Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Nasi sudah menjadi bubur.... tapi masih sedap untuk dimakan! Adakah hidup anda dibelenggu oleh hutang menyebabkan anda kemurungan. Dunia in...

Hidup dibelenggu Hutang

Nasi sudah menjadi bubur.... tapi masih sedap untuk dimakan!

Adakah hidup anda dibelenggu oleh hutang menyebabkan anda kemurungan. Dunia ini anda sudah merasakan seperti gelap gelita.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur...

Nasihat saya, jadikan bubur itu bubur lambok agar anda boleh makan bubur tersebut dan hilangkan kemurungan anda!

Jangan anda biarkan dunia ini gelap. Anda masih boleh menerangi alam ini dengan pelbagai cara. Anda boleh guna lampu suluh yang boleh menyelami masalah hati dan jiwa yang lara dengan:-

1. Melihat kesusahan orang lain yang lebih parah.
2. Jangan bersendiri untuk selesaikan masalah anda.
3. Dapatkan nasihat pakar untuk cari jalan penyelesaian.
4. Bincang dengan pasangan untuk tutup buku lama dan mulakan hidup baru.
5. Banyakkan baca AlQuran dan buat solat-solat sunat juga.
6. Belajar hidup di bawah paras normal walaupun sukar untuk dilakukan.
7. Senaraikan keperluan wajib dan komitmen hutang anda.
8. Buat belanjawan bulanan di bawah paras normal hanya untuk keperluan wajib dan komitmen hutang.
9. Hentikan semua perbelanjaan 'kemahuan' yang tidak perlu.
10. Jumpa semua pemiutang anda untuk menjadualkan semula hutang-hutang anda.
Jika anda tidak bertindak, orang lain yang akan mengambil tindakan ke atas anda terutamanya pihak bank.

Yang penting, anda jangan lari dari hutang anda, ia pasti mengejar anda juga jika tidak di dunia maka di akhirat juga akan dituntut nanti.

Anda perlu belajar menjadi bijak wang dari sekarang!

Jangan musnahkan hidup anda disebabkan kealpaan anda dalam menuntut ilmu kewangan!

Elak bankrap dunia dan jangan pula bankrap di akhirat!

0 comentários: