Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Biar kita mengawal kehidupan kita dan masa kita. Dan jangan biarkan masa dan kehidupan yang mengawal kita. Anda faham maksud kenyataan diat...

Kita perlu berubah!


Biar kita mengawal kehidupan kita dan masa kita. Dan jangan biarkan masa dan kehidupan yang mengawal kita.

Anda faham maksud kenyataan diatas?Ringkasnya satu mengawal dan satu lagi dikawal. Jika kita inginkan hidup mengikut citarasa dan cara kesukaan kita, kita kena mengawal bukan dikawal.

Dikawal bermakna persekitaran atau pengaruh sekeliling kita yang mencorakkan hidup kita. Samada kita tak mahu berbuat apa-apa atau kita tak mampu berbuat apa-apa.

Jika kita mengawal bermakna apa saja suasana persekitaran kita, kita masih dapat mencorak apa yang kita mahu dalam kehidupan kita. Kita tidak dipengaruhi oleh situasi
sekeliling.

Masalahnya kita tahu tak samada kita mengawal atau dikawal?

Perhatikan senario begini, jika persekitaran anda kotor, adakah anda juga kotor seperti persekitaran anda. Jika sama, bermakna anda 'dikawal'. Tetapi jika persekitaran anda kotor dan anda tetap bersih dan bergaya maka anda masih ada harapan untuk mengubah hidup anda kepada yang lebih baik! Anda sedang mengawal diri anda supaya tidak menjadi kotor!

Bagaimana pula jika persekitaran bersih tetapi anda tetap juga kotor. Adakah situasi ini anda mengawal? Bagi saya kalau dalam situasi begini jika anda masih kotor bermakna anda ada masalah displin diri, tidak peduli dan anda ada masalah dengan jati diri.

Persekitaran seperti tempat kerja, tempat tinggal, rakan-rakan rapat serta kejiranan mempengaruhi hidup anda. Terpulang kepada anda untuk hidup seperti sekarang sehingga akhir hayat atau anda ingin mulakan hidup baru yang lebih bermakna dan menjamin keharmonian rumahtangga dengan lebih terjamin.

Sikap malas dan selesa dengan yang persekitaran yang negatif membantutkan perkembangan diri dan ianya akan mempengaruhi kehidupan keluarga anda.

Ramai yang menganggap penyakit tiga serangkai seperti lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi adalah penyakit keturunan!

Hakikatnya memang menjadi penyakit keturunan jika pemakanan jenis yang sama menjadi kegemaran emak bapa kita sejak kita dilahirkan diturunkan kepada kita menjadi makanan kegemaran kita pula jika tidak dikawal terutamanya terlalu manis, terlalu masin dan terlalu berlemak.

Masakan ibu katakan! Ditambah pula keluarga yang tidak suka gaya hidup sihat seperti bersukan!

Puncanya kita mengawal atau dikawal? Sebab itu kita perlu berubah kepada yang lebih baik. Kawal cara pemakanan, ubah rakan yang negatif dan kalau perlu, pindah kepada kejiranan yang lebih harmoni dan selesa. Ini termasuk soal kawalan dari segi kesihatan dan sudah tentu saya sarankan kawal dari segi kewangan juga!

Jangan salahkan persekitaran dan keturunan kita. Lihat cara kita mengendali kehidupan kita! Adakah kita berpuas hati? Sudah tentu anda perlukan kajian semula!

Selamat berubah!

0 comentários: