Jangan tersilap menjadikan orang gagal sebagai 'role model'!
Dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari, kita adakalanya terikut dengan tindak-tinduk kawan-kawan yang seangkatan dengan kita.
Jika ianya sesuatu tindakan atau kelaku yang baik dan tidak berdosa serta mendapat pula pahala, syukur alhamdulillah!
Tetapi yang kita khuatiri adalah sesuatu tindak-tanduk yang kita terikut akan menyebabkan kita menderita sepanjang hidup kita!
Masa saya belajar dahulu, ada membuat pinjaman pelajaran dalam jumlah RM 11,000/-. Apabila tamat pelajaran dan saya mula bekerja serta mendapat gaji pertama, saya telah mula membayar secara ansuran.
Yang menjadi isunya disini, ada rakan seperjuangan mempersoalkan tindakan saya kenapa saya membayar sedangkan ramai lagi yang senasib dengan kami tidak memperdulikan untuk membayar semula walaupun gaji mereka mampu untuk membayar secara ansuran!
Ini yang saya katakan, jangan jadikan rakan kita yang sudah menunjukkan ciri-ciri awal kegagalan mereka dalam kehidupan masa depan sebagai 'role model' kita.
Persoalan saya sehingga sekarang masih bermain di dalam kotak fikiran kenapa dah pinjam dan ada surat perjanjian lagi tiba-tiba apabila sudah selesai belajar kita nak ikut rakan-rakan yang gagal membayar menjadi 'role model' kita?
1. Tidak ingatkah kita yang kita telah mengakui janji kita untuk membayar semula? Tiba-tiba bila kita dah mampu kita jadi besar kepala untuk mempersoalkan kenapa mesti aku bayar?
2. Tidak terfikirkah kita bahawa dengan membuat bayaran semula, kita juga membuka peluang kepada adik-adik kita atau anak-anak kita pada suatu hari nanti memerlukan pinjaman sepertimana kita memerlukannya dahulu?
3. Tidak takutkah kita bahawa tidak membayar hutang dengan sengaja itu satu dosa besar yang menyebabkan kita boleh dihumban ke dalam api neraka kerananya?
4. Tidak tahukah kita bahawa inilah cara permulaan kita untuk hidup dalam realiti yang sebenar, kita telah memulakannya dengan menjadikan diri kita tidak jujur dan tidak amanah?
5. Tidak fahamkah kita betapa tidak berkatnya pendapatan kita yang lain itu nanti jika kita berterusan tidak membayar hutang?
6. Tidak sedarkah kita dengan tindakan kita itu bahawa kita sebenarnya bukan cuba menipu pemberi pinjaman tetapi sebenarnya kita menipu diri sendiri?
7. Tidak malukah kita bahawa satu hari nanti nama kita tersenarai di dalam senarai nama muflis orang-orang yang tidak mahu membayar hutang?
Dalam dunia sebenar pun, kita telah tidak jujur, tidak amanah dan tidak bertanggungjawab bagaimana anda ingin hidup dalam dunia pekerjaan dan seterusnya ingin berjaya dalam dunia perniagaan bilamana langkah pertama anda, anda telah gagal menjadi 'role model' kepada anak-anak anda sendiri?
Persoalan kita... kenapa pula orang yang tidak membayar hutang boleh hidup senang lenang dan kaya raya hingga sekarang?
Jawapan saya, ditakuti Allah sedang menguji mereka ini ke tahap yang lebih tinggi dan menunggu masa untuk jatuh tersembam dengan lebih tragis! Setiap perbuatan ada balasannya! Baik dibalas baik dan begitu sebaliknya.
Buat tindakan yang betul, in syaa Allah, hidup kita diberkati dan dirahmati.
Semoga rakan-rakan saya dan semua pembaca warkah ini telah pun atau sedang menjelaskan pinjaman masing-masing.
nota: Saya bukan kakitangan PTPTN.
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
Jangan tersilap menjadikan orang gagal sebagai 'role model'! Dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari, kita adakalanya terikut de...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: