Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Minda, tabiat dan tindakan menentukan kita berada di dalam golongan mana! 1. Golongan Miskin 2. Golongan Pertengahan 3. Golongan Kaya ...

Anda Golongan Mana

Minda, tabiat dan tindakan menentukan kita berada di dalam golongan mana!

1. Golongan Miskin
2. Golongan Pertengahan
3. Golongan Kaya

Kebanyakan orang, mereka ingat mereka berada di dalam golongan kaya! Apa tidaknya, mereka hidup mengikut gaya dan cara hidup macam orang kaya!

Sebabnya mudah! Mereka memakai kereta mewah. Tinggal di rumah mewah. Makan di restoren yang mewah. Berkawan dengan orang kaya-kaya yang memang suka bermewah-mewah!

Sebelum anda mengaku anda berada di dalam golongan kaya dan mewah mari kita buat sedikit timbang tara kekayaan anda!

1. Berapa nilai bersih kekayaan (networth) anda sekarang? Anda tahu?

2. Anda sudah mempunyai pendapatan pasif? Atau anda tak tahu apa itu pendapatan pasif?

3. Adakah aliran tunai (cash flow) anda sihat? Pun anda tidak faham?

Jika jawapan anda masih kabur kepada ketiga-tiga soalan di atas, jangan anda berangan untuk duduk di dalam golongan kaya! Anda hanya berangan-angan kaya sahaja. Perasan kaya! Atau anda memang kaya secara semulajadi tanpa anda sedari?

Walaupun anda nampak hidup mewah pada zahirnya, anda mungkin sebenarnya berada di dalam golongan pertengahan malah silap haribulan sebenarnya anda berada di dalam golongan miskin.

1. Lihat baki terkini buku bank akaun anda!
2. Tengok baki tertunggak kad kredit anda!
3. Kira wang baki poket anda yang tinggal daripada gaji bulan lepas!
4. Baca betul-betul surat dari bank, berapa bulan pinjaman rumah dan kereta anda tertunggak!
5. Perhati senarai yang anda sendiri buat untuk mencari mangsa sipemiutang (sipemberi pinjam wang) bagi menampong hutang anda yang sedia tidak tertanggung!

Tak usah anda menyamar menjadi kaya jika anda berada di dalam situasi tidak mengizinkan di atas, walhal anda menipu diri anda sendiri.

Belajar bagaimana menjadi orang kaya sebenar dan bukan menjadi orang yang berpura kaya! Dikhuatiri anda sebenarnya sedang menghampiri hidup sebagai seorang yang muflis!

Perbetul minda, tabiat dan tindakan anda dahulu!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: