Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Dah tahu akibat tapi buat juga! 1. anda tahu parkir haram kena saman tapi anda parkir juga. 2. anda tahu pandu laju kena perangkap saman ...

Tahu Vs Akibat

Dah tahu akibat tapi buat juga!

1. anda tahu parkir haram kena saman tapi anda parkir juga.
2. anda tahu pandu laju kena perangkap saman tapi anda buat juga.
3. anda tahu merokok itu haram tapi anda hisap juga.
4. anda tahu cabut bulu hidung itu sakit tapi anda cabut juga.
5. anda tahu luka gatal makin digaru makin haru tapi anda garu juga.
6. anda tahu petai, kerdas, jering itu hancing tapi anda makan juga.
7. anda tahu Ahlong itu siapa tapi anda pinjam juga.
8. anda tahu kad kredit boleh bawa rebah tapi anda tak endah juga.
9. anda tahu hutang boleh bawa padah tapi anda tetap redah juga.
10. anda tahu masuk skim cepat kaya duit lebur tapi anda labur juga.

Ini bermakna anda memang sengal!

Sengal yang tidak boleh disapu dengan minyak angin sahaja. Anda terkena sengal jenis yang tak serik-serik!

Sengal dulu, kini dan selamanya!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: