Menurut kajian statistik yang dikeluarkan oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.(Hampir sama dengan Malaysia) Pada umur 6...
Minda Mesti Kaya Dulu
Menurut kajian statistik yang dikeluarkan oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.(Hampir sama dengan Malaysia)
Pada umur 65 tahun:
- 1 orang jadi jutawan
- 4 orang hidup senang
- 5 orang masih bekerja sebab terpaksa
- 54 orang hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan
- 36 orang meninggal dunia.
Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada 100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?
Ianya adalah bergantung kepada MINDSET seseorang...
Disini saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan orang susah:
1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya" Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"
2: Orang kaya berbisnes untuk menang. Orang susah berbisnes supaya tak rugi.
3: Orang kaya komited untuk jadi kaya. Orang susah hanya nak kaya.
4: Orang kaya berfikiran luas & jauh. Orang susah berfikiran sempit.
5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang. Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.
6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya. Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.
7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya. Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.
8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes. Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.
9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah. Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.
10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru. Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.
11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil. Orang susah memilih dibayar melalui masa.
12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya. Orang susah kerja kuat untuk cari duit.
13: orang kaya bertindak walaupun takut. Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.
14: Orang kaya pandai uruskan kewangan. Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.
"THINK AND GROW RICH"
#sekadar merenung antara kaya dn miskin, berjaya dn gagal.
Jika anda BUKAN seorang doktor pakar, akauntan bertauliah, jurutera berkompeten, saintis angkasalepas, atau apa sahaja yang membuat anda mer...
Financial IQ
Hatta anda juga bukan seorang menteri, Datuk, Dato' Seri, Tan Sri pelbagai gelaran dan darjat.
Kaya tidak memerlukan semua jawatan, pangkat atau kepakaran itu. Kaya hanya perlu ilmu bijak wang, IQ WANG atau 'Financial IQ'. Itu sahaja dan sudah tentu anda perlu ada sedikit modal, kreatif dan usaha yang berterusan!
Anda juga tidak perlu menjadi ketua perompak atau ketua gangster untuk menjadi kaya. Apa guna menjadi kaya jika pasti anda akan duduk di belakang tirai besi!
Kalau anda rasa anda sudah terlepas untuk belajar masuk universiti, masuk politik atau menyertai gang jalur tiga, anda masih berpeluang untuk menjadikan diri anda bijak wang. Gunakan apa yang anda ada untuk lipatgandakan nilai bersih kekayaan anda dengan cara betul dan selamat.
Dan jangan ingat jika kit seorang profesional kita boleh menjadi kekal kaya! Ramai di luar sana yang gagal dalam hidup walaupun mereka mempunyai kelulusan tertinggi.
Mereka kecundang kerana mereka tidak mempunyai ilmu bijak mengurus wang! Kenapa anda harus melarikan diri daripada polis dan Badan Pencegah Rasuah semata-mata untuk menjadi kaya?
Anda ada peluang untuk menjadi kaya jika anda mula belajar sekarang! Jika anda merasakan apa yang anda ada sekarang sudah cukup selesa, anda tidak perlu membuat apa-apa lagi yang ajaib. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Tetapi jika sebaliknya, anda wajib berubah. Belajar bagaimana orang kaya melakukannya!
Anak muda ... oh orang muda! Zaman kini sudah berubah.. Dulu kita lepak di kedai kopi yang secawan kopinya RM1.20... Sekarang kita punya b...
Tingkat IQ
Zaman kini sudah berubah..
Dulu kita lepak di kedai kopi yang secawan kopinya RM1.20...
Sekarang kita punya banyak pilihan untuk lepak di Gloria Jeans atau Starbucks yang secawan kopi harganya mencecah RM15.
Nak tingkatkan taraf hidup katakan! 'Lifestyle' sudah berubah. Ia menjadi ikut-ikutan cara anak-anak orang kaya menghabiskan duit!
Almaklumlah bapak dia orang memang kaya atau dia sendiri yang sememangnya mampu?
Kita ni bagaimana?
Bapak kita di kampong kais pagi makan pagi...Kita di bandar lagi parah sebenarnya, kais-kais, hujung bulan pun selalu miss soru! Tapi ikut trend punya pasal tak kisahlah, kerja lagi kuatlah nak dapat duit lebih! "Kad kreditkan ado!", kata-kata seperti iklan PTPTN!
Sanggup minum kopi secawan RM15/- kerana ikut trend atau memang nak menempah awal-awal kemiskinan hidup pada masa hadapan?
Tetapi bila ditanya dah beli rumah ke belum?
Jawapannya "Takde duit, lagi.. rumah mahal... "
Anda mula cipta alasan.....
Ini semua berbalik kepada pengurusan kewangan kita. Dan seserius mana kita memahami pentingnya aset itu di masa tua.
Aset? Ya, aset! Aset yang menjana pendapatan pasif tanpa perlu bekerja lagi bila tiba hari tua nanti!
Mustahil.. mana mungkin aku mampu melakukannya sekarang...yang penting aku perlukan wang untuk hidup sekarang ini!
Anda cipta alasan lagi...
Anda setuju tak? Anda punya pilihan dan pilihan anda untuk senang sekarang atau senang kemudian hari? Tentulah nak kedua-duanya, kan?
"Kalau begitu kita kena tingkatkan ilmu IQ wang kita", anda mula memberi pendapat bernas.
Anda betul! Tingkat ilmu IQ wang anda agar anda masih boleh menikmati kopi kegemaran anda pada harga RM1.20 secawan dan merancang sekarang untuk tidak perlu bekerja lagi di hari tua!
Selamat menjadi bijak wang!
Simpan dulu atau belanja dulu? Macam kita meneka telur dulu ke ayam dulu! Tak kisahlah ayam ke telur ke, yang pentingnya dua-dua kita bol...
Simpan Duit atau Belanja Dulu
Macam kita meneka telur dulu ke ayam dulu! Tak kisahlah ayam ke telur ke, yang pentingnya dua-dua kita boleh makan, yang wajib ayam kena sembelih dulu ikut syariah!
Ikut jumlah yang anda mampu simpan. Saya boleh kata ianya simpanan yang akan dilupakan.
Seolah-olah simpanan itu tidak wujud lagi setelah ianya diasingkan daripada senarai pendapatan dan perbelanjaan anda.
Katakan jumlah simpanan yang diasingkan berjumlah 20% (lebih tinggi lagi baik).
Dapat gaji sahaja jangan anda berfikir panjang atau berkira-kira nanti kalau aku nak pakai duit macamana?
Katakan jumlah 20% itu RM500/-.
Masukkan ke akaun berasingan seperti akaun ASB atau terus sahaja pindahkan wang tersebut ke akaun bank lain sebagai simpanan tetap bulanan atau seolah-olah belanja hangus!
Lupakan sementara wang tersebut untuk tahun-tahun berikutnya, jika 5 tahun anda istiqamah dalam menyimpan jumlahnya menjadi RM30,000/- belum masuk dividen atau faedahnya!
Anda boleh buat apa saja dengan jumlah duit tersebut?
Ya... sudah tentu anda boleh beli sebuah kereta idaman terpakai secara TUNAI! Pergi melancong ke seluruh dunia secara TUNAI!
Sudah tentu jawapan saya, beli rumah lelong tunai yang bernilai RM30,000/- ke bawah.
Anda tanya lagi, ada ke rumah harga rendah sebegitu lagi? Saya jawab, 2 tahun lepas saya beli sebuah flet RM26,000/- dan baru tahun lepas saya beli lagi sebuah flet RM19,000/- , dah dapat sewa pun kedua-duanya berjumlah RM800/- sebulan.
Siapa nak bagi RM 800/- sebulan sehingga akhir hayat aku!
Ilmu yang tidak diajar di sekolah! Samada kita sedari atau tidak, ilmu yang kita pelajari selama ini samada di sekolah mahupun di univers...
Ilmu buat DUIT tidak diajar di sekolah
Kita disuruh untuk belajar rajin-rajin dan dapatkan gred markah tertinggi agar kita mendapat pekerjaan yang terjamin!
Kita cuma bersangka bahawa kita ini kaya sebab kita mampu menyara diri dan keluarga. Perasan kaya, itu sahaja!
Jarang kita dilatih untuk menjadikan diri kita seorang majikan hatta seorang usahawan yang berjaya.
Hatta, tidak ramailah orang yang menjadi kaya raya disebabkan kita hanya dilatih untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mengkaya orang lain yang kita panggil majikan!
Tengok diri kita sendiri.
Adakah kita kisah tentang masa depan kita?
Ya, betul-betul kisah apa akan jadi kepada kita 5 tahun atau 10 tahun atau 20 tahun dari sekarang?
Kalau diri kita sendiri tidak kisah, ada orang lain nak kisah?
Lantaran itu, ianya hanya menjadi rahsia besar kepada orang-orang berjaya yang hanya akan diturunkan ilmu itu kepada anak-anak mereka!
Pelaburan memerlukan perancangan! Tetapi kita selalu menganggap pelaburan adalah tempat menentukan nasib kita... sama ada untung atau ...
Pelaburan memerlukan perancangan
Itulah sebabnya jika kita mula melabur kita mula berkira-kira berapa keuntungan akan kita buat dalam jangka terdekat.
Akhirnya kita tetap mengalami kerugian.
Kita yang kena merancang kenderaan apakah yang kita pilih untuk sampai ke destinasi impian kita.
Terpulang untuk kita pilih atas apa yang kita rancang. Kalau nak cepat sudah tentu kita pilih kapalterbang.
Kalau ianya satu percutian kita pilih naik 'cruise'. Kalau ianya perjalanan santai kita pilih kereta.
Jika anda pilih untuk berjalan kaki untuk ke Singapura itu pilihan anda! Dan hampir pasti anda akan sihat fizikal tetapi akal fikiran belum tentu!
Itu sebab jika ditanya kepada 'orang -orang biasa' tentang pelaburan mereka akan kata pelaburan itu berisiko tinggi.
Dengan sebab itu mereka tidak bertindak atau bertindak mengikut sentimen semasa. Sebab mereka tidak ada perancangan.
Kita yang sebenarnya yang lebih merungut dan merenung akan nasib malang yang menimpa kita setelah kehilangan wang di dalam skim cepat miskin!
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
Langit tidak cerah selalu! Ini bukan drama tetapi realiti. Pernah dengar pepatah sedangkan lidah lagi tergigit? Atau bumi mana yang ta...
Pandai Merancang
Atau bumi mana yang tak ditimpa hujan?
Hidup ini ibarat roda?
Langit tidak selalu cerah?
Ku sangka hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari?
Ya, jangan kita beranggapan bahawa kehidupan senang yang kita kecapi sekarang ini akan berpanjangan selama-lamanya. Sudah pasti satu hari nanti ada badai yang akan melanda kita dan kita akan dipukul gelombang hidup!
Ketika itu baharulah kita ingat KALAU lah.. aku ada BENTENG yang boleh menghalang ribut badai gelombang dari menimpa aku.. KALAUlah... dok main kalau-kalau!
Tidak ramai yang mahu ingat sekarang melainkan mereka selalu berkata "apa guna ada duit kalau ianya tak digunakan sekarang.
Bila nak enjoy?
Masa tengah ada duitlah!
Masa tak ada duit nanti mana boleh nak enjoy macam ni!", kata salah seorang rakan saya, nama dirahsiakan.
Dia mengakui satu ketika nanti akan tidak ada duit! Tetapi itulah manusia! Tidak pernah merasa susah, tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan menjadi orang susah!
Kedudukan anda sekarang tidak akan kekal lama! Itu hakikat!
Tetapi kenapa masih tidak mahu membuat persediaan awal?
Jika anda tidak pernah terfikir untuk membuat perancangan dan persediaan anda sebenarnya sedang membuat persiapan menuju ke dalam golongan orang-orang yang gagal!
Senang cerita, anda mungkin sedang mempersiapkan diri anda ke dalam lembah kemiskinan!
Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances