Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Harga sebuah pengalaman! Anda ada pilihan: Samada anda pilih harga sebuah pengalaman atau anda pilih harga sebuah ilmu. Rakan saya telah k...

Harga sebuah Pengalaman

Harga sebuah pengalaman!

Anda ada pilihan:
Samada anda pilih harga sebuah pengalaman atau anda pilih harga sebuah ilmu.

Rakan saya telah kerugian rm50,000/- kerana membayar harga sebuah pengalaman setelah melalui pengalaman pahit ditipu oleh pelanggannya apabila menerima tawaran kontrak dalam bidang pembinaan dari seorang taukeh.

Puncanya, tiada pengalaman dan tiada ilmu dalam soal mengurus kerja kontrak dalam syarikat pembinaannya yang sudah beberapa tahun ditubuhkan.

Pendek kata, kos dia menimba pengalaman dan pembelajaran tersebut adalah RM50,000/- hasil dari dia mula menjadi subkontraktor secara kecil-kecilan sehingga dia mampu mengumpul modal tersebut.
Dia mengakui bahawa kesilapan besar yang dilakukan adalah tidak menuntut ilmu bisnes terlebih dahulu yang mungkin bernilai RM5,000/- sahaja.

Tetapi tidak ramai yang sanggup untuk mengeluarkan belanja rm5,000/- semata-mata mahu menuntut ilmu berniaga. Melainkan sudah kena tipu baru merasakan nilai rm5,000/- itu adalah terlalu kecil sebenarnya berbanding RM50,000/-.

Sayangnya, semuanya sudah terlambat.. setelah kehilangan rm50,000/-, wang rm500/- pun sudah tidak mampu untuk dibelanjakan bagi menuntut ilmu.

Saya sendiri pernah melalui pengalaman sama yang pahit berjumlah lebih besar iaitu RM500,000/- semasa zaman jahiliah saya dahulu. Cuma saya bernasib baik kerana wang tersebut kepunyaan rakan kongsi saya yang kaya raya dan tidak terikat dengan mana-mana bank. Dan itulah harga pengalaman saya.

Saya tidak mahu anda melalui nasib yang sama setelah saya sendiri merasainya. Terlalu pahit sehingga mengganggu tidur saya selama 6 bulan satu ketika dahulu.

Alhamdulillah, saya dapat mengharunginya setelah bangkit semula dari kebodohan itu bila terlibat dalam bidang hartanah serta memahami konsep dan fungsi yang wang hanyalah alat untuk anda maju ke hadapan dan ia bukanlah 'buah hati' yang anda perlu ratapi atau sayangi jauh di dalam lubuk hati anda.

Sebelum insiden seperti ini berlaku kepada anda, mulakan langkah untuk menuntut ilmu terlebih dahulu tidak kira dalam bidang apapun yang anda ingin ceburi.

Pelaburan, perniagaan, motivasi, urus kewangan, displin diri dan pengurusan masa semua menuntut wang untuk anda memperolehinya.

Jadi saya cadangkan buat satu peruntukan belanjawan untuk anda mengikuti pelbagai kursus yang anda minati hatta untuk mengurus penampilan diri pun atau memulakan sebuah perniagaan kecil! Bajet dalam RM200/- setiap kursus yang akan anda hadiri!

Tetapi jika ada kursus yang percuma pun, anda tidak ada masa untuk pergi apatah lagi untuk membayar, itu adalah sikap orang yang tidak mahu berjaya dalam hidupnya!

Jangan pandang remeh isu menuntut ilmu ini bagi anda menggapai kejayaan dalam hidup! Atau anda mungkin memerlukan khidmat seorang mentor untuk anda mulakan langkah perjalanan hidup anda! Atau adakah anda sanggup untuk membayar harga sebuah pengalaman? Itupun jika anda bijak matematik!

Pilihan di tangan anda!

0 comentários: