Orang yang paling hebat adalah orang yang mencari dan menuntut ilmu. Kita cermin diri kita dulu, alim pun tidak, mencari pun tidak, membaca pun tidak, mendengar pun tidak.
Sesungguhnya teramatlah rugi dunia dan akhirat jika tergolong dalam kumpulan ini. Ilmu tidak datang bergolek, ilmu mesti dituntut. Luang masa untuk tuntut ilmu.
Ilmu adalah benteng dari kejahilan, kebodohan, kedangkalan, kejahatan, kemaksiatan dan juga kemiskinan.
Cuba periksa semula diri kita adakah kita mempunyai sifat-sifat seperti tersebut?
Ditakuti tanpa ilmu, kita tidak sedar sifat-sifat ini ada di dalam diri menyebabkan kita berada di takuk lama, hidup tidak berkembang. Sebab itulah menjadi seorang ilmuan atau alim sangat-sangat dituntut.
Jauhi dari sifat-sifat orang munafik:
Bila bercakap dia berbohong.
Bila berjanji dia mungkiri.
Bila diberi amanah dia khianati.
Saya nak tambah sikit, agak sukar nak jadi kaya...
Bila berhutang dia sengaja lupa nak bayar!
Muhasabah diri ya!
Tingkatkan gaya hidup dengan menuntut ilmu yang boleh dimanfaatkan di dunia dan juga di akhirat. Bagi mereka yang tidak mahu menambah ilmu, sesungguhnya mereka sebenarnya sudah pun mati.
Wallahualam!
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
Orang yang paling hebat adalah orang yang mencari dan menuntut ilmu. Kita cermin diri kita dulu, alim pun tidak, mencari pun tidak, membaca ...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: