Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Adakah anda miskin? Memang anda dikira miskin jika: 1. masih bergantung pada mak bapak untuk cukupkan belanja bulanan anda. 2. anda memb...

Adakah anda miskin

Adakah anda miskin?

Memang anda dikira miskin jika:

1. masih bergantung pada mak bapak untuk cukupkan belanja bulanan anda.
2. anda membisu seribu bahasa bila bank tempat anda meminjam membuat panggilan telefon sejak 3 bulan yang lalu.
3. anda mula menggaru kepala untuk mencari rakan mangsa sipemiutang di setiap kali masuk waktu tengah bulan.
4. anda culas membayar yuran taska dan tadika tempat anak anda dihantar kerana bersilihganti dengan bayaran yuran bulanan ahli kelab golf anda.
5. anda selalu bercakap bohong setiap kali terserempak dengan sipemiutang.
6. jantung anda berdebar dan bergetar senada dengan bunyi deringan telefon setiap kali panggilan masuk.
7. anda kerap menukar nombor telefon baru atas alasan telefon lama selalu rosak.
8. anda terkial-kial menyeluk saku nak bayar belanja kawan kononnya, walhal anda tahu dompet anda memang anda tinggalkan di pejabat.
9. anda rasa susah hati tetapi tetap melakukan aktiviti berbelanja melebihi pendapatan bulanan anda!
10. Anda sengaja melengahkan membayar sewa rumah sebab anda anggap tuan rumah tak ambil kisah!

Sedang anda menghadapi masalah di atas, anda tidak sedar anda miskin jika:

1. anda masih menikmati minuman secawan kopi di Starbuck.
2. anda masih bergaya sakan mengalahkan artis.
3. anda masih lagi berfoya-foya di kelab malam dangdut kesukaan anda.
4. anda masih tidak ambil peduli yang kad kredit anda telah capai had maksimum.
5. anda selalu pulang lewat larut malam atas alasan ada perbincangan penting dengan ahli mesyuarat tingkap anda.
6. rakan-rakan anda masih memuji-muji kehebatan anda dan selalu mendoakan agar anda murah rezeki kerana tidak pernah putus-putus belanja mereka makan di restoren mewah setiap kali dapat gaji.
7. anda memandu kereta mewah tetapi meletak kereta di tempat haram.
8. anda masih melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dalam tempoh masa 10 tahun yang lalu.
9. anda masih membaca nota-nota saya tetapi tetap tidak mahu bertindak.
10. anda masih merasakan diri anda hebat sedangkan anda memerlukan seseorang membantu soal pengurusan kewangan peribadi anda.
11. Anda ingin belajar tetapi tidak ada masa untuk hadir pada hari Sabtu lepas!

0 comentários: