Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Wang bukan membuatkan kita kaya tetapi yang sebenarnya sikap kita. Jujur, ikhlas, amanah, empati dan prihatin serta tidak pentingkan diri s...

Sikap kita yang buat kita KAYA

Wang bukan membuatkan kita kaya tetapi yang sebenarnya sikap kita.

Jujur, ikhlas, amanah, empati dan prihatin serta tidak pentingkan diri sendiri yang membuatkan kita jadi kaya. Pendek kata, jika anda mempunyai sikap dan ciri-ciri orang-orang yang berjaya secara semulajadi, kekayaan akan datang tanpa dijemput.

Anda senyum pada orang, orang akan senyum kembali kepada anda. Jika anda inginkan penumbuk seseorang, cuba tumbuklah dahulu orang tersebut. Kita sombong kepada orang, mana mungkin orang akan mendekati untuk membantu anda. Menutup pintu rezeki secara semulajadi! Menutup ruang dan peluang anda untuk menuju kejayaan.

Anda bantu seseorang, akan ada orang lain pula yang akan membantu anda malah lebih ramai lagi yang akan berebut-rebut membantu untuk membuka pintu rezeki anda!

Jika tindakan anda betul, kejayaan secara otomatik datang tanpa diminta! Perbetulkan niat dan tindakan anda, In Syaa Allah, kekayaan yang akan mencari anda!

Itupun jika kekayaan dapat mencari dan berjumpa dengan anda! Lihat sahaja jutawan Syed Mokhtar Albukhari, kekayaan masih lagi mengejar beliau dari pelbagai penjuru!

0 comentários: