Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Berikut adalah 7 Amalan Hebat untuk diamalkan… Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastiny...

7 Amalan Hebat Murah Rezeki

Berikut adalah 7 Amalan Hebat untuk diamalkan…


Pertama :
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua :
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Ke-empat :
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.
Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki...

Kelima :
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda...

Ke-enam :
Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu, senantiasa dia akan merasa selalu solat walau dia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.

Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah Swt.

Semoga bermanfaat.


0 comentários: