayaan pun perlu ada strategi dan teknik yang betul. Apatah lagi jika anda pergi untuk berperang. Strategi kena ada dan teknik kena betul. Strategi sudah mantap tetapi jika tekniknya tidak kena, pergi berperang dengan senjata canggih tetapi tanpa ada peluru apalah daya untuk menang!

Seperti juga anda bertahun-tahun pergi-balik bekerja siang malam untuk jadi kaya, strateginya mantap, tidak pernah ponteng kerja, buat overtime lagi namun tekniknya tidak ada yang betul apalah daya anda untuk anda jadi kaya tidak akan kesampaian.

Tekniknya apa?

Anda seorang penyimpan wang? Anda seorang pelabur?
Atau seorang yang bijak dalam urusan kewangan keluarga?
 Anda ada buat bisnes kecil-kecilan?
Anda seorang yang berdisplin tinggi?

Jika jawapan-jawapan anda tidak, bermakna teknik anda perlu diperbetulkan dahulu!

Anda nampak berjaya dalam bisnes tetapi anda seorang pemboros. Anda seorang berkerjaya profesional tetapi duit selalu tidak pernah cukup! Anda hidup mewah tetapi hutang keliling pinggang. Anda seorang kaunselor rumahtangga tetapi hidup anda sendiri porak peranda!

Anda ada strategi tetapi tidak mengamal teknik yang betul. Anda mahu jadi kaya? Strateginya rancang untuk timba ilmu kewangan sebanyak mungkin, In syaa Allah, anda akan nampak sinaran kekayaan menanti anda dihujung terowong sana jika teknik dan tindakan anda betul.

Selamat belajar Financial IQ!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: