Soalan cepumas yang selalu di utarakan adalah apa yang perlu dilakukan untuk mencari pelaburan yang baik.
Bila masa sesuai untuk memulakannya?
Selalu
dengar kenyataan ini? : "Bila aku pencen nanti aku nak mula berniaga"
atau sepertimana kawan-kawan saya selalu kata, bila saya hulur kad
bisnes saya, " oh.. kau dah mengajar Financial IQ nanti bila aku pencen
aku jumpa kau nanti."
Sebenarnya kenyataan itu bermaksud, "Nanti bila tiba masa aku nak lemas, masa tu baru aku akan mula belajar berenang!"
Kenapa
perlu tunggu lemas baru nak belajar berenang atau bila dah terlentang
kat hospital baru nak beli perlindungan insuran perubatan? Boleh ke?
Memang tak boleh, dah terlambat! Tak percaya tanya pada Agen insuran!
Sebabnya
mudah, kenapa perlu aku bersusah payah sekarang sedangkan aku sudah ada
segala-galanya. Tidak mungkin aku boleh jatuh bankrap, tak mungkin ia
boleh terjadi kepada aku, tak mungkin, mustahil!
Jangan
terlalu yakin! Lebih baik bersusah payah untuk buat bisnes kecil-kecil
sekarang, jika kita gagalpun macam jatuh atas sofa, boleh bertahan
kerana sakitnya pun kecil ataupun tak sakit langsung. Kalau tunggu
pencen baru nak mula, takut-takut kita jatuh macam nangka busuk
menyembah bumi... Gedebuk!
Belajar untuk fahami formula menjadi kaya sekarang, dapatkan ilmu pelaburan dulu dan mulakan pelaburan dengan kejayaan!
Tidak kira bila anda mula mahu belajar berenang asalkan jangan ketika anda sudah mula nak lemas!
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
Soalan cepumas yang selalu di utarakan adalah apa yang perlu dilakukan untuk mencari pelaburan yang baik. Bila masa sesuai untuk memulakan...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: