Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

 [TIPS MERDEKAKAN DIRI DARIPADA HUTANG] 1. Banyakkan Berdoa Antara doa yang boleh diamalkan setiap pagi dan petang adalah: "Ya Allah, a...

TIPS MERDEKAKAN DIRI DARIPADA HUTANG

 [TIPS MERDEKAKAN DIRI DARIPADA HUTANG]

1. Banyakkan Berdoa

Antara doa yang boleh diamalkan setiap pagi dan petang adalah:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan kikir, serta dari beban hutang dan dominasi orang lain"

Ramai amalkan doa ini dan mudahan Allah makbulkan serta lapangkan jiwa-jiwa kita dari segera melunaskan hutang.

Mohon padaNya ya. Hanya Dia Maha Mendengar, dan Maha Pengasih akan hambaNya.

2. Cari Ruang Untuk Peroleh Pendapatan Sampingan. 

Sekarang ini banyak peluang bisnes yang lengkap. Siap dengan pakej ilmu yang diajarkan bagaimana mahu mendapatkan income yang lumayan. 

Semuanya di hujung jari. Search saja di Google ke, Facebook, Instagram, Youtube, LinkedIn atau macam-macam platform kita ada.

3. Mengelakkan Diri Daripada Mencipta Hutang Baru.


Ini sangat penting ya. Ramai antara kita yang dia buat loan baru, untuk langsaikan hutang kredit kad lah, personal loan lah, ansuran rumah dan kereta. Ini bahaya dik. Kau seolah gali lubang, tutup lubang tu semula. Akhirnya kau terkambus. Pedih! 

4. Berusaha Mencari Rezeki Yang Halal

Doa yang dibuat awalnya tadi, perlu seiring dengan usaha. Carilah rezeki yang halal untuk membayar hutang  dan untuk menampung keperluan.

Jangan guna jalan pintas dengan korbankan diri melakukan perkara haram. 

Keberkatan tidak akan ada. Malah jiwa jadi sesak selamanya.

5. Jangan Berbelanja Lebih Daripada Pendapatan

Ini petua paling asas. 

Sentiasa sedar berapa pendapatan yang masuk setiap hari, minggu dan bulan. 

Kira dan faham betul-betul semua pendapatan yang uols ada. Dan pastikan perbelanjaan untuk menjalani kehidupan tidak melepasi jumlah pendapatan yang ada.

Sangat menakutkan jika hidup berhutang ini. Lagi-lagi hutang yang di buat kepada sesama manusia tanpa ada sekelumit perasaan bersalah pun. Manusia macam ni tak kan merasa hidup senang sampai ke akhir hayat kerana menganiaya hidup orang lain. Semoga bermanfaat 🙌🏻

Sumber : twitter nobisha

0 comentários: