Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Yahoo, gaji aku naik lagi, RM1,000! Itulah dia hadiah rezeki yang diperolehi oleh penjawat awam bagi gaji minima negara dalam bajet 2016. ...

Yahoo Gaji Aku Naik

Yahoo, gaji aku naik lagi, RM1,000!

Itulah dia hadiah rezeki yang diperolehi oleh penjawat awam bagi gaji minima negara dalam bajet 2016.

Syukur, alhamdulillah kata anda!

Syukur sahaja tidak cukup jika minda dan sikap anda belum boleh berubah untuk memanfaatkan rezeki yang boleh dikatakan datang bergolek-golek!

Cara anda membelanjakan wang gaji baru anda mesti ada strategi baru. Apa yang anda fikirkan nanti bila anda mendapat wang lebihan gaji dari kenaikan itu?

Itu yang menentukan anda bijak wang atau sebaliknya!

Anda tidak bijak wang lagi jika anda:-

1. berfikir untuk menukar telefon baru model terkini sedangkan telefon sediada tidak ada masalah pun.
2. sudah berangan-angan ingin menukar motosikal kepada kereta baru sedangkan anda belum lagi membeli rumah sebagai aset.
3. ada ura-ura menggunakan lebihan wang gaji untuk menambah perbelanjaan gaya hidup mewah anda.
4. sudah mula terlintas dalam kepala anda untuk mohon kad kredit.
5. menyimpan hasrat untuk 'up grade' pakej saluran Astro anda.
Gaji naik belanja pun naik!

TETAPI jika anda dapat berfikir secara rasional, anda sudah mula bijak wang jika:

1. Wang lebihan gaji sebagai tambahan simpanan sediada bagi mencukupkan wang pelaburan nanti.

2. Mula mengurangkan pinjaman atau liabiliti dengan lebih pantas dengan lebihan wang gaji.

3. Tabung khas disediakan untuk mengisi wang lebihan gaji bagi rancangan untuk menuntut ilmu kewangan dan perniagaan.

4. mula bercita-cita ingin mulakan perniagaan secara kecil-kecilan menggunakan lebihan wang gaji.

5. niat mengasingkan wang kenaikan gaji untuk mengisi tabung akhirat anda.

Pisau di tangan anda!

Anda pilih untuk mencederakan diri sendiri atau anda pilih untuk menjadi tukang sembelih ayam secara sambilan bagi menambah sumber pendapatan?

Kurangkan lagi liabiliti@perbelanjaan dan lebihkan lagi simpanan@aset adalah tindakan paling bijak apabila gaji naik!

Ingat, Allah lebih mengetahui apa yang sedang dialami oleh hambaNya!

Ada hikmah disebalik setiap peristiwa!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: