Buat sesuatu untuk berubah jika anda rasa hidup anda belum cukup sempurna atau anda ingin keluar dari belenggu kemiskinan!
Fokus apa yang anda ada bukan fokus apa yang anda tidak ada!
Kenyataan di atas boleh diandaikan untuk menjadi maksud, bermulalah ikut kemampuan apa yang anda ada dalam tangan.
1. Jika anda ingin memulakan perniagaan, lihat kepada berapa besar modal anda. Mungkin anda tidak ada modal kewangan pun. Tetapi anda ada idea besar yang hebat! Terjemahkan idea anda itu ke dalam bentuk kertas kerja dan carilah pelabur! Jangan anda kata anda tidak ada modal kewangan tetapi ada pelabur yang berminat sedang menunggu idea anda itu!
2. Jika anda ada modal yang kecil dan juga idea yang kecil, mulakan dengan membuka perniagaan kecil seperti gerai pisang goreng atau burger atau kacang putih sekalipun. Jika anda kata anda tidak ada modal langsung untuk memulakannya, lihat saja ke dalam rumah anda, anda ada dapur, anda ada kuali, anda ada senduk menggoreng, anda ada bekas mangkuk besar dan anda ada senduk penapis dan anda ada ada meja mudahalih untuk anda mulakan bisnes pisang goreng panas anda.
3. Jika anda kata anda tiada tapak tempat untuk berniaga. Anda anda internet, FB dan Instagram untuk membuka tempahan daripada pelanggan.
4. Jika anda kata anda tidak ada apa-apa yang anda boleh sandarkan sebab anda bekerja. "Saya ada wang tetapi tak ada masa", kata anda. Anda boleh upah pekerja untuk anda mulakan langkah berniaga.
5. Anda kata anda takut kena tipu kalau upah orang menjalankan bisnes, saya kata anda memang tidak mahu berubah... itu sahaja!
Jika anda lihat apa yang anda tidak ada maka anda tidak akan memulakan apa-apa pun!
Lihat apa yang anda ada bukan lihat apa yang orang lain ada! Itu akan membuatkan anda takut dan tidak yakin untuk berubah!
Selamat menjalani hidup anda dengan cara anda tersendiri ikut kemampuan anda, bukan menunggu untuk lengkap segalanya kerana itu hanyalah alasan anda untuk tidak mahu berubah.
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
Buat sesuatu untuk berubah jika anda rasa hidup anda belum cukup sempurna atau anda ingin keluar dari belenggu kemiskinan! Fokus apa yang a...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: