Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

GPS anda adalah ilmu itu! Jika kita ingin menuju ke tempat destinasi yang kita langsung tidak tahu halatujunya, GPS sangat penting sebagai ...

Ilmu itu GPS

GPS anda adalah ilmu itu!

Jika kita ingin menuju ke tempat destinasi yang kita langsung tidak tahu halatujunya, GPS sangat penting sebagai alat penunjuk jalan. Begitu juga jika kita mahu ke tempat destinasi dengan cepat, GPS(Waze) juga boleh membantu anda untuk mengelak jam!

Pendekata, anda perlukan ilmu (GPS) itu untuk elak halangan dan melancarkan perjalanan anda.

Sama juga jika destinasi hidup anda ingin mencapai kejayaan dan kekayaan! Tanpa ilmu yang betul, anda mungkin boleh juga mencapai hajat anda tetapi anda terpaksa mengharungi liku-liku kesusahan dan kepayahan terlebih dahulu.

Anda terpaksa berdepan dengan duri-duri kehidupan yang menyebabkan anda terjerumus ke dalam skim penipuan dan putar alam. Anda mungkin tersungkur dahulu untuk hidup senang. Malah ada yang tersungkur dan terus terkubur!

Jika anda ada cita-cita tinggi melangit untuk menjadi kaya, maksud saya, benar-benar kaya!

Bukan kaya hanya untuk diri sendiri dan keluarga sahaja tetapi kaya yang boleh membela diri kita di akhirat kelak dengan kemampuan kita memperbanyakkan bersedekah jariah.

Kaya yang boleh dijadikan sebagai bekalan di dunia dan pelindung di akhirat!

Untuk anda mencapai hasrat tanpa banyak halangan dan rintangan, ilmu kewangan, pelaburan dan perniagaan adalah ilmu itu!

Cari, timba, tuntut apa sahaja ilmu yang boleh menjadi peta kepada laluan anda dengan lebih mudah dan lancar untuk membolehkan anda menjadi kaya raya!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: