Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Rancang aktiviti hari ini, semalam! Bangun pagi ini anda tahu tak apa nak dibuat pada hari ini? Atau anda bangun pagi ini masih nak bertek...

Rancang aktiviti hari ini dari semalam

Rancang aktiviti hari ini, semalam!

Bangun pagi ini anda tahu tak apa nak dibuat pada hari ini?

Atau anda bangun pagi ini masih nak berteka-teki apa nak buat?

Atau anda dah tahu sebab memang rutin kerja anda sama begitu, hari demi hari. Tahun demi tahun. Tak perlu rancang apa-apa pun!

Apa-apa pun anda patut kena tahu apa aktiviti-aktiviti anda pada hari ini dari SEMALAM lagi. Itulah nama dia perancangan terpimpin!

Perancangan aktiviti termasuklah soal aktiviti peribadi dan tidak hanya terhad kepada aktiviti rutin kerja harian sahaja.

Anda boleh berjaya kerana displin anda MENGURUS MASA. Ramai yang hidupnya gagal kerana masanya terbuang kerana tidak ada perancangan. Tidak ada jadual kerja yang bersistem. Pembaziran masa! Pembaziran masa kepada perkara sia-sia yang tidak dirancang. Masa itu emas! Jika kita tidak manfaatkan masa dengan membuang masa maka kita juga bersikap seperti membuang emas!

Nampak isu ini macam ringan tetapi jangan ambil lewa. Jika anda terabai, fikiran anda boleh jadi kusut dan berserabai apabila anda tersedar yang anda telah banyak membuang masa. Suka tak suka anda kena ada sistem mengurus masa.

Cari satu gajet atau diari yang boleh bantu urus masa anda!

Belajar urus masa, anda akan tenang sepanjang masa kerana yakin segala tugasan dan aktiviti tidak lagi terlepas pandang. Aktiviti kerja, peribadi, jemputan kahwin, rancang percutian, tarikh-tarikh harijadi, jadual cuti sekolah, senarai belibelah, pelaburan saham, emas, hartanah, cukai jalan mati, cukai pintu, senarai hartanah, penyewa-penyewa, segala macam temujanji, bajet bulanan hingga kepada aktiviti projek-projek bebas dan aktiviti kebajikan atau idea-idea bernas semua boleh dicatatkan, dirancang dan dilaksana dalam satu buku diari/gajet sistem pengurusan masa jika anda ingin hidup berjaya!

Mari kita belajar dan tuntut ilmu masa!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: