Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Loan rumah: bayar cepat atau bayar ikut perjanjian? Saya hadir dalam sessi bersama Azizi Ali pakar perunding kewangan no.1 negara tempohari...

Bayar cepat atau Bayar ikut perjanjian Pinjaman Perumah

Loan rumah: bayar cepat atau bayar ikut perjanjian?

Saya hadir dalam sessi bersama Azizi Ali pakar perunding kewangan no.1 negara tempohari, dan ini pesanan dia!

Jika anda membayarnya cepat, apa yang anda dapat adalah pembayaran faedahnya kepada bank menjadi berkurangan, sangat berkurangan.

Dan ini menguntungkan anda kerana jangka masa loan menjadi pendek, selesai cepat dan bayar faedahnya kurang. Dan anda boleh memberi tumpuan kepada pelaburan yang lain pula. Saya tidak dapat menerangkannya di sini bagaimana melakukan nya kerana ianya satu penjelasan yang panjang.

Dan ini pesanan saya pula, apa yang saya mahu kaitkan di sini, (jika anda pernah menghadiri sessi bijak wang yang saya kendalikan, anda akan faham apa yang cuba saya perjelaskan.) anda perlu fahami asas kewangan!

Tindakan anda di atas memberi kesan ke atas kolum Pendapatan, kolum Perbelanjaan, kolum Aset dan kolum Liabiliti anda.

1. Dengan menghabiskan jangkamasa loan anda dengan cepat, anda telah melupuskan bebanan kolum LIABILITI anda!

2. Apabila tempoh loan anda selesaikan, anda telah mengurangkan kolum PERBELANJAAN anda dengan tidak perlu membayar ansuran pinjaman rumah secara bulanan lagi kepada bank.

3. Bermakna kolum PENDAPATAN anda semakin kukuh dengan adanya lebihan daripada tidak membayar kepada bank dan boleh menjadi tambahan kepada simpanan anda.

4. Kesannya adalah anda boleh membuat pelaburan baru @pinjaman baru untuk tingkatkan pendapatan pasif anda melalui kolum ASET.

5. Dan anda dapat dua perkara baik dengan tindakan anda itu, pertama, anda boleh tingkatkan 'net worth' anda untuk menjadi jutawan dengan lebih pantas dan keduanya, anda sedang mempersiapkan diri kepada bebas kewangan kerana pendapatan pasif anda semakin meningkat!

0 comentários: