Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Apa itu Perancangan? ​Di dalam soal peperangan, perancangan bermaksud persediaan dan persiapan dari segala segi seperti logistik, soal makan...

Perancangan, Perancangan, Perancangan!


Apa itu Perancangan?


​Di dalam soal peperangan, perancangan bermaksud persediaan dan persiapan dari segala segi seperti logistik, soal makanan, peralatan senjata, strategi teknik dan tektik sesebuah bala tentera untuk pergi berperang bagi mencapai kemenangan samada untuk mempertahankan negaranya atau menakluk sesebuah negara orang lain.


Perancangan dalam pelaburan?

Ia pun perlukan persediaan dan persiapan diri. Sebenarnya kita berperang dengan diri sendiri. Dari segi minda perlu persediaan awal supaya segala tindakan kita mendapat reaksi yang positif yang saling menyokong di antara minda dan tindakan.


Di samping itu dapat menangkis reaksi negatif samada pengaruh pihak ketiga seperti kawan-kawan mahupun reaksi negatif yang berpunca dari dalam diri sendiri bahawa pelaburan itu berisiko tinggi!

Saya gariskan beberapa aspek perancangan seperti di bawah:

1. Persiapan mental
2. Persiapan fizikal
3. Persediaan ilmu
4. Pelan peta perjalanan
5. Kekuatan 'networking'
6. Kapasiti modal
7. Bersedia dalam sebarang kemungkinan
8. Pelan kontigensi
9. Target masa dan pencapaian
10. Rancangan fasa seterusnya

Semua perancangan ini perlu jelas supaya perjalanan anda menuju impian kekayaan yang diidamkan tidak terikat, tersekat atau terhalang dek kerana kita belum bersedia untuk menerima anugerah kekayaan daripada Allah swt.


Jika anda masih kabur soal perancangan, cari seorang pakar penasihat yang ada pengalaman pernah jatuh bangun dalam pelaburan dan berjaya mengharunginya, itulah peranan mentor!


Banyakkan membaca tentang ilmu kewangan, perniagaan dan pelaburan.

Selamat berjuang!

0 comentários: