Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Ambil endah hutang bank anda! Jangan anda ambil lewa jika anda ada tunggakkan dalam bayaran ansuran sebab disitulah bakal bermulanya sebuah...

Ambil Peduli Hutang Bank Anda

Ambil endah hutang bank anda!

Jangan anda ambil lewa jika anda ada tunggakkan dalam bayaran ansuran sebab disitulah bakal bermulanya sebuah penderitaan dalam kehidupan seorang peminjam!

Anda juga ada pinjaman pelajaran? Ada anda ambil kisah tentang bayaran semula pinjaman? Jika tidak, fikir panjang-panjang sebab ianya juga menjadi penentu samada anda akan hidup derita atau bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Jangan anda ingat anda boleh terlepas dari membayar hutang setelah sekian lama anda menghilangkan diri. Tersilap haribulan, anda akan terima juga surat dari pejabat guaman.

Jika anda masih mengambil ringan persoalan berat ini, di dunia lagi anda sudah menempah kesulitan yang amat sangat dalam hidup anda. Itu pun jika umur anda masih panjang!

Masalah besar bermula daripada masalah kecil yang tidak anda tangani dari awal. Ibarat api waktu kecilnya menjadi kawan, bila besar menjadi lawan! Maka bermulalah sebuah kehidupan anda yang penuh dengan ranjau dan berduri!

Jika anda sudah dicap 'MUFLIS' di atas dahi anda, jangan anda ingat anda boleh hidup senang selepas itu! Anda akan disekat untuk ke luar negara. Harta anda yang lain yang anda usahakan selama ini dari hasil titik peluh anda dibekukan dari jual beli yang anda cuba lakukan.

Harta anda disita dan kini diambilalih oleh Jabatan Insolvensi. Harta anda boleh dilelong oleh bank. Anda tak punya apa-apa kuasa atas apa yang telah menjadi hakmilik anda selama ini.

Rumahtangga boleh hancur kerananya. Maruah anda terluntur dengan sendirinya. Diri anda seperti hidup segan mati tak mahu. Mana nak letak muka anda sebab anda rasa dimalukan oleh pihak bank walhal semuanya bermula dari anda sendiri yang tak bertanggungjawab. Nama anda terpampang dalam akhbar-akhbar tempatan dalam ruangan Notis Kebankrapan!

Jika anda tahu dan faham akibat daripada lari dari membayar hutang, tidak kira hutang apa sekalipun, pinjaman kereta atau hutang peribadi, anda masih ada masa untuk membetulkan keadaan.

Itu belum masuk lagi bab hutang kad kredit yang dibayar ansuran tapi tak pernah habis-habis. MasyaAllah, besarnya dugaan hidup ini jika anda tersalah langkah.

Jika anda tahu bahana berhutang dengan niat tidak mahu membayar, jangan mulakan langkah untuk berhutang sebabnya anda akan menderita sepanjang hayat! Anda memang sengaja menempah untuk menjadi bankrap dunia!

Jika pun anda sudah terperangkap dalam hutang, anda masih ada saluran untuk anda mengadu.. AKPK! Khidmat percuma dari Bank Negara!

Jika anda belum lagi terjebak, tolong ambil berat untuk bijakkan diri anda dengan ilmu kewangan!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: