Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Setiap pekerjaan@tugasan kena ada sistem! Adakah anda membuat catatan-catatan seperti di bawah:- 1. senaraikan apa-apa tugas harian 2. m...

Setiap kerja kena ada sistem


Setiap pekerjaan@tugasan kena ada sistem! Adakah anda membuat catatan-catatan seperti di bawah:-

1. senaraikan apa-apa tugas harian
2. mengutamakan tugas-tugas penting
3. pelan jadual tugas ikut keutamaan
4. catat jangkamasa tugasan diambil
5. tandakan selesai tugas
6. nilai pencapaian tugas harian
7. bersedia dengan tugasan mendatang
Nampak seperti satu perkara yang remeh tetapi itulah membuatkan seseorang menjadi kaya dan berjaya dalam hidup. Displin dalam melaksanakan segala macam tugas!
Apa itu tugas?
-Kerja rasmi
-Urusan Peribadi
-Tugasan Khusus /khas
-Projek berjadual


Jika anda tidak mempunyai sistem di atas beginilah jadinya:-
Ramai yang berfikir, "aku ni banyak sangat kerja nak dibuat. Tak tahu yang mana nak buat dulu." Berfikir bermaksud kerja yang ada dalam kepala sahaja dan belum diterjemahkan ke atas kertas atau sekarang ini, ke dalam aplikasi telefon pintar tetapi belum ada apa-apa tindakan lagi!

Itu yang membuat ramai rasa berserabut tentang banyaknya tugas dalam kepala tetapi 'output' atau produktivitinya tak seberapa serta bergantung kepada keadaan semasa serta 'mood' dan bukan ikut masa yang telah dirancang atau ditetapkan.

Jika bos kita kata nak siapkan sekarang barulah kita terkial-kial menyiapkan tugasan. Sibuk tak semenggah, kata orang! Bila keadaan tidak tertekan maka terbengkalai ataupun terlupa, jadi tidak bergeraklah tugasan kita. Kemudian tugasan baru datang lagi. Maka bertimbun-timbunlah tugasan rasmi yang belum selesai. Ini belum masuk bab tugasan peribadi lagi.

 "Balik nanti isteri dah kirim beli barangan dapur, anak pesan cari buku sekolah, malam esok ada mesyuarat AJK surau, petang nanti, janji jumpa kawan nak bincang pasal projek juta-juta", katanya!
Tugasan semalam pun tak buat lagi, "aku sepatutnya nak pos surat pejabat tapi belum sempat beli setem lagi... aduhh", anda mengeluh!

Pernah anda berada dalam situasi begini? Pernah anda terfikir kalau macam ni selalu boleh mati berdiri?

Habis kuat, anda akan kata, "lantaklah apa nak jadi, jadilah! Semua benda aku nak kena buat, ingat aku ni 'superman'?", anda mengeluh mengenangkan nasib malang anda yang tak berkesudahan! Maka Allah makbulkan permintaan anda dan jadilah anda orang biasa-biasa sahaja.

Beginilah jadinya jika anda tidak ada sistem kerja samada rasmi mahupun peribadi!
Anda tak perlu jadi 'superman' tapi jika anda ada sistem, produktiviti anda macam 'superman' tidak pun 'cicakman'!

Ini yang membezakan antara orang yang berjaya kaya dan orang biasa-biasa!

Siapa nak belajar menguruskan masa? Tidak kira anda seorang professional atau kerani biasa mahupun seorang penganggur jika anda bijak menguruskan masa anda sekarang, kejayaan dan kekayaan yang anda akan kecapi bukan lagi atas dasar bernasib baik tetapi sebab anda yang merancang masa anda!

Dengan izin Allah!

Cari ilmu mengurus masa anda!

0 comentários: