Jangan bersedih kepada yang belum mencapai impian atau hajat menjadi kaya!
Nota tazkirah yang saya rasa wajar dipanjangkan untuk mereka yang telah berusaha tetapi belum lagi mendapat rezeki yang diharapkan...
Bayangkan....
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Dan pada suatu hari, sedang kita memasak di dapur, si anak ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi tak?
Tentulah tidak, kan?
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak,
pisau itu 'menyeronokkan',
tetapi kita lebih tahu, ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu, anak tidak tahu.
Begitu juga, kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu,
mungkin kelihatan baik pada pandangan kita tetapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Hikmahnya..
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik, rezeki kesihatan, rezeki kebahagian dan rezeki kelapangan masa.
Maka kita lebih bahagia mendapat anak yang hiperaktif daripada tiada anak!
Kita bersyukur dengan apa yang ada sementara menunggu rezeki kekayaan .
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-------------
Pinjam 1 minit, baca ayat ni ..
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
...... buat renungan kita bersama..Aamin..
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
Jangan bersedih kepada yang belum mencapai impian atau hajat menjadi kaya! Nota tazkirah yang saya rasa wajar dipanjangkan untuk mereka yan...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: