Monday, April 17, 2017

Terpenjara dalam Kejahilan Kewangan

Kebanyakan orang menghabiskan masa hidupnya terpenjara dalam kejahilan kewangan. Ianya umpama seperti harimau Malaya yang terkurung dalam sebuah kandang zoo.

Mundar mandir, ke hulu ke hilir dan sekali sekala mengaum garang ingin menunjukkan kehadirannya namun tiada apa-apa makna atau siapa pun yang peduli.

Begitu jugalah kita manusia menjalani kehidupan harian pergi dan pulang kerja bertahun-tahun mencari rezeki seolah-olah tiada cara kehidupan lain yang boleh kita nikmati. Kita terperangkap dalam pemikiran mencari rezeki secara turun temurun ibarat setitik peluh petani diumpamakan seperti rezeki sebutir beras padi!

Kenapa tidak kita jadikan setitik peluh nilai seperti seketul emas? Satu perkara penting yang tidak diketahui ialah kita mempunyai pilihan untuk mengubah hidup ini dengan mengambil sedikit masa untuk belajar bagaimana membuat pelan kewangan dan mengetahui apakah peluang dan sejauh mana kita dapat capai dari segi kewangan dalam hidup kita.

Pengetahuan inilah menjadi sesuatu yang sangat berharga! Bijak wang mampu mengubahnya!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Rapidgator.net