Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Buat sesuatu untuk berubah jika anda rasa hidup anda belum cukup sempurna atau anda ingin keluar dari belenggu kemiskinan! Fokus apa yang a...

Berubah untuk KAYA

Buat sesuatu untuk berubah jika anda rasa hidup anda belum cukup sempurna atau anda ingin keluar dari belenggu kemiskinan!

Fokus apa yang anda ada bukan fokus apa yang anda tidak ada!
Kenyataan di atas boleh diandaikan untuk menjadi maksud, bermulalah ikut kemampuan apa yang anda ada dalam tangan.

1. Jika anda ingin memulakan perniagaan, lihat kepada berapa besar modal anda. Mungkin anda tidak ada modal kewangan pun. Tetapi anda ada idea besar yang hebat! Terjemahkan idea anda itu ke dalam bentuk kertas kerja dan carilah pelabur! Jangan anda kata anda tidak ada modal kewangan tetapi ada pelabur yang berminat sedang menunggu idea anda itu!

2. Jika anda ada modal yang kecil dan juga idea yang kecil, mulakan dengan membuka perniagaan kecil seperti gerai pisang goreng atau burger atau kacang putih sekalipun. Jika anda kata anda tidak ada modal langsung untuk memulakannya, lihat saja ke dalam rumah anda, anda ada dapur, anda ada kuali, anda ada senduk menggoreng, anda ada bekas mangkuk besar dan anda ada senduk penapis dan anda ada ada meja mudahalih untuk anda mulakan bisnes pisang goreng panas anda.

3. Jika anda kata anda tiada tapak tempat untuk berniaga. Anda anda internet, FB dan Instagram untuk membuka tempahan daripada pelanggan.

4. Jika anda kata anda tidak ada apa-apa yang anda boleh sandarkan sebab anda bekerja. "Saya ada wang tetapi tak ada masa", kata anda. Anda boleh upah pekerja untuk anda mulakan langkah berniaga.

5. Anda kata anda takut kena tipu kalau upah orang menjalankan bisnes, saya kata anda memang tidak mahu berubah... itu sahaja!

Jika anda lihat apa yang anda tidak ada maka anda tidak akan memulakan apa-apa pun!
Lihat apa yang anda ada bukan lihat apa yang orang lain ada! Itu akan membuatkan anda takut dan tidak yakin untuk berubah!

Selamat menjalani hidup anda dengan cara anda tersendiri ikut kemampuan anda, bukan menunggu untuk lengkap segalanya kerana itu hanyalah alasan anda untuk tidak mahu berubah.

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Nasihat untuk KAYA kepada anak-anak muda! 1. ELAK beli kereta baru dahulu. Kalau boleh jangan pakai kereta langsung sehingga anda betul-b...

Nasihat untuk KAYA kepada anak-anak muda

Nasihat untuk KAYA kepada anak-anak muda!

1. ELAK beli kereta baru dahulu. Kalau boleh jangan pakai kereta langsung sehingga anda betul-betul WAJIB memerlukannya.
2. HIDUP ikut kadar kemampuan diri di dalam perbelanjaan. Pastikan PERBELANJAAN tidak melebihi PENDAPATAN.
3. ELAK buat pinjaman peribadi JIKA tujuannya membeli LIABILITI.
4. ELAK guna kad kredit jika anda tidak ada jatidiri atau tidak ada kekuatan untuk kawal diri.
5. Paksa SIMPAN duit sebanyak mungkin untuk tujuan PELABURAN.
6. TIMBA ilmu kewangan dan CARI ilmu pelaburan walau sesibuk mana.
7. CARI kawan yang berfikiran POSITIF yang selalu mencari ruang untuk TINGKATKAN kemajuan diri.
8. JAUHI rakan yang selalu membuang masa dengan perkara-perkara yang lagho dan tidak ada masa depan.
9. PENTINGKAN pengurusan MASA dan DISPLIN diri.
10. BELAJAR bagaimana merangka dan merancang masa depan.

HIDUP ini bukan semudah seperti kita menghirup udara dan melepaskannya kembali sepertimana kita bernafas. Ianya memerlukan PENGORBANAN masa, tenaga dan wang ringgit!
Tindakan yang betul SEKARANG akan menentukan kehidupan MASA DEPAN yang lebih cerah, tenang, bahagia serta terjamin!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Formula kaya! Dapat gaji, apa yang anda bayar dulu? Ingat formula kaya: PENDAPATAN > perbelanjaan 1. Bayar diri anda dulu! (Pay your...

Formula kaya

Formula kaya!

Dapat gaji, apa yang anda bayar dulu?

Ingat formula kaya:

PENDAPATAN > perbelanjaan
1. Bayar diri anda dulu! (Pay yourself first!)
2. Tolak komitmen wajib seperti sewa rumah, bil-bil utiliti, pinjaman rumah/kereta, yuran tadika/taska, insuran perlindungan/perubatan, unit amanah, dll.
3. Tolak belanja makan secukup rasa@bulanan.
4. Tolak duit minyak kereta@bulanan.
5. Periksa cukai jalan, cukai pintu jika ada.
6. Tolak pelbagai seperti liburan, hiburan dan kecemasan.
7. Ada lebih? :Tambah simpanan untuk pelaburan pasif seperti ASB atau unit amanah atau insuran.
8. Tak cukup? : kurangkan lagi perbelanjaan no.3, 4, 6 dan 7.
9. Tak cukup lagi? : kurangkan % no.1.
10. Masih tak cukup juga? : rupanya anda tidak faham formula kaya... pastikan pendapatan semestinya lebih besar dari perbelanjaan bukan sebaliknya sebab itu anda tidak kaya-kaya.
Anda guna formula miskin:-
pendapatan < PERBELANJAAN

Semuanya adalah tentang kebijaksanaan anda mengawal aliran tunai anda... CASHFLOW-IQ.
Berbalik kepada formula kaya...

Kenapa bayar diri anda dulu? Asingkan siap-siap dulu untuk dijadikan sebagai simpanan yang dilupakan. Digunakan hanya bila ada keperluan untuk hal-hal berkaitan peluang dan pelaburan aktif yang menarik yang tiba-tiba datang dan jatuh ke riba anda sahaja.

INGAT! Jika ianya jatuh ke riba orang lain, biarkan sahaja, jangan anda cuba masuk campur urusan pelaburan orang lain supaya simpanan anda terselamat.

Belajar bagaimana orang kaya mengurus kewangan@aliran tunai@cashflow mereka jika anda bercita-cita mengikut jejak mereka! Jom belajar, tak payah heboh-heboh!

Anda buat anda dapat!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Pelaburan adalah merupakan satu perancangan! Tetapi kita selalu menganggap bahawa pelaburan adalah peluang yang menentukan nasib kita... sam...

Pelaburan adalah merupakan satu perancangan

Pelaburan adalah merupakan satu perancangan! Tetapi kita selalu menganggap bahawa pelaburan adalah peluang yang menentukan nasib kita... sama ada untung atau rugi dan ianya datang tanpa diundang!

Itulah sebabnya jika kita mula melabur tanpa ada persediaan yang betul, kita mula berkira-kira berapa keuntungan akan kita buat dalam jangka masa terdekat. Akhirnya kita tetap juga mengalami kerugian. Pelaburan yang tidak dirancang.

Sebenarnya pelaburan juga merupakan satu bentuk 'vehicle' yang akan membawa kita ke satu destinasi seperti yang dirancang. Kita juga perlu merancang kenderaan apakah yang kita pilih untuk sampai ke destinasi impian kita. Faham?

Pelaburan bukan datang dengan sendiri bergolek-golek.

Contoh: Kalau kita hendak ke Singapura kita boleh pilih untuk naik keretapi, kereta, kapalterbang atau 'cruise' untuk ke sana. Terpulang untuk kita pilih atas apa yang kita rancang. Kalau nak cepat sudah tentu kita pilih kapalterbang. Kalau ianya satu percutian kita pilih naik 'cruise'. Kalau ianya perjalanan santai kita pilih kereta.

Dan jika kita inginkan penjimatan saya pilih naik keretapi. Jadi pelaburan adalah satu perancangan untuk kita sampai ke satu tahap kejayaan atau kekayaan yang kita idam-idamkan. Jika anda pilih untuk berjalan kaki untuk ke Singapura itu juga pilihan anda! Tapi hampir pasti anda akan sihat! Jika anda betul-betul merancang untuk perjalanan anda, sudah tentu perjalanan anda akan selamat, tidak penat dan menghiburkan bila sampai di Singapura nanti.

Itu sebab jika ditanya kepada 'orang -orang biasa' tentang pelaburan mereka akan berkata pelaburan itu berisiko tinggi. Dengan sebab itu mereka tidak bertindak atau bertindak mengikut sentimen semasa. Sebab mereka tidak ada perancangan. Sebenarnya yang berisiko adalah diri mereka sendiri.

Bagi pelabur hebat.... pelaburan adalah satu bentuk kenderaan yang membawa mereka kepada 'Financial freedom'. Bagi pelabur hebat jika mereka melabur, keuntungan sudah berada dalam tangan tidak kira ekonomi dunia tergugat, pasaran saham merudum, harga rumah melonjak naik, harga nasi ayam naik dua kali ganda, minyak petrol kejap turun, kejap naik.

Ada mereka kisah? Kita yang sebenarnya yang lebih merungut dan merenung akan nasib malang yang menimpa kita!

Selamat belajar Financial IQ.

0 comentários:

Kekal Kaya! Bijak kumpul harta tidak semesti bijak untuk mengekalkannya! Ramai yang menyangka bahawa jika seseorang itu bijak mengumpul ha...

Kekal KAYA

Kekal Kaya!

Bijak kumpul harta tidak semesti bijak untuk mengekalkannya!

Ramai yang menyangka bahawa jika seseorang itu bijak mengumpul harta maka dengan secara otomatisnya beliau juga bijak untuk mengekalkannya hingga hayat!

Jawapan di atas adalah, anda SILAP BESAR!

Dengan memegang jawatan tinggi dan penting di dalam sesuatu syarikat malah dalam perniagaan sendiri pun, belum tentu anda boleh kekal di dalam jawatan@gaya hidup eksekutif anda hingga akhir hayat.

Jawatan tidak penting sangat, yang lebih utama adalah adakah anda boleh kekal hidup sepertimana gaya hidup yang anda selama ini nikmati dan idamkan. Semuanya berkait dengan kekuatan kewangan anda pada masa itu bukan pada kuasa, bukan kekuatan tenaga, bukan jawatan dan bukan juga pengaruh anda.

Statistik mengatakan bahawa 85% orang berkerjaya akan hidup miskin selepas 2 tahun menerima wang KWSP. Hanya 15% peratus yang boleh kekal hingga 10 tahun.

Itulah sebabnya anda perlu bersedia dari sekarang. Malah boleh saya katakan WAJIB! Belajar mendapatkan ilmu cara untuk mengekalkan kekayaan anda dan anda boleh pula menurunkan kepada generasi kedua dan seterusnya.

Itu pun jika generasi kedua anda belajar bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak wang yang akan membawa legasi anda sebagaimana anda menurunkannya!

0 comentários:

Jika anda BUKAN seorang doktor pakar, akauntan bertauliah, jurutera berkompeten, saintis angkasalepas, atau apa sahaja yang membuat anda mer...

Tak perlu jadi professional untuk KAYA

Jika anda BUKAN seorang doktor pakar, akauntan bertauliah, jurutera berkompeten, saintis angkasalepas, atau apa sahaja yang membuat anda merasa tidak layak untuk anda bergelar seorang profesional, jangan anda merasa rendah diri untuk tidak layak menjadi kaya! Hatta anda juga bukan seorang menteri, Datuk, Dato' Seri, Tan Sri pelbagai gelaran dan darjat.

Kaya tidak memerlukan semua jawatan, pangkat atau kepakaran itu. Kaya hanya perlu ilmu bijak wang, IQ WANG atau 'Financial IQ'. Itu sahaja dan sudah tentu anda perlu ada sedikit modal, kreatif dan usaha yang berterusan!

Anda juga tidak perlu menjadi ketua perompak atau ketua gangster untuk menjadi kaya. Apa guna menjadi kaya jika pasti anda akan duduk di belakang tirai besi!

Kalau anda rasa anda sudah terlepas untuk belajar masuk universiti, masuk politik atau menyertai gang jalur tiga, anda masih berpeluang untuk menjadikan diri anda bijak wang.

Gunakan apa yang anda ada untuk lipatgandakan nilai bersih kekayaan anda dengan cara betul dan selamat.

Dan jangan ingat jika kita seorang profesional kita boleh menjadi kekal kaya!

Ramai di luar sana yang gagal dalam hidup walaupun mereka mempunyai kelulusan tertinggi. Mereka kecundang kerana mereka tidak mempunyai ilmu bijak mengurus wang!

Kenapa anda harus melarikan diri daripada polis dan Badan Pencegah Rasuah semata-mata untuk menjadi kaya?

Anda ada peluang untuk menjadi kaya jika anda mula belajar sekarang! Jika anda merasakan apa yang anda ada sekarang sudah cukup selesa, anda tidak perlu membuat apa-apa lagi yang ajaib. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Tetapi jika sebaliknya, anda wajib berubah. Belajar bagaimana orang kaya melakukannya!

 Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Minda, tabiat dan tindakan menentukan kita berada di dalam golongan mana! 1. Golongan Miskin 2. Golongan Pertengahan 3. Golongan Kaya ...

Anda Golongan Mana

Minda, tabiat dan tindakan menentukan kita berada di dalam golongan mana!

1. Golongan Miskin
2. Golongan Pertengahan
3. Golongan Kaya

Kebanyakan orang, mereka ingat mereka berada di dalam golongan kaya! Apa tidaknya, mereka hidup mengikut gaya dan cara hidup macam orang kaya!

Sebabnya mudah! Mereka memakai kereta mewah. Tinggal di rumah mewah. Makan di restoren yang mewah. Berkawan dengan orang kaya-kaya yang memang suka bermewah-mewah!

Sebelum anda mengaku anda berada di dalam golongan kaya dan mewah mari kita buat sedikit timbang tara kekayaan anda!

1. Berapa nilai bersih kekayaan (networth) anda sekarang? Anda tahu?

2. Anda sudah mempunyai pendapatan pasif? Atau anda tak tahu apa itu pendapatan pasif?

3. Adakah aliran tunai (cash flow) anda sihat? Pun anda tidak faham?

Jika jawapan anda masih kabur kepada ketiga-tiga soalan di atas, jangan anda berangan untuk duduk di dalam golongan kaya! Anda hanya berangan-angan kaya sahaja. Perasan kaya! Atau anda memang kaya secara semulajadi tanpa anda sedari?

Walaupun anda nampak hidup mewah pada zahirnya, anda mungkin sebenarnya berada di dalam golongan pertengahan malah silap haribulan sebenarnya anda berada di dalam golongan miskin.

1. Lihat baki terkini buku bank akaun anda!
2. Tengok baki tertunggak kad kredit anda!
3. Kira wang baki poket anda yang tinggal daripada gaji bulan lepas!
4. Baca betul-betul surat dari bank, berapa bulan pinjaman rumah dan kereta anda tertunggak!
5. Perhati senarai yang anda sendiri buat untuk mencari mangsa sipemiutang (sipemberi pinjam wang) bagi menampong hutang anda yang sedia tidak tertanggung!

Tak usah anda menyamar menjadi kaya jika anda berada di dalam situasi tidak mengizinkan di atas, walhal anda menipu diri anda sendiri.

Belajar bagaimana menjadi orang kaya sebenar dan bukan menjadi orang yang berpura kaya! Dikhuatiri anda sebenarnya sedang menghampiri hidup sebagai seorang yang muflis!

Perbetul minda, tabiat dan tindakan anda dahulu!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Anda pernah dikhianati? Atau anda pernah ditimpa musibah besar? Jangan anda merasa terlalu gundah gulana! Semua orang mengalaminya, ditip...

Redha untuk reda



Anda pernah dikhianati? Atau anda pernah ditimpa musibah besar?

Jangan anda merasa terlalu gundah gulana!

Semua orang mengalaminya, ditipu berpuluh ribu malah beratus ribu ringgit hinggakan kita merasa dunia menjadi gelap gelita dibuatnya. Pernah dikhianati oleh saudara mara sendiri sehingga putus saudara? Oleh sahabat karib? Oleh jiran tetangga? Duit bukan segala-galanya walaupun segala-galanya perlukan duit!

Cara terbaik untuk meredakan tekanan emosi anda adalah meredhakan perbuatan mereka. Tetapi jika anda tidak mampu, setidak-tidaknya, tidak ada tertanam sedikit pun di dalam benak jiwa kita untuk membalasnya. Itu pun sudah cukup baik.

 Malah lebih baik jika anda dapat memaafkan pula perbuatan khianat mereka itu. Itu yang terbaik!

Tetapi yang lebih penting daripada itu, berapa lama anda boleh membuang ingatan itu dari terus menghantui dan menjadi igauan dalam hidup anda? Kalau anda redha memang cepat anda akan melupakan peristiwa itu. Lebih cepat lebih bagus. Dan anda boleh meneruskan kehidupan anda seperti biasa tanpa ada perasaan dendam yang membara!

Lebih cepat anda mengambil masa anda untuk melupakan peristiwa hitam itu, lebih baik. Sikap sebeginilah, dilazimi secara semulajadi di dalam diri orang-orang yang hebat dan berjaya.

Dia tidak nampak masa silam sebagai penghalang untuk terus maju ke hadapan. Setiap perbuatan khianat terhadap dirinya bukan membantutkan hasratnya untuk berjaya malah lebih bersemangat untuk membuktikan bahawa Allah itu ada dan Allah itu Maha Adil lagi Saksama! Mereka tidak mudah berputus asa. Biar Allah yang membalasnya.

Yang penting bagaimana kita menangani diri kita supaya kita tidak menjadi seperti mereka. Jika anda berjaya melepasi rintangan ini, saya tidak nampak mengapa anda tidak boleh pergi jauh. Biar anda meninggalkan mereka mengata pelbagai di belakang anda.

Sebab itulah mereka sentiasa berada nun jauh di belakang anda!

Sedangkan anda yang akan mendahului sampai ke garisan penamat untuk anda menjulang piala kemenangan anda, seterusnya, meninggalkan mereka yang asyik duduk mengata tentang masalah orang lain di belakang anda.

Malah mereka terlalu sibuk pula mencari peluang untuk menikam anda dari belakang! Fokuskan tenaga dan tumpuan anda untuk maju ke hadapan.

Setiap perbuatan baik ada balasannya. Begitu juga jika perbuatan jahat, juga menanti balasannya. Nantikan sahaja. Allah akan menggantikannya kembali malah lebih baik daripada sebelumnya jika anda dikhianati, ditipu malah dianiaya! Berdoa adalah senjata orang Islam!
Jangan biarkan hidup anda tersiksa kerananya! Lihat kesusahan orang lain yang lebih dashyat dan menyayat hati untuk meredakan tekanan anda itu!
Selamat mencuba!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Ambil endah hutang bank anda! Jangan anda ambil lewa jika anda ada tunggakkan dalam bayaran ansuran sebab disitulah bakal bermulanya sebuah...

Ambil Peduli Hutang Bank Anda

Ambil endah hutang bank anda!

Jangan anda ambil lewa jika anda ada tunggakkan dalam bayaran ansuran sebab disitulah bakal bermulanya sebuah penderitaan dalam kehidupan seorang peminjam!

Anda juga ada pinjaman pelajaran? Ada anda ambil kisah tentang bayaran semula pinjaman? Jika tidak, fikir panjang-panjang sebab ianya juga menjadi penentu samada anda akan hidup derita atau bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Jangan anda ingat anda boleh terlepas dari membayar hutang setelah sekian lama anda menghilangkan diri. Tersilap haribulan, anda akan terima juga surat dari pejabat guaman.

Jika anda masih mengambil ringan persoalan berat ini, di dunia lagi anda sudah menempah kesulitan yang amat sangat dalam hidup anda. Itu pun jika umur anda masih panjang!

Masalah besar bermula daripada masalah kecil yang tidak anda tangani dari awal. Ibarat api waktu kecilnya menjadi kawan, bila besar menjadi lawan! Maka bermulalah sebuah kehidupan anda yang penuh dengan ranjau dan berduri!

Jika anda sudah dicap 'MUFLIS' di atas dahi anda, jangan anda ingat anda boleh hidup senang selepas itu! Anda akan disekat untuk ke luar negara. Harta anda yang lain yang anda usahakan selama ini dari hasil titik peluh anda dibekukan dari jual beli yang anda cuba lakukan.

Harta anda disita dan kini diambilalih oleh Jabatan Insolvensi. Harta anda boleh dilelong oleh bank. Anda tak punya apa-apa kuasa atas apa yang telah menjadi hakmilik anda selama ini.

Rumahtangga boleh hancur kerananya. Maruah anda terluntur dengan sendirinya. Diri anda seperti hidup segan mati tak mahu. Mana nak letak muka anda sebab anda rasa dimalukan oleh pihak bank walhal semuanya bermula dari anda sendiri yang tak bertanggungjawab. Nama anda terpampang dalam akhbar-akhbar tempatan dalam ruangan Notis Kebankrapan!

Jika anda tahu dan faham akibat daripada lari dari membayar hutang, tidak kira hutang apa sekalipun, pinjaman kereta atau hutang peribadi, anda masih ada masa untuk membetulkan keadaan.

Itu belum masuk lagi bab hutang kad kredit yang dibayar ansuran tapi tak pernah habis-habis. MasyaAllah, besarnya dugaan hidup ini jika anda tersalah langkah.

Jika anda tahu bahana berhutang dengan niat tidak mahu membayar, jangan mulakan langkah untuk berhutang sebabnya anda akan menderita sepanjang hayat! Anda memang sengaja menempah untuk menjadi bankrap dunia!

Jika pun anda sudah terperangkap dalam hutang, anda masih ada saluran untuk anda mengadu.. AKPK! Khidmat percuma dari Bank Negara!

Jika anda belum lagi terjebak, tolong ambil berat untuk bijakkan diri anda dengan ilmu kewangan!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Biar kita mengawal kehidupan kita dan masa kita. Dan jangan biarkan masa dan kehidupan yang mengawal kita. Anda faham maksud kenyataan diat...

Kita perlu berubah!


Biar kita mengawal kehidupan kita dan masa kita. Dan jangan biarkan masa dan kehidupan yang mengawal kita.

Anda faham maksud kenyataan diatas?Ringkasnya satu mengawal dan satu lagi dikawal. Jika kita inginkan hidup mengikut citarasa dan cara kesukaan kita, kita kena mengawal bukan dikawal.

Dikawal bermakna persekitaran atau pengaruh sekeliling kita yang mencorakkan hidup kita. Samada kita tak mahu berbuat apa-apa atau kita tak mampu berbuat apa-apa.

Jika kita mengawal bermakna apa saja suasana persekitaran kita, kita masih dapat mencorak apa yang kita mahu dalam kehidupan kita. Kita tidak dipengaruhi oleh situasi
sekeliling.

Masalahnya kita tahu tak samada kita mengawal atau dikawal?

Perhatikan senario begini, jika persekitaran anda kotor, adakah anda juga kotor seperti persekitaran anda. Jika sama, bermakna anda 'dikawal'. Tetapi jika persekitaran anda kotor dan anda tetap bersih dan bergaya maka anda masih ada harapan untuk mengubah hidup anda kepada yang lebih baik! Anda sedang mengawal diri anda supaya tidak menjadi kotor!

Bagaimana pula jika persekitaran bersih tetapi anda tetap juga kotor. Adakah situasi ini anda mengawal? Bagi saya kalau dalam situasi begini jika anda masih kotor bermakna anda ada masalah displin diri, tidak peduli dan anda ada masalah dengan jati diri.

Persekitaran seperti tempat kerja, tempat tinggal, rakan-rakan rapat serta kejiranan mempengaruhi hidup anda. Terpulang kepada anda untuk hidup seperti sekarang sehingga akhir hayat atau anda ingin mulakan hidup baru yang lebih bermakna dan menjamin keharmonian rumahtangga dengan lebih terjamin.

Sikap malas dan selesa dengan yang persekitaran yang negatif membantutkan perkembangan diri dan ianya akan mempengaruhi kehidupan keluarga anda.

Ramai yang menganggap penyakit tiga serangkai seperti lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi adalah penyakit keturunan!

Hakikatnya memang menjadi penyakit keturunan jika pemakanan jenis yang sama menjadi kegemaran emak bapa kita sejak kita dilahirkan diturunkan kepada kita menjadi makanan kegemaran kita pula jika tidak dikawal terutamanya terlalu manis, terlalu masin dan terlalu berlemak.

Masakan ibu katakan! Ditambah pula keluarga yang tidak suka gaya hidup sihat seperti bersukan!

Puncanya kita mengawal atau dikawal? Sebab itu kita perlu berubah kepada yang lebih baik. Kawal cara pemakanan, ubah rakan yang negatif dan kalau perlu, pindah kepada kejiranan yang lebih harmoni dan selesa. Ini termasuk soal kawalan dari segi kesihatan dan sudah tentu saya sarankan kawal dari segi kewangan juga!

Jangan salahkan persekitaran dan keturunan kita. Lihat cara kita mengendali kehidupan kita! Adakah kita berpuas hati? Sudah tentu anda perlukan kajian semula!

Selamat berubah!

0 comentários:

Semua orang ingin hidup senang. Namun selalunya hasrat terbantut bila bermula dengan mengambil langkah yang silap. Hidup senang dahulu untu...

Citarasa besar usaha ciput



Semua orang ingin hidup senang. Namun selalunya hasrat terbantut bila bermula dengan mengambil langkah yang silap.
Hidup senang dahulu untuk hidup senang kemudian. Falsafah yang membawa padah.
Walhal, berakit-rakit dahulu berenang-renang kemudian merupakan realiti bagi hidup senang pada masa hadapan. Tetapi berapa ramai yang sanggup hidup susah dahulu? Tidak ramai yang sanggup menangguh hidup senang dahulu....

Bukannya susah untuk hidup senang dengan cara dungu kerana betapa mudahnya mendapatkan wang pinjaman atau hutang peribadi daripada pihak bank malah Ah Long pun sanggup membantu mereka untuk hidup susah di kemudian hari.

Hutanglah yang menjerut orang yang ingin hidup senang dahulu. Paling parah, mereka sanggup menipu keluarga kerana ingin dilihat hidup senang. Sanggup lari dari membuat bayaran hutang yang pernah dibuat dulu. Mereka tidak berasa bersalah pun sehinggalah mereka diisytihar sebagai seorang yang muflis oleh pihak mahkamah! Atau dilempar cat merah di hadapan rumah!

Bermulalah kisah penderitaan seorang yang ingin hidup senang dahulu. Citarasa mereka terlalu besar sehingga mereka terlupa bahawa setiap kejayaan memerlukan pengorbanan masa, tenaga serta kebijaksanaan kewangan. Mereka leka dengan kemudahan mendapatkan wang dengan hanya satu panggilan telefon sahaja.

Citarasa mereka besar tetapi usaha sebenarnya ciput! Tiada perancangan untuk membuat pelaburan sebaliknya sibuk mencari wang dengan cara berhutang untuk hidup senang kononnya, yang akhirnya memakan diri.

Pertahan diri anda dari hidup senang dahulu kerana anda baru masuk fasa pertama kehidupan iaitu fasa untuk berjimat cermat, belanja berhemah, mengumpul wang dan merancang pelaburan. Itu yang perlu dilakukan. Bukan hidup bermewah dahulu!

Jika anda rancang hidup senang dahulu bermakna hidup anda rapuh dan terlalu mudah dipengaruhi oleh pemberi hutang.

Jika anda sudah terjebak dalam gelumang hutang, saya nasihatkan anda muhasabah diri untuk hidup di bawah paras normal. Rancang semula untuk menjelaskan hutang yang membelenggu hidup anda! Berbincang dengan pihak yang memberi hutang untuk mereka menjadual semula bayaran balik. Jangan lari dari hutang kerana ianya bayangan yang amat menakutkan!

Tidak semua hutang itu tidak baik. Anda cuma perlu faham apa itu hutang bernas dan apa itu hutang nahas! Hutang itu tidak bersalah!

Mari belajar asas ilmu kewangan melalui IQ Wang atau anda mungkin terus-menerus menjadi mangsa iaitu hamba kepada hutang nahas!

Selamat belajar!

0 comentários:

Setiap pekerjaan@tugasan kena ada sistem! Adakah anda membuat catatan-catatan seperti di bawah:- 1. senaraikan apa-apa tugas harian 2. m...

Setiap kerja kena ada sistem


Setiap pekerjaan@tugasan kena ada sistem! Adakah anda membuat catatan-catatan seperti di bawah:-

1. senaraikan apa-apa tugas harian
2. mengutamakan tugas-tugas penting
3. pelan jadual tugas ikut keutamaan
4. catat jangkamasa tugasan diambil
5. tandakan selesai tugas
6. nilai pencapaian tugas harian
7. bersedia dengan tugasan mendatang
Nampak seperti satu perkara yang remeh tetapi itulah membuatkan seseorang menjadi kaya dan berjaya dalam hidup. Displin dalam melaksanakan segala macam tugas!
Apa itu tugas?
-Kerja rasmi
-Urusan Peribadi
-Tugasan Khusus /khas
-Projek berjadual


Jika anda tidak mempunyai sistem di atas beginilah jadinya:-
Ramai yang berfikir, "aku ni banyak sangat kerja nak dibuat. Tak tahu yang mana nak buat dulu." Berfikir bermaksud kerja yang ada dalam kepala sahaja dan belum diterjemahkan ke atas kertas atau sekarang ini, ke dalam aplikasi telefon pintar tetapi belum ada apa-apa tindakan lagi!

Itu yang membuat ramai rasa berserabut tentang banyaknya tugas dalam kepala tetapi 'output' atau produktivitinya tak seberapa serta bergantung kepada keadaan semasa serta 'mood' dan bukan ikut masa yang telah dirancang atau ditetapkan.

Jika bos kita kata nak siapkan sekarang barulah kita terkial-kial menyiapkan tugasan. Sibuk tak semenggah, kata orang! Bila keadaan tidak tertekan maka terbengkalai ataupun terlupa, jadi tidak bergeraklah tugasan kita. Kemudian tugasan baru datang lagi. Maka bertimbun-timbunlah tugasan rasmi yang belum selesai. Ini belum masuk bab tugasan peribadi lagi.

 "Balik nanti isteri dah kirim beli barangan dapur, anak pesan cari buku sekolah, malam esok ada mesyuarat AJK surau, petang nanti, janji jumpa kawan nak bincang pasal projek juta-juta", katanya!
Tugasan semalam pun tak buat lagi, "aku sepatutnya nak pos surat pejabat tapi belum sempat beli setem lagi... aduhh", anda mengeluh!

Pernah anda berada dalam situasi begini? Pernah anda terfikir kalau macam ni selalu boleh mati berdiri?

Habis kuat, anda akan kata, "lantaklah apa nak jadi, jadilah! Semua benda aku nak kena buat, ingat aku ni 'superman'?", anda mengeluh mengenangkan nasib malang anda yang tak berkesudahan! Maka Allah makbulkan permintaan anda dan jadilah anda orang biasa-biasa sahaja.

Beginilah jadinya jika anda tidak ada sistem kerja samada rasmi mahupun peribadi!
Anda tak perlu jadi 'superman' tapi jika anda ada sistem, produktiviti anda macam 'superman' tidak pun 'cicakman'!

Ini yang membezakan antara orang yang berjaya kaya dan orang biasa-biasa!

Siapa nak belajar menguruskan masa? Tidak kira anda seorang professional atau kerani biasa mahupun seorang penganggur jika anda bijak menguruskan masa anda sekarang, kejayaan dan kekayaan yang anda akan kecapi bukan lagi atas dasar bernasib baik tetapi sebab anda yang merancang masa anda!

Dengan izin Allah!

Cari ilmu mengurus masa anda!

0 comentários:

Sentiasa ukur baju di badan sendiri! Senang nak faham, kalau badan kita pakai baju saiz S, jangan cuba nak pakai saiz XL. Tanya sesiapa sa...

Ukur baju di Badan Sendiri

Sentiasa ukur baju di badan sendiri! Senang nak faham, kalau badan kita pakai baju saiz S, jangan cuba nak pakai saiz XL.

Tanya sesiapa saja, siapa yang tak mahu hidup senang lenang dan kaya raya?

Cuba kita lihat sejenak disekeliling kita , kita dapat melihat betapa ramainya orang yang nampak hidupnya bagai orang 'ada-ada'. Mana tidaknya, mereka memandu kereta mewah. Dan masih ramai makan di restoren-restoren mewah. Bahkan gaya hidup mereka umpama ahli keluarga korporat yang berjaya! Adakah mereka ini sebenar-benarnya kaya atau buat-buat mampu macam orang kaya?

Persoalannya kenapa kita tak mampu untuk hidup seperti mereka?

Bagi saya, biar hidup mereka dengan cara mereka. Kita kena ukur baju di badan sendiri. Tetapi sampai bila? Aku nak hidup mewah jugak, aku nak pakai saiz XL jugak!

Jangan anda cuba ukur baju anda di badan orang lain! Kalau nak diukur golongan mana kedudukkan kita di dalam masyarakat, saya bagi gambaran yang dikatakan Golongan Pertengahan.

JOM kita tengok kita duduk dalam kategori mana?

Golongan pertengahan mengikut piawai Malaysia: sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kereta mewah, tinggal di rumah banglo dan mempunyai nilai 'net worth' antara RM1juta - RM2juta.

Jika anda belum capai tahap diatas jangan kita ingat kita sudah kaya walaupun anda rasa anda sudah hidup selesa. Hakikatnya, anda sendiri pun tak tahu nilai 'net worth' anda berapa. Jangan berangan hidup cara orang kaya jika anda belum bersedia!

Justeru jangan jadi kaya berpura! Ramai sudah orang terperangkap dalam kaya berpura menyebabkan mereka jatuh muflis! BANKRAP!

Belajar bagaimana nak capai tahap golongan pertengahan dahulu. Jika tidak, kita tergolong dalam golongan keladak yang berada bersama-sama dengan golongan paling bawah. Itu pilihan anda atau memang takdir anda?

Tepuk dada tanya iman!

Anda ingin belajar bagaimana mencapai cara hidup orang kaya


Nukilan Wan Roslan

0 comentários:

Kepada yang belum mampu! Melabur memerlukan wang modal. Bagaimana jika saya belum ada wang modal perlukah saya menunggu untuk bercuku...

Melabur dan belajar guna permainan CashFlow

Kepada yang belum mampu!

Melabur memerlukan wang modal.

Bagaimana jika saya belum ada wang modal perlukah saya menunggu untuk bercukupan wang baru boleh saya mula langkah melabur!

Saya jawab ringkas persoalan ini.

Pertama, tengok dulu berapa 'networth' sendiri.

Kedua, kalau kosong, tengok keliling siapa yang boleh jadi kawan(bantu).

Ketiga, buat kira-kira harga rumah dalam budget kita.

Buat perkiraan berapa instalment yg akan kena bayar dan kaji pelbagai faktor lain yg boleh dipertimbangkan.

Buat seperti pergi 'window shopping' tetapi tidak membeli pun. Itu sebab saya suruh tuntut ilmu dan buat latihan tentang ilmu kewangan, baru anda nampak apa yang dimaksudkan.

Jika belum ada modal, main 'game board' seperti 'cashflow' atau permainan yang ada kaitan pelaburan yang banyak terdapat di pasaran bagi meningkatkan ilmu kewangan.

Cari makna tentang pelaburan dalam permainan tersebut. Itulah maksud saya menuntut ilmu kewangan terlebih dahulu jika ada masa dan peluang.

Jangan hanyutkan diri dalam kepompong 'tidak ada wang untuk melabur' maka tidak perlu bertindak! Bertindak untuk tingkatkan ilmu kewangan yang tidak melibatkan wang sebenar!

Bila ada ilmu ini, tak ada wang pun, orang boleh cari jalan untuk beli rumah!! Percayalah komitmen untuk belajar adalah proses pertama bagi yang belum benar-benar mampu dari segi kewangan.

Selamat mencari ilmu kewangan dengan bermain papan permainan cashflow? Atau hadirkan diri ke kelas ilmu atau kursus kewangan dan pelaburan!



0 comentários: