Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Showing posts with label Unit Trust. Show all posts

Dollar Cost Averaging (DCA) adalah salah satu cara pelaburan tetap yang kita lakukan sama ada secara bulanan, setiap 3 bulan atau setiap tah...

Dollar Cost Averaging (DCA) adalah salah satu cara pelaburan tetap yang kita lakukan sama ada secara bulanan, setiap 3 bulan atau setiap tahun secara tetap bergantung kepada kemampuan anda. Konsep ni bertujuan untuk mengurangkan risiko pelaburan yang kita buat.

Konsep ini boleh juga diguna pakai untuk mengurangkan risiko pelaburan anda didalam unit trust.
Konsep dimana anda mendisiplinkan diri anda untuk melabur secara tetap untuk mengurangkan risiko akibat daripada turun naik harga pasaran dimana pelabur akan mendapat lebihan unit pelaburan apabila harga rendah dan sedikit unit pelaburan pada harga tinggi.

Dan secara puratanya pelabur dapat mengurangkan risiko pada harga purata. Ok jom kita tengok contoh berikut:-
Market Up Trend (Pasaran Menaik):

Invested amount: RM2,000
Unit accumulated: 2,109.60
Average cost per unit: RM0.9480
Average NAV (10 months): RM0.9504

Kesimpulan : Walaupun semasa pasaran menaik anda masih untung jika anda melabur secara tetap cost purata per unit masih rendah berbanding Cost purata harga (NAV) per unit.
Market Down Trend (Pasaran Menurun):
Invested amount: RM2,000
Unit accumulated: 2,457.02
Average cost per unit: RM0.8140
Average NAV (10 months): RM0.8164

Kesimpulan : Walaupun anda masuk pasaran/melabur pada harga tinggi sekiranya anda disiplin dan melabur secara tetap purata kos unit anda dapat dikurangkan dan apabila pasaran menunjukkan carta up trend anda sudah boleh membuat keuntungan kembali.

Kadang kala saya suka guna website bloomberg sebab ada satu indikator dia yang web lain atau analysis lain tak buat. Dalam fikiran kita, m...

Kadang kala saya suka guna website bloomberg sebab ada satu indikator dia yang web lain atau analysis lain tak buat.

Dalam fikiran kita, memang sentiasa fikir Buy Low Sell High.   Hari ni adakah low atau high. Selalunya indikator tu hanya tunjuk perbezaan persen antara hari ini dan semalam.




Tak nampak sangat significantnya, kecuali nilaiannya lebih dari 1%.




Dengan adanya 52 weeks range value, kita akan mudah nampak dimana kedudukan harga unit trust ini. 

Jika anda ditengah dan kebawah, maka mungkin harga unit trust ini rendah dan mungkin patut dibeli sebelum harga makin mahal.

Ramai yang tidak mendapat untung dalam unit trust, adalah kerana:

  • Lump sum dan tidak tambah unit. Masa belian lump sum tersebut, harga telah pun tinggi dan sukar untuk melepasi takat tertinggi harga unit tersebut
  • Masa belian yang salah
  • Tidak memantau harga saham semasa
  • Hanya mengikut membabi buta konsultant unit amanah sahaja