Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Anda pernah dikhianati? Atau anda pernah ditimpa musibah besar? Jangan anda merasa terlalu gundah gulana! Semua orang mengalaminya, ditip...

Redha untuk reda



Anda pernah dikhianati? Atau anda pernah ditimpa musibah besar?

Jangan anda merasa terlalu gundah gulana!

Semua orang mengalaminya, ditipu berpuluh ribu malah beratus ribu ringgit hinggakan kita merasa dunia menjadi gelap gelita dibuatnya. Pernah dikhianati oleh saudara mara sendiri sehingga putus saudara? Oleh sahabat karib? Oleh jiran tetangga? Duit bukan segala-galanya walaupun segala-galanya perlukan duit!

Cara terbaik untuk meredakan tekanan emosi anda adalah meredhakan perbuatan mereka. Tetapi jika anda tidak mampu, setidak-tidaknya, tidak ada tertanam sedikit pun di dalam benak jiwa kita untuk membalasnya. Itu pun sudah cukup baik.

 Malah lebih baik jika anda dapat memaafkan pula perbuatan khianat mereka itu. Itu yang terbaik!

Tetapi yang lebih penting daripada itu, berapa lama anda boleh membuang ingatan itu dari terus menghantui dan menjadi igauan dalam hidup anda? Kalau anda redha memang cepat anda akan melupakan peristiwa itu. Lebih cepat lebih bagus. Dan anda boleh meneruskan kehidupan anda seperti biasa tanpa ada perasaan dendam yang membara!

Lebih cepat anda mengambil masa anda untuk melupakan peristiwa hitam itu, lebih baik. Sikap sebeginilah, dilazimi secara semulajadi di dalam diri orang-orang yang hebat dan berjaya.

Dia tidak nampak masa silam sebagai penghalang untuk terus maju ke hadapan. Setiap perbuatan khianat terhadap dirinya bukan membantutkan hasratnya untuk berjaya malah lebih bersemangat untuk membuktikan bahawa Allah itu ada dan Allah itu Maha Adil lagi Saksama! Mereka tidak mudah berputus asa. Biar Allah yang membalasnya.

Yang penting bagaimana kita menangani diri kita supaya kita tidak menjadi seperti mereka. Jika anda berjaya melepasi rintangan ini, saya tidak nampak mengapa anda tidak boleh pergi jauh. Biar anda meninggalkan mereka mengata pelbagai di belakang anda.

Sebab itulah mereka sentiasa berada nun jauh di belakang anda!

Sedangkan anda yang akan mendahului sampai ke garisan penamat untuk anda menjulang piala kemenangan anda, seterusnya, meninggalkan mereka yang asyik duduk mengata tentang masalah orang lain di belakang anda.

Malah mereka terlalu sibuk pula mencari peluang untuk menikam anda dari belakang! Fokuskan tenaga dan tumpuan anda untuk maju ke hadapan.

Setiap perbuatan baik ada balasannya. Begitu juga jika perbuatan jahat, juga menanti balasannya. Nantikan sahaja. Allah akan menggantikannya kembali malah lebih baik daripada sebelumnya jika anda dikhianati, ditipu malah dianiaya! Berdoa adalah senjata orang Islam!
Jangan biarkan hidup anda tersiksa kerananya! Lihat kesusahan orang lain yang lebih dashyat dan menyayat hati untuk meredakan tekanan anda itu!
Selamat mencuba!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: