Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

*DUIT BERBISIK KEPADA AKU!* Salam perkenalan, Nama aku : Duit Nama lain : Wang Nama samaran : Pitih Org putih : Money Org arab : Fulus Waj...

Bila DUIT berbisik

*DUIT BERBISIK KEPADA AKU!*

Salam perkenalan,
Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : Pitih
Org putih : Money
Org arab : Fulus

Wajahku biasa-biasa sahaja, fizikalku pula sangat lemah namun aku boleh memporakperandakan penghuni dunia ni dengan sekelip mata.

Aku juga *"BOLEH"* mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat bahkan sifat manusia kerana manusia sentiasa *mengejar* dan *mengidolakan* aku.

Banyak orang berubah *keperibadiannya* kerana aku. Ada yang *mengkhianati* temannya, ada yang sanggup *menjual* tubuh badannya bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan *imannya* demi mengejar aku. *Hebat* kan aku?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang *soleh & jahat,* Tetapi manusia menggunakan aku untuk mendapatkan *darjat*, menentukan *kaya* atau *miskin* & rasa *dihormati* atau *terhina.*

Aku bukan *iblis*, tapi orang selalu melakukan perkara yg *keji* demi mengejar aku.
Aku juga bukan orang *ketiga,* tapi banyak suami isteri *bercerai* gara-gara mengejar aku. Adik beradik *bergaduh* dan saling *membenci* kerana aku. Anak dan orang tuanya *berselisih faham* gara-gara aku.

Sangat jelas aku juga bukan *Allah*. Manusia sanggup *menyembah* aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba-hamba Allah lebih *menghormati* aku. Walhal ramai ulama sudah berpesan jangan menjadi *hamba DUIT.*
Aku tidak pernah *mengorbankan* diriku untuk sesiapa pun tetapi ramai orang sanggup *mati* demi aku.

Suka aku ingatkan, aku boleh ditukar untuk menjadi *resit* ubat kamu, tapi aku tidak mampu untuk *memanjangkan umur* kamu.
Kalau *suatu hari* nanti kamu dijemput oleh *Allah SWT*, aku tak boleh *menemani* kamu. Apalagi untuk menjadi *penebus* dosa-dosa kamu. Kamu mesti berdepan dengan Allah SWT *sendirian* tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, *ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN* aku ke jalan yang baik-baik atau sebaliknya, *MENJADIKAN* aku sebagai tuhan ?
INI *AMANAT* AKHIRKU :
Aku *"TIDAK ADA DI SYURGA",*

Jadi jangan cari aku di sana.

*CADANGAN* AKU :
1. Jangan terlalu *sayang* dengan aku.
2. Jangan lupa gunakan aku untuk bayar *Zakat, Infaqkan* aku selalu, *Sedekah* aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih *"BERKAT"* di dunia dan akhirat.
_ Imbangi Antara Pemburuan *Dunia Dan Akhirat* _
Coretan ini saya tidak mengetahui penulisnya! Apa-apa pun terima kasih kerana peringatan ini!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: