Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Sama tapi tak serupa! Kepada peminat filem Hindustan dan kepada pelabur skim cepat kaya! Minat anda sama tapi berakhirnya tidak serupa. ...

Sama tapi tak serupa

Sama tapi tak serupa!

Kepada peminat filem Hindustan dan kepada pelabur skim cepat kaya!

Minat anda sama tapi berakhirnya tidak serupa. Satu berakhir dengan mengguna tisu kertas dan lagi satu berakhir dengan mengguna wang kertas!

Anda pasti, menonton filem Hindustan boleh menyebabkan anda menangis walaupun anda tak faham tutur bahasanya! Tetapi anda tetap nak tengok juga sampai habis.

Begitu juga anda pasti, melabur dalam skim cepat kaya boleh menyebabkan anda menangis di kemudian hari walaupun anda tak tahu hujung pangkal cara pelaburannya. Tapi anda tetap mahu membuat pelaburan hingga menyebabkan wang anda kehabisan!
Sama tapi tak serupa!

Selagi anda tak nampak si penjahat tewas di akhir cerita selagi itulah anda takkan berhenti menontonnya.

Begitu juga dengan skim cepat kaya, selagi ianya tak betul-betul dapat mengikis wang anda selagi tu anda pula tak berhenti-henti cuba mencari rakan-rakan baru yang sewaktu dengannya.

Apa yang tidak mencurigakan dalam pelaburan apabila anda ditawarkan pulangan yang tak masuk dek akal! Setiap dari keuntungan besar yang dibuat dalam skim cepat kaya, pasti akan ada yang menjadi mangsa kerugian besar!

Dan anda tidak tahu kedudukan anda di sebelah mana!

Cari masa anda untuk menjadi seorang yang bijak wang dahulu!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: