Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Pelaburan satu perancangan! Kenapa saya selalu tekankan soal pelaburan itu satu perancangan? Dengan adanya perancangan kita tahu dan jela...

Peta Destinasi Pelaburan

Pelaburan satu perancangan!

Kenapa saya selalu tekankan soal pelaburan itu satu perancangan?

Dengan adanya perancangan kita tahu dan jelas akan perjalanan menuju destinasi yang kita ingin capai. Ianya adalah peta destinasi.

Ianya seolah perjalanan sebuah kapal yang berlayar di lautan yang luas berada di tengah-tengah lautan yang tidak bertepi tetapi mengetahui arahtuju ke mana mahu mereka pergi.

Tidakkah kapten kapal mempunyai persiapan lengkap dengan peralatan canggih seperti GPS, kompas, peta dan pelbagai alat bacaan kaji cuaca yang dapat membantu mereka untuk melayari lautan dengan selamat? Ini dinamakan perancangan.

Dan oleh sebab itu jika kita tidak ada perancangan terhadap pelaburan kita dalam mencapai matlamat kewangan, ramai orang pada hari ini berpindah dari satu kerja ke satu pekerjaan ataupun dari satu bisnes ke satu bisnes lain, dan tidak benar-benar dapat mencapai matlamat kewangan yang mereka inginkan.

Mereka hanya menghabiskan wang hatta harta benda, masa dan tenaga bergelut dalam kehidupan ini tanpa perancangan. Mereka mungkin gembira dengan apa yang mereka lakukan, tetapi mereka tidak tahu akan hal yang lebih baik yang tidak pernah mereka tahu atau rasai!

Sebab itu saya selalu ingatkan bahawa pelaburan itu satu perancangan! Perancangan bagi mencapai impian. Impian untuk menjadi kaya yang tidak datang bergolek!

Fokus!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: