Jangan mengira anak ayam sebelum telurnya menetas!
Cuba semak sumber pendapatan anda. Berapa banyak sumber pendapatan yang anda ada sekarang?
1. Kudrat anda. GAJI dan pencen yang anda perolehi kerana bekerja.
2. Rumah sewa. Hasil bersih dari pelaburan hartanah.
3. Pasaran saham. Hasil dividen dan bonus tahunan saham.
4. Emas dan Perak. Hasil dari urusniaga jual beli logam.
5. Perniagaan. Hasil kutipan keuntungan dari berniaga sendiri.
Perhatikan dan tanda berapa sumber pendapatan yang anda ada seperti tersenarai di atas. Jika anda perlu tambah senarai nyatakan dari sumber mana?
Merompak, mencuri dan menerima derma dari sumber yang tidak tahu punca tidak dikira sebagai sumber pendapatan yang sah. Saya pasti anda mesti ada sekurang-kurang satu sumber pendapatan dari senarai tersebut.
Pelaburan yang tidak pasti atau tidak termaktub dalam undang-undang kewangan, itu bukan sumber pendapatan nyata. Sumber keuntungan yang tidak pasti. Jangan tersilap tafsir. Oleh itu, jangan sekali-kali anda mengira anak ayam sebelum telurnya menetas! Dan itulah yang terjadi kepada kita, orang biasa-biasa! Selalu buat pelaburan kepada keuntungan yang palsu. Yang belum tentu keuntungan akan kunjung jelma. Harapan tinggal harapan.
Macam Skim Cepat Kaya!
Anda kehilangan wang dahulu sebelum sempat nak tengok ada tak telur ayamnya! Tetapi berkira-kira berapa ekor anak ayam yang bakal menetas! Mata dan minda kita dipalsukan oleh kata-kata indah keuntungan yang memukau kalbu!
Sumber pendapatan harus nyata dengan hasil yang bakal diperolehi. Kemudian berserah kepada Allah SWT.
Jika anda hanya mempunyai satu sahaja punca daripada pendapatan di atas, harapan untuk anda menjadi orang kaya terlalu jauh. Sejauh saujana mata memandang!
Ibarat anda ingin mendaki puncak gunung Kinabalu dengan memikul beban bersama satu pikul beban seberat 50 kg guni beras.
Anda bagaimana?
Bersedia untuk menambah sumber pendapatan? Tepuk dada tanya iman.
Jangan mengira anak ayam sebelum telurnya menetas! Cuba semak sumber pendapatan anda. Berapa banyak sumber pendapatan yang anda ada sekar...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: