Tuesday, April 11, 2017

Refleksi Diri

Buat refleksi diri!

Anda dari jenis cakap serupa bikin atau cakap tak serupa bikin?

Untuk anda berjaya dalam hidup secara amnya anda mesti cakap serupa bikin.
Kalau anda kata A maka anda akan buat A. Itu cakap serupa bikin.

Kalau anda kata nak buat esok maka anda akan buat esok. Itu cakap serupa bikin. Tetapi jika anda kata nak buat A esok dan anda buat esok A,B dan C, itu anda terlebih bikin dan itu adalah terbaik!
Yang saya risau, anda kata A tapi anda buat B.

Kalau anda kata nak buat esok tapi anda tak buat apa-apapun. Anda tangguh. Itu cakap tak serupa bikin. Dan ini adalah sikap kebanyakan orang dan jika selalu berlaku, anda boleh gagal kerananya!

Kenapa terjadi cakap tak serupa bikin? Saya boleh katakan ianya tidak ada displin diri. Melakukan sesuatu tidak ada perancangan atau peraturan yang telah anda sendiri tetapkan.

Sebabnya kuasa di tangan anda sendiri dan anda rasa tidak bersalah untuk melanggar peraturan anda sendiri.Tidak ada siapa yang boleh menghukum anda! Sebab itu anda besar kepala terhadap diri sendiri.

Yang akan menghukum anda adalah hasil dari tindakan anda itu. Dan selalunya berakhir dengan kekecewaan, kegagalan dan penyesalan yang tak sudah.

Jika anda berdisplin melakukan apa yang dirancang, anda harus dapat mencapai matlamat anda. Jika perancangan dan matlamat anda ingin mencapai 'financial freedom', dan melakukannya seperti yang dirancang, in syaa Allah, anda boleh mencapainya. Itulah dia kesan daripada cakap serupa bikin.
Ingat! Pelaburan adalah satu perancangan!

Perancangan yang memerlukan anda bertindak ikut apa yang telah anda tetapkan.
Bikin serupa cakap ATAU cakap serupa bikin?

Tak kira macamana anda pusing perkataan dan ayatnya, anda dikira terbaik jika anda bertindak!
Berhati-hatilah atau lebih tepat ubahlah sikap dan tindakan anda jika anda selalu cakap tapi tak serupa bikin. Dan lebih parah jika anda tak cakap dan anda tak bikin apa-apa pun!

Selamat belajar melabur!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Rapidgator.net