Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Semua orang ingin hidup senang. Namun selalunya hasrat terbantut bila bermula dengan mengambil langkah yang silap. Hidup senang dahulu untu...

Citarasa besar usaha ciput



Semua orang ingin hidup senang. Namun selalunya hasrat terbantut bila bermula dengan mengambil langkah yang silap.
Hidup senang dahulu untuk hidup senang kemudian. Falsafah yang membawa padah.
Walhal, berakit-rakit dahulu berenang-renang kemudian merupakan realiti bagi hidup senang pada masa hadapan. Tetapi berapa ramai yang sanggup hidup susah dahulu? Tidak ramai yang sanggup menangguh hidup senang dahulu....

Bukannya susah untuk hidup senang dengan cara dungu kerana betapa mudahnya mendapatkan wang pinjaman atau hutang peribadi daripada pihak bank malah Ah Long pun sanggup membantu mereka untuk hidup susah di kemudian hari.

Hutanglah yang menjerut orang yang ingin hidup senang dahulu. Paling parah, mereka sanggup menipu keluarga kerana ingin dilihat hidup senang. Sanggup lari dari membuat bayaran hutang yang pernah dibuat dulu. Mereka tidak berasa bersalah pun sehinggalah mereka diisytihar sebagai seorang yang muflis oleh pihak mahkamah! Atau dilempar cat merah di hadapan rumah!

Bermulalah kisah penderitaan seorang yang ingin hidup senang dahulu. Citarasa mereka terlalu besar sehingga mereka terlupa bahawa setiap kejayaan memerlukan pengorbanan masa, tenaga serta kebijaksanaan kewangan. Mereka leka dengan kemudahan mendapatkan wang dengan hanya satu panggilan telefon sahaja.

Citarasa mereka besar tetapi usaha sebenarnya ciput! Tiada perancangan untuk membuat pelaburan sebaliknya sibuk mencari wang dengan cara berhutang untuk hidup senang kononnya, yang akhirnya memakan diri.

Pertahan diri anda dari hidup senang dahulu kerana anda baru masuk fasa pertama kehidupan iaitu fasa untuk berjimat cermat, belanja berhemah, mengumpul wang dan merancang pelaburan. Itu yang perlu dilakukan. Bukan hidup bermewah dahulu!

Jika anda rancang hidup senang dahulu bermakna hidup anda rapuh dan terlalu mudah dipengaruhi oleh pemberi hutang.

Jika anda sudah terjebak dalam gelumang hutang, saya nasihatkan anda muhasabah diri untuk hidup di bawah paras normal. Rancang semula untuk menjelaskan hutang yang membelenggu hidup anda! Berbincang dengan pihak yang memberi hutang untuk mereka menjadual semula bayaran balik. Jangan lari dari hutang kerana ianya bayangan yang amat menakutkan!

Tidak semua hutang itu tidak baik. Anda cuma perlu faham apa itu hutang bernas dan apa itu hutang nahas! Hutang itu tidak bersalah!

Mari belajar asas ilmu kewangan melalui IQ Wang atau anda mungkin terus-menerus menjadi mangsa iaitu hamba kepada hutang nahas!

Selamat belajar!

0 comentários: