Wednesday, April 12, 2017

Pelabur Hebat

Pelabur hebat!

Pelaburan yang baik tidak semestinya bermula dengan modal yang besar tetapi pelaburan yang terbaik adalah pengorbanan masa anda untuk belajar menjadi pelabur yang hebat!

Luangkan masa dan sediakan modal kecil untuk anda belajar bagaimana anda boleh menjadi seorang pelabur yang hebat.

Menghadiri kursus-kursus pelaburan mahupun perniagaan adalah umpama anda memasuki pusat didikan kanak-kanak tatkala anda masih lagi buta huruf dan tidak tahu membaca!

Paksa diri anda untuk belajar dan menimba ilmu dalam pelaburan untuk anda menjadi seorang yang bijak wang dan tahu bagaimana mengembangkan wang pelaburan dengan cara yang betul.

Biarpun pelaburan itu mempunyai tahap risiko yang tertentu tetapi yang lebih penting anda tahu dalam mengambil risiko dengan bijaksana!

Jikapun anda rugi dalam pelaburan, anda tidaklah jatuh tersungkur lalu tertiarap. Anda mungkin jatuh tetapi anda jatuh secara 'slow motion' dan anda sempat meletakkan kusyen supaya anda jatuh dengan selesa!

Tuntut ilmu itu penting jika anda ingin menjadi pelabur yang hebat!

Selamat menuntut ilmu kewangan!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Rapidgator.net