Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Pelaburan adalah merupakan satu perancangan! Tetapi kita selalu menganggap bahawa pelaburan adalah peluang yang menentukan nasib kita... sam...

Pelaburan adalah merupakan satu perancangan

Pelaburan adalah merupakan satu perancangan! Tetapi kita selalu menganggap bahawa pelaburan adalah peluang yang menentukan nasib kita... sama ada untung atau rugi dan ianya datang tanpa diundang!

Itulah sebabnya jika kita mula melabur tanpa ada persediaan yang betul, kita mula berkira-kira berapa keuntungan akan kita buat dalam jangka masa terdekat. Akhirnya kita tetap juga mengalami kerugian. Pelaburan yang tidak dirancang.

Sebenarnya pelaburan juga merupakan satu bentuk 'vehicle' yang akan membawa kita ke satu destinasi seperti yang dirancang. Kita juga perlu merancang kenderaan apakah yang kita pilih untuk sampai ke destinasi impian kita. Faham?

Pelaburan bukan datang dengan sendiri bergolek-golek.

Contoh: Kalau kita hendak ke Singapura kita boleh pilih untuk naik keretapi, kereta, kapalterbang atau 'cruise' untuk ke sana. Terpulang untuk kita pilih atas apa yang kita rancang. Kalau nak cepat sudah tentu kita pilih kapalterbang. Kalau ianya satu percutian kita pilih naik 'cruise'. Kalau ianya perjalanan santai kita pilih kereta.

Dan jika kita inginkan penjimatan saya pilih naik keretapi. Jadi pelaburan adalah satu perancangan untuk kita sampai ke satu tahap kejayaan atau kekayaan yang kita idam-idamkan. Jika anda pilih untuk berjalan kaki untuk ke Singapura itu juga pilihan anda! Tapi hampir pasti anda akan sihat! Jika anda betul-betul merancang untuk perjalanan anda, sudah tentu perjalanan anda akan selamat, tidak penat dan menghiburkan bila sampai di Singapura nanti.

Itu sebab jika ditanya kepada 'orang -orang biasa' tentang pelaburan mereka akan berkata pelaburan itu berisiko tinggi. Dengan sebab itu mereka tidak bertindak atau bertindak mengikut sentimen semasa. Sebab mereka tidak ada perancangan. Sebenarnya yang berisiko adalah diri mereka sendiri.

Bagi pelabur hebat.... pelaburan adalah satu bentuk kenderaan yang membawa mereka kepada 'Financial freedom'. Bagi pelabur hebat jika mereka melabur, keuntungan sudah berada dalam tangan tidak kira ekonomi dunia tergugat, pasaran saham merudum, harga rumah melonjak naik, harga nasi ayam naik dua kali ganda, minyak petrol kejap turun, kejap naik.

Ada mereka kisah? Kita yang sebenarnya yang lebih merungut dan merenung akan nasib malang yang menimpa kita!

Selamat belajar Financial IQ.

0 comentários: