Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Jika anda ingin jadi kaya, berfikirlah cara orang kaya berfikir! Jangan anda bermula mengikut cara orang kaya hidup bergaya dahulu sebab an...

Think like rich people think

Jika anda ingin jadi kaya, berfikirlah cara orang kaya berfikir!

Jangan anda bermula mengikut cara orang kaya hidup bergaya dahulu sebab anda belum lagi kaya!
Cuma belajar berfikir macamana orang kaya berfikir!

Think like rich people think!

1. Melabur itu tidak berisiko jika adapun ianya berisiko rendah.
2. Meminjam wang bila tidak memerlukannya. Pinjam bukan guna untuk beli liabiliti tetapi untuk membina aset.
3. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya tetapi pengalaman gagal itu penting sebagai panduan untuk tidak gagal lagi.
4. Bekerja bukan semata-mata untuk dapatkan gaji tetapi belajar bekerja membina kemahiran dan kepakaran.
5. Bekerja bukan sekadar bekerja sahaja tetapi bijak untuk membina rangkaian kerja juga.
6. Buat sedikit, hasilnya besar! Gunakan sedikit tenaga untuk mengangkat beban yang berat@besar... leveraj@work smart!
7. Perbanyakan@pelbagai sumber pendapatan selain dari bekerja dengan berniaga, penganjuran seminar, dagangan on-line, dagangan emas atau usahasama projek niaga.
8. Guna wang orang lain untuk pelaburan. Samada dari institusi kewangan, rakan perniagaan@ perkongsian untuk anda bergerak lebih pantas.
9. Cari kawan di kalangan orang kaya. Sealiran berfikir membuat kita terikut akan rentak mereka. Nak wangi berkawanlah dengan si penjual minyak wangi.
10. Tinggalkan kawan-kawan negatif dan cari kawan yang sama-sama ingin bergerak maju ke hadapan.
Pengaruh persekitaran memainkan peranan penting membentuk perwatakan dan pemikiran kita. Biar kita biasakan diri untuk berfikir dan bertindak bagaimana orang kaya berfikir supaya watak dan minda anda selari dengan impian anda untuk menjadi orang kaya suatu hari nanti! Tapi jangan pula tinggalkan kawan-kawan masjid@surau!
Selamat berfikir kaya!

0 comentários: