Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Wang boleh menjadikan anda bodoh! Percaya atau tidak, ramai daripada kita tak semena-mena menjadi bodoh bila mendapat durian runtuh. Mana...

Wang boleh menjadikan anda bodoh

Wang boleh menjadikan anda bodoh!

Percaya atau tidak, ramai daripada kita tak semena-mena menjadi bodoh bila mendapat durian runtuh.

Mana tidaknya, sebelum ini belum pernah tengok duit berguni depan mata. Kita tidak pernah terfikir lagi untuk mengharungi hidup sebagai orang kaya! Belum lagi bersedia, tiba-tiba rezeki jatuh ke riba!

Tidak kira dari mana duit anda datang jika anda bijak wang sudah tentu anda melabur dan merancang masa depan dengan lebih baik.

Dan tahu bagaimana nak manfaatkan wang anda tanpa menyalahi mana-mana undang-undang negara!

Wang bukanlah penyebab anda menjadi kaya sebaliknya ia juga boleh menjadikan anda kembali miskin kerana menjadi terlalu bodoh!

Dalam masa setahun dua sahaja wang anda boleh lesap selepas berbelanja sakan dan anda akan kembali normal seperti sediakala sebaik sahaja anda kehabisan wang anda, hidup kembali susah.
Seolah-olah hidup seperti anda mula-mula baru mengenal dunia kewangan. Wang boleh menggelapkan mata dan fikiran jika kita tidak bersedia dengan ilmu kewangan.

Dan ramai yang telah hidup merempat, muflis, putus saudara, dikeji, dihina malah ada yang bakal masuk jel disebabkan menjadi bodoh kerana bahana menerima wang yang terlalu banyak dek kerana terjebak dalam gejala rasuah, maksiat, jenayah atau menerima wang derma politik!

Selamat belajar Financial IQ!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: