Thursday, April 27, 2017

Kerja Macam Hamba

Ada yang menganggap 'pekerjaan' itu sama seperti 'perhambaan'!

WOW! Satu kenyataan yang keras, tercabar dan mengejutkan! Jom kita perincikan kenyataan ini!
Zaman dahulu, jika anda seorang hamba anda 'bekerja' di bawah seorang tuan.

Dengan segala makan minum dan tempat tinggal anda ditanggung oleh tuan anda. Samada makan anda cukup, selesa atau tidak, anda tidak boleh membantah, merungut atau membentak!

Cuma bezanya sekarang, anda menjadi 'hamba' kepada majikan dan anda dibayar gaji!

Samada cukup, selesa atau tidak, anda yang terpaksa menanggungnya sendiri tanpa anda boleh membantah, merungut atau membentak! Jika tidak, anda mungkin terpaksa diberhentikan kerja atau anda bertukar tempat kerja mencari 'tuan' yang boleh memberi anda makan pakai yang mencukupi!

Situasinya seakan sama, bezanya sekarang anda ada kuasa@pilihan mencari 'tuan' anda yang baru atau anda bebas menjadi 'tuan' itu.

Fikir-fikirkan jika anda berada di dalam situasi ini.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Rapidgator.net