Ubah strategi dan teknik!
Jika selama ini anda bekerja dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup anda ke tahap yang lebih tinggi tetapi setelah lebih lima tahun tiada apa-apa perubahan yang nyata, anda wajib menukar cara anda mengendalikan kehidupan anda dalam tatacara tindakan, pemikiran dan displin apabila ianya berkait soal kewangan!
Ramai orang tidak ambil kisahpun tetapi hidup mereka berjaya. Mereka bernasib baik kerana cara mereka adalah betul dalam tatacara urus tadbir kewangan mereka tanpa mereka sendiri sedar pun!
Anda bagaimana?
Itu sebab kita kaji tempoh 5 tahun yang lalu jika kewangan kita tidak membantu untuk membuat kita hidup senang untuk tempoh 5 tahun akan datang, ubah strategi dan teknik anda!
Tukar strategi, belajar dari mereka yang berjaya adalah paling mudah dan cepat untuk anda mengejar masa anda kembali! Di takuk mana pun tahap pencapaian anda sekarang, anda masih belum terlambat! Itu pun jika anda sedar!
Tuntut ilmu kewangan tidak dapat dielakkan melainkan anda sendiri mengelak untuk belajar jika anda ingin berubah. Melainkan anda kata, "kami sangat selesa sekarang biar pun ditakuk lama! Dan inilah cara generasi kami turun temurun sejak dari nenek moyang kami lagi!"
"Tak dapek yo den nak nolong!"
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
Ubah strategi dan teknik! Jika selama ini anda bekerja dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup anda ke tahap yang lebih tinggi tetapi s...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: