Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Formula Bagaimana Untuk Keluar Dari Beban Hutang Lebih ramai dan ramai orang telah ditelan oleh beban hutang. Saya yakin anda telah m...

Formula Bagaimana Untuk Keluar Dari Beban Hutang

Formula Bagaimana Untuk Keluar Dari Beban Hutang


Lebih ramai dan ramai orang telah ditelan oleh beban hutang.

Saya yakin anda telah membaca dan mendengar banyak statistik dan cerita mengenainya di media massa dan sebagainya.

Salah satu kunci kepada kebebasan kewangan ialah dengan menghapuskan hutang tidak baik (bad debt) anda dan mendapatkan hutang baik good debt).

Hutang tidak baik ialah hutang yang menjadikan anda miskin , seperti hutang kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan – ini semua adalah dipanggil hutang pengguna. Anda perlu keluarkan wang dari poket / pendapatan anda untuk membayarnya.

Hutang baik ialah hutang yang anda perolehi di mana sebenarnya ia bekerja untuk anda. Contoh terbaik ialah pinjmana perumahan bagi hartanah yang anda sewakan di mana ia memberikan aliran tunai positif setiap bulan. Hutang baik ialah wang yang anda pinjam untuk membeli asset yang boleh memasukkan wang ke dalam poket anda.

Tetap dengan formula

Ini adalah formula terbaik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang anda. Anda akan dapati bahawa jika anda ikut formula ini anda akan bebas daripada hutang lebih cepat daripada yang anda bayangkan. Sebahagian besar orang ramai mendapati mereka bebas hutang tidak baik dalam masa 5 ke 10 tahun .

Kunci utama di sini ialah kekal dengan formula ini. Anda tidak akan berjaya jika anda berkata,”Saya Cuma tingggalkan ia sebulan,” kemudian dua dan kemudian tiga.

Jika anda kekal denfgan formula ini, ia akan kemudian akan menjadi satu tabiat yang anda akan ikuti sepanjang hayat.

Berikut adalah formulanya:

Langkah 1 : Berhenti mengumpul hutang tidak baik. Apa sahaja yang anda beli melalui kad kredit perlu dibayar dala mjumlah penuh pada setiap hujung bulan. Tiada pengecualian dan alasan tentang ini.

Langkah 2 : Sediakan satu senarai kesemua hutang pengguna (hutang tidak baik) anda. Ini ternasuk semua kad kredit, pinjaman kereta, pinjam,an pendidikan, pinjaman pembaikan rumah dan lain-lain hutang tidak baik yang telah anda buat selama ni. Malahan pinjaman perumahan bagi tempat tinggal sekarang pun perlu dimasukkan dalam senarai ini.

Langkah 3 : Disebelah setiap item yang disenaraikan, buatkan 3 kolum:-
-Jumlah yang dipinjam
-Bayaran bulanan yang minimum
-Bilangan bulan bagi tempoh bayaran

Langkah 4 : Berdasarkan betul-betul di atas Bilangan Bulan, mula letakkan kedudukan setiap satu hutang berkenaan. Letakkan ‘1’ di sebelah bilangan bulan yang paling rendah, no.’2’ di sebelah kedua paling rendah dan teruskan kepada bilangan bulan yang paling tinggi. Ini adalah susunan yang akan anda selesaikan bagi jumlah pelbagai hutang anda.

Pastikan Yang “Pertama Anda Menang!”

Sebab mangapa anda perlu mulakan dengan hutang yang bilangannya bulan paling rendah ialah anda mahu pastikan yang pertama anda “menang” atau berjaya di dalam proses ini secepat mungkin. Bila mana anda telah selesai membayar kad kredit (atau hutang lain), anda akan mula melihat sinar cahaya di hujung terowong.

Langkah 5 : Usahakan untuk dapatkan tambahan RM600 ke RM800 setiap bulan. Jika anda benar-benar serius untuk keluar dari bebanan hutang –dan lebih penting mencapai kebebasan kewangan, cara untuk menjana wang tambahan ini tidaklah sesukar mana.

Secara spontannya, jika anda tidak dapat menjana menjana pendapatan tambahan sebayak itu maka peluang anda untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan adalah tipis.

Langkah 6 : Bayar jumlah minimum pada setiap hutang yang terlah anda senaraikan KECUALI pada yang anda telah tandakan dengan “1”.

Pada hutang ni, untuk dilangsaikan , bayar jumlah minimu yang dituntut dan ditambah dengan jumlah tambahan RM600 ke RM800. Terus lakukan ini setiap bulan sehingga hutang pertama anda langsai. Seterusnya, keluarkan hutang pertama tersebut daripada senarai anda.

Langkah 7 : Tahniah kepada diri sendiri!

Langkah 8 : Bayar jumlah minimum hutang anda yang wajib pada setiap bulan KECUALI terhadap hutang yang anda telah tandakan sebagai “2”. Pada hutang ni, bayar jumlah minimu yang dikehendaki, TAMBAH keseluruhan jumlah yang telah anda bayar pada hutang #1.

Sebagai contoh, jika pada hutang #1 jumlah minimu anda adalah RM160 dan anda tambahkan tambahan RM600 maka anda telah membayar satu jumlah sebanyak RM780 setiap bulan. Pada hutang #2, jika jumlah minimum yang dikehendaki ialah RM200, anda sekarang akan bayar sebanyak RM200+RM760 atau jumlahnya ialah RM960 setiap bulan.

Setelah satu hutang telah langsai, maka kemudian ambil jumlah yang telah anda baayar ke atas hutang tersebut dan tambah ia ke atas hutang anda seterusnya bagi mendapatkan bayaran bulanan yang baru. Anda akan kagum dengan bagaimana cepatnya jumlah ini bertambah dan juga betapa cepatnya kad kredit, pinjaman kereta dan lain- lain dapat diselesaikan. Teruskan proses ini sehingga kesemua hutang tidak baik di dalam senarai anda dapat dilangsaikan.

Langkah 9 : Pada saat ini jumlah bulanan yang anda bayar ke atas hutang terakhir anda menjadi agak besar. Teruskan membayar jumlah tersebut setiap bulan sehingga selesai.

Kecuali sekarang – berbanding membayar kepada pemiutang, anda membayarnya kepada diri sendiri untuk hanya satu jenis pembelian : asset yang memberikan anda aliran tunai positif setiap bulan. Anda akan keluar daripada Rat Race (perangkap hutang) lebih cepat daripada yang anda pernah bayangkan!

5 comments:

  1. Salam,

    Gunakan Program Mortgage Financing Cancellation Plan melalui Takaful untuk protection hutang2...

    maklumat lanjut : azlaneo@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana menyediakan 2-5 tahun pendapatan kepada waris anda tanpa melalui proses faraid.

    email ke : azlaneo@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  4. Pelan Kemalangan Diri MAA Takaful (MAA Takaful Personal Accident) ~~ PATINA 2016.

    Pelan ini menawarkan 6 Pelan yang meliputi perlindungan seperti berikut :-

    1) Kematian Biasa
    2) Kematian / TPD Akibat Kemalangan
    3) Medical Reimbushment
    4) Rawatan Tradisional / Alternatif
    5) Elaun akibat MC dari kemalangan

    dan yang bestnya - ianya bermula dari pakej x sampai pun 60 sehari. harga mampu milik rakyat Malaysia.
    Hanya syarikat Malaysia yang memahami rakyat Malaysia :)

    ayuh subscribe pelan 1,000,000 (satu juta) bersama MAA Takaful.

    pls email ke azlaneo@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  5. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete