Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Dalam membuat persediaan menjadi seorang pelabur yang canggih (hebat), persediaan mental adalah menjadi fasa pertama dalam memulakan langkah...

Persediaan menjadi Pelabur

Dalam membuat persediaan menjadi seorang pelabur yang canggih (hebat), persediaan mental adalah menjadi fasa pertama dalam memulakan langkah seterusnya.

Ianya memakan masa yang lama mungkin makan bertahun-tahun untuk berubah dari segi minda. Jika kita berfikir mengenai wang di dalam minda kita, ianya dapat menjadikan apa sahaja yang kita mahu ia jadi. Maksudnya, 'wang' yang berada dalam minda kita.

Sekiranya anda berfikir sukar mendapat wang ia mungkin boleh menjadi sukar diperolehi. Sekiranya anda berfikir anda tidak menjadi kaya mungkin itulah kenyataannya.

Jika anda fikir untuk menjadi kaya adalah dengan bekerja kuat maka anda akan bekerja kuat untuk mencapainya. Jika anda fikir anda akan simpan duit lebihan gaji dalam bank maka itulah yang akan anda lakukan.

Anda mungkin tidak menjangka ada ramai orang yang berfikir dan melakukan apa yang mereka fikirkan itu.

Dan sekiranya anda berkata melabur adalah berisiko maka ianya menjadi berisiko. Seperti yg saya sebutkan di awal tadi, wang dapat menjadikan apa yang anda mahu ia menjadi!

Jadi membuat persediaan awal untuk menjadi pelabur hebat adalah sama seperti persediaan untuk menawan puncak Everest! Jangan ambil mudah untuk anda sebelum menjadi kaya dan bergaya.

Ia bukan datang bergolek tapi latihan dgn mencuba dan mencuba serta menimba ilmu adalah kunci kejayaannya!


Jadikan wang minda anda itu alat untuk anda menjadi kaya supaya dapat digunakan dengan bijak untuk anda mencapai cita-cita. Selamat melabur!



Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: