Ramai orang ingin berjaya dalam hidup mereka. Ada banyak langkah-langkah menuju kejayaan, namun ianya bergantung kepada tindakan kita send...
3 Tip untuk Kejayaan Hidup
Ada banyak langkah-langkah menuju kejayaan,
namun ianya bergantung kepada tindakan kita sendiri.
Di sini saya ingin kongsikan 3 tip mudah:
Kenalpasti apa yang anda inginkan
Ini adalah langkah penting, tanpa mengetahui di mana destinasi
anda, anda tidak akan sampai di sana.
Apabila anda memandu kereta, anda pasti tahu ke mana lokasi
yang anda ingin pergi.
Jika anda tiada destinasi, anda akan terus memandu dan memandu
entah ke mana.
Jika anda inginkan kejayaan, anda mesti tahu apakah yang anda inginkan.
Anda boleh mulakan dengan menulis apa yang anda inginkan.
Ia nampak mudah, tapi ramai yang tidak peduli tentang langkah ini.
Perhatikan Emosi Anda
Emosi merupakan elemen penting dalam menarik kejayaan kepada
diri anda. Emosi juga menyebabkan proses Hukum Tarikan berlaku.
Apabila kita beremosi negatif seperti kekecewaan, sebenarnya
kita menarik lebih banyak perkara kekecewaan kepada kita.
Jika kita beremosi positif seperti kegembiraan, kita menarik lebih banyak
perkara gembira dalam kehidupan kita.
Perhatikan emosi kita agar sentiasa positif, supaya akan berlaku
perubahan positif dalam diri kita
Tenang
Ketenangan menunjukkan energi positif sedang bertindak.
Stress/tekanan akan memperlahankan proses Tarikan.
Ini adalah faktor utama mengapa seseorang mengambil masa
yang lama untuk mencapai impian mereka.
Tekanan ini menghalang proses tarikan.
Apabila kita dalam keadaan tenang, ini membenarkan aliran
energi mengalir dalam diri anda dan seterusnya menghasilkan
emosi positif yang akan menguatkan proses tarikan kejayaan.
Semoga tip ini bermanfaat buat anda dan semoga anda terus Berjaya…
Usah risau tentang pemikiran negatif dan jangan cuba untuk mengawalnya. Apa yang anda harus lakukan adalah mula fikir tentang suatu yang b...
Jangan Risau...
Apa yang anda harus lakukan adalah mula fikir tentang suatu yang baik-baik setiap hari.
Hasilkan pemikiran positif sebanyak mungkin setiap hari.
Ketika anda mula untuk fikirkan suatu yang baik, anda akan menarik lebih banyak pemikiran yang baik-baik kepada anda dan akhirnya, pemikiran positif ini akan membuang semua pemikiran negatif yang sedia ada.
Mudah saja kan...
Semoga anda lebih bahagia, kaya & berjaya!
Apa yang kita perlu lakukan adalah memohon kepada Nya dengan berdoa dan percaya serta yakin yang doa kita akan dimakbulkan. Percaya bah...
Sentiasa Memohon Kepada Nya
Percaya bahawa kita akan dapat apa yang kita inginkan.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemberi.
Usah peduli bilakah permintaan kita itu akan dimakbulkan.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kita hanya terus berdoa tanpa henti.
Apabila kita berdoa dan yakin, kita telah menyerahkan kepada Nya.
Dia yang akan menentukan segalanya.
Mudah-mudahan doa kita diterima oleh Nya.
Ramai orang ada berfikiran sebegini: "Susahnya nak cari rezeki…" "Wang tak penting…" "Wang adalah sumber k...
Rahsia Kekal Positif
"Susahnya nak cari rezeki…"
"Wang tak penting…"
"Wang adalah sumber kejahatan…"
"Kita perlu bersusah payah untuk mencari wang…"
"Orang kaya selalu tamak…"
Dan banyak lagi kepercayaan negatif yang ada pada mereka.
Sebab itulah hidup mereka biasa-biasa saja, malah lebih teruk.
Mereka perlu tahu bagaimana untuk menukar kepercayaan negatif
kepada positif melalui teknik-teknik Hukum Tarikan atau Law of Attraction.
Dan secara tidak langsung akan mengubah kehidupan keseluruhannya dari
pelbagai aspek termasuk kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan.
Kehidupan anda berada di tangan anda, tetapi anda mesti belajar untuk mengawal pemikiran anda. Kesemua masalah anda - ketakutan, keraguan ...
Minda Anda Penentu Kejayaan Anda
Kesemua masalah anda - ketakutan, keraguan dan kegagalan adalah kerana MINDA anda yang mengawal anda.
Minda anda yang mengambil alih yang memperhambakan diri anda dan menjadi mangsa oleh pemikiran negatif yang tidak terkawal.
Anda perlu mengambil langkah mengawal minda anda dan juga pemikiran anda. Setiap hari...setiap saat...perhatikan pemikiran anda.
Apabila pemikiran negatif datang, cepat-cepat buang dan jangan biarkan pemikiran negatif itu bersarang dalam minda anda.
Ubah serta merta dengan memikirkan lebih banyak pemikiran positif yang lebih bagus dan lama-kelamaan pemikiran positif sentiasa datang dalam diri kita. Inshaa Allah...
Saya doakan anda terus bahagia, kaya dan berjaya di dunia & akhirat.
Kata Henry Ford, "Jika anda fikir anda boleh, anda betul. Jika anda fikir anda tidak boleh, anda juga betul." Kata Nap...
Sistem Kepercayaan Diri - Penentu Realiti Hidup Anda
Di antara ayat-ayat Al-Quran yang berhubung dengan rezeki: "(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sola...
Nafkahkah Hartanya
Setiap hari, atau sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu, ambillah beberapa minit dan fokus kepada melihat diri anda di dalam ...
Tips Gembira & Syukur
Kuasa tertinggi yang kita ada adalah kuasa CINTA,dan ia adalah satu-satunya yang kita miliki secara tanpa had. Berapa banyak cinta...
Kuasa Cinta ada pada setiap orang
Memang kita tidak dapat menduga… Bila dan apakah kejadian malang atau sering disebut musibah bakal menimpa kita. Bukanlah kejadian...
Rahsia Tolak Musibah
Tidak ramai orang yang mengenali dirinya sendiri lebih dalam, kebanyakan hanya mengenal dirinya sendiri melalui percakapan orang-orang di se...
Rahsia Kenali Diri
Sehinggakan ramai orang yang tidak mengenal dirinya sendiri, merasakan bahawa dirinya telah "sempurna" dibandingkan orang lain sehingga menimbulkan rasa sombong dan riak terhadap orang lain.
Sebaiknya seseorang harus lebih mengenal dirinya sendiri kerana terdapat beberapa manfaat yang akan memberi manfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain di sekitarnya.
Berikut adalah beberapa Kelebihan Mengenal Diri Sendiri.
Mengetahui Kelebihan Diri
Semakin kita tahu kelebihan yang ada dalam diri kita dan ternyata diakui juga oleh orang di sekeliling kita, maka rasa percaya kepada diri semakin meningkat. Sentiasa tingkatkan atau mempertahankannya.
Mengetahui Potensi yang Terpendam
Ramai orang yang tidak mengetahui potensi yang ada dalam dirinya sehingga seringkali potensi itu tidak dibajai dan "mati" di tengah jalan.
Setelah mengetahuinya, manfaatkan potensi itu dengan segera untuk mencapai matlamat hidup.
Menambah Rasa Syukur kepada Allah
Dengan banyaknya sifat positif, anda pasti tahu bahawa Allah memberikan anda banyak kelebihan yang mungkin selama ini tidak diperhatikan dan disyukuri. Kerana jika kita mensyukuri apa yang diberikan oleh Allah maka Allah akan menambah nikmatNya kepada kita. InsyaAllah.
Mengetahui Kelemahan Diri
Jika anda telah mengetahui kelemahan diri anda bahawa ada sifat negatif yang menjadi 'batu halangan' ketika anda ingin melangkah atau berhubungan dengan orang lain, maka usahakan untuk membuangnya atau mengurangkannya.
Tidak Sombong
Menyedarkan diri supaya tidak bersikap sombong, kerana ternyata masih banyak kekurangan. 'Di atas langit masih ada langit'.
Itulah pepatah yang perlu anda pegang. Sepandai-pandai anda dalam bidang tertentu, pastinya ada orang yang lebih pandai dari anda.
Jadi, jangan mudah sombong apalagi ditambahi dengan merendahkan orang lain, kerana kita ini masih banyak kekurangan.
Jika kita sudah mengetahui potensi diri kita dan juga kekuatan yang kita ada, langkah seterusnya adalah kita harus fokus kepada kekuatan itu dan terus bertindak terhadap kekuatan itu, sudah pasti kejayaan akan datang dalam kehidupan kita. Memang sangat penting untuk kita mengenal diri sebelum mengenal kejayaan.
Jika anda mendapati diri anda dalam situasi yang negatif dengan seseorang, ambillah beberapa minit setiap hari untuk merasakan kas...
Tip Kasih Sayang
Kita lahir dan hidup di dunia ini adalah bukan keinginan dan permintaan kita, tapi kerana kehendak dan kekuasaan Allah SWT semata. Bukank...
Rasai Nikmat Hidup
dan permintaan kita, tapi kerana kehendak dan kekuasaan
Allah SWT semata. Bukankah kita dulunya tiada, kemudian
menjadi ada dan akan menjadi tiada kembali (mati).
Itu adalah kehendak , rahmat dan kasih sayang-Nya semata
kepada semua makhluk Nya.
Ini bererti bahawa, hidup itu sendiri adalah nikmat terbesar
dari nikmat-nikmat yang telah kita terima. Semua nikmat
hakikatnya adalah rezeki dan semua nikmat menjadi tidak
bererti apa-apa jika kita tidak diberi kehidupan.
Oleh itu, gunakanlah nikmat ini sebaik-baiknya agar kita
mendapat petunjuk, keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.
Sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang kita terima dan
sentiasa menyebutnya dan memuji kebesaran Allah SWT.
"Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu
menyebutnya (dengan bersyukur)". – Ad-Dhuha: 11
Sekadar untuk peringatan bersama…
Saya doakan anda bertambah rezeki dan lebih bahagia!
Assalamualaikum.. Jika anda sentiasa mempunyai minda positif, andaakan rasa banyak perbezaan dalam kehidupan. Segalanya akan rasa ...
3 Kunci Minda Positif
Jika anda sentiasa mempunyai minda positif, andaakan rasa banyak perbezaan dalam kehidupan.
Segalanya akan rasa lebih baik dan mudah apabila minda adalah positif.
Ia akan memperbaiki perhubungan, kerjaya, bisnes
dan menjadikan kehidupan luar biasa.
Di sini saya ingin berkongsi 3 Kunci untuk mengekalkan Minda Sentiasa Positif:
Kunci 1 : Tindakan yang mempunyai "Passion"
Daripada anda hidup tak tentu arah dan berpusing seperti rollercoaster, ambillah tindakan untuk menciptajalan kehidupan sendiri. Anda boleh mengawalnya danmula menuju ke matlamat anda dan wujudkan semangat serta "passion" terhadap apa saja yang anda lakukan.
Anda akan dapat rasakan kelainan jika anda bertindakdengan penuh minat dan semangat.
Kunci 2 : Komitmen
Nampak mudah memberi komitmen untuk melakukan sesuatu untuk orang lain, tetapi apabila untuk diri sendiri.. agak susah untuk beri komitmen.
Nak tak nak…wajib beri komitmen untuk diri sendiri dalam menjalankan tindakan, jika inginkan kejayaan sebenar.
Komitmen yang tinggi akan menghapuskan rasa ketakutan dan kerisauan.
Kunci 3 : Rasakan Kesyukuran
Bersyukur atas apa saja yang datang dalam kehidupan anda, samada ianya baik atau kurang baik. Bersyukur atas pengalaman yang anda lalui yang menjadi iktibar buat anda
dan juga atas peluang-peluang yang ada.
Kesyukuran adalah komponen minda positif yang paling besar dan ia membantu anda bergerak ke hadapan dan akan membuahkan hasil kenikmatan yang berganda. Inshaa Allah.
Ada satu lagi kaedah berkesan untuk positif kan diri melalui programming minda dengan kaedah Hipnosis yang mampu menjadikan minda seawal 3 hari.
BAGAIMANA ENGKAU MEMANDANG GURUMU? Al Imam Ali bin Hasan al-Aththas mngatakan : "Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya (maksudnya ter...
Adab Berguru
"Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya (maksudnya terbukanya
"Durhaka kepada orang tua dosanya boleh hapus oleh taubat,
Seorang murid sedang menyapu madrasah gurunya, tiba-tiba
Nabi Khidhir, " kenapa kamu tidak meminta sesuatu dariku ?".
Murid itu menjawab, " Guruku sudah cukup bagiku,
Para ulama ahli hikmah mengatakan, " Barangsiapa yang
Para ulama hakikat mengatakan, " 70% ilmu itu diperoleh
Kenapa 90% orang gagal mencapai apa yang mereka impikan ? Jawapannya simple. Sebab nombor satu ramai orang tidak dapat apa y...
Kenapa 90% orang gagal mencapai impian
Begitu banyaknya nikmat (rezeki) yang telah dianugerahkan kepada kita, sehingga mustahil kita mampu menghitung nikmat-nikmat itu. ...
Nikmat yang manakah yang kamu dustakan?
Tip murah rezeki kali ini mudah sahaja. Hanya dengan MEMBERI… Uji parameter diri dengan Memberi. Memberi sedikit pun tak mengapa...
Rahsia Murah Rezeki
Wang boleh dijemput dengan mudah ke dalam kehidupan kita tanpa bersusah-payah di sepanjang hidup kita. Walau bagaimanapun kita perluk...
5 Tips Menjemput Wang
kehidupan kita tanpa bersusah-payah di sepanjang
hidup kita. Walau bagaimanapun kita perlukan berusaha
untuk bertindak dalam menarik wang dalam hidup kita.
Kita boleh menarik apa yang kita inginkan dalam kehidupan
kita. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan:
1. Sedekahkan wang anda
Jika anda memberi dengan ikhlas, anda akan menerima
lebih banyak lagi. Jika anda menyimpan semua wang anda,
maka anda meletakkan halangan, di mana anda tidak akan
menjemput wang. Untuk menarik wang yang anda mahukan,
sedekahkan wang anda dengan ikhlas. Ketika memberi,
tanamkan dalam minda anda bahawa anda ada banyak lagi
wang pada anda.
"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki
mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman
yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya)
kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak."
(Surah Al-Hadid : 18)
2. Bayangkan ada wang yang banyak
Ini adalah proses visualisasi iaitu apa yang anda bayangkan
dalam minda anda, akan menentukan masa depan anda.
Dengan menjalani kehidupan seperti orang kaya, ia akan
membantu menjemput wang yang anda inginkan ke dalam
kehidupan anda. Contohnya anda makan di hotel mewah
yang anda tidak pernah fikir sebelum ini.
Sebelum anda mengalami perkara yang indah dalam hidup,
anda perlu percaya dan bayangkan ia berlaku dalam hidup
anda. Bayangkan anda mempunyai banyak wang, bermakna
anda telah pun dapat wang tersebut.
3. Jaga wang anda dengan baik
Ramai orang yang tidak tahu bagaimana menjaga wang tunai
mereka. Jika anda ada wang tunai, lipat dengan kemas dan
susun cantik-cantik dalam beg duit anda dengan teratur.
Dengan berbuat demikian akan membenarkan anda menjaga
wang anda dengan baik dan hasilnya adalah anda akan
menjemput lebih banyak wang.
4. Hargai Wang
Ambil sedikit masa dan hargai semua wang yang anda ada
dengan penuh kesyukuran. Apabila anda menghargai sesuatu,
ia menghargai anda semula. Ini adalah Hukum Kesyukuran
(Law of Gratitude). Jika anda memberi kebaikan, anda akan
dapat kebaikan sebagai pulangan.
Bersyukurlah atas segala rezeki yang diberi oleh Nya.
5. Sentiasa ada wang tunai
Daripada ada wang seringgit dalam beg duit, letaklah wang
beratus ringgit. Ini dapat membantu menjemput lebih banyak
wang dalam beg duit anda pada masa akan datang.
Untuk menjemput wang, anda perlu bertindak seperti orang
kaya yang banyak wang. Selalu ingatkan dalam minda bahawa
anda sentiasa ada banyak wang.
Ramai orang yang tersalah pilih kerjaya… Ramai orang yang tersalah pilih bisnes… Ramai juga yang tersalah pilih bidang pembelajaran…...
Kenali diri Anda
Apabila berlaku perubahan kurang baik yang mempengaruhi hidup kita, kita selalu menganggap ianya suatu yang buruk dan menyebabkan di...
Jalan yang mana perlu dipilih - Positif atau Negatif
Penggunaan Hukum Tarikan adalah kaedah yang efektif untuk mengubah kehidupan anda, sekiranya anda melakukannya dengan betul...
Hukum Tarikan - 3 Tips untuk Membantu Anda menarik Impian Anda
Kita ambil contoh peningkatan dalam pendapatan sebagai impian
kita kerana kebanyakan orang mengalami masalah sebegini.
Ayat ini biasa diucapkan oleh ramai orang – "Saya tidak mahu
miskin lagi". Walau bagaimanapun, jika anda melihat pernyataan ini
dengan lebih dekat, anda akan dapati bahawa kata kuncinya
adalah miskin. Jika anda ingin menarik kekayaan, anda tidak
mahu untuk berkata tentang kemiskinan, kerana apa yang
anda cakap, adalah apa yang akan datang kembali kepada anda.
Dalam erti kata lain, kata-kata adalah DOA.
Jadi, sebagai gantinya sebutlah seperti ini, "Saya memiliki lebih wang
supaya saya rasa bahagia dan boleh pergi ke mana-mana sahaja."
Reaksi pertama anda terhadap situasi kewangan anda, seperti
bil kad kredit yang banyak, adalah biasanya menjadi bimbang
yang anda tidak boleh membayarnya dan anda berfikir yang anda
tidak cukup wang untuk membayar semua bil anda. Jika anda kekal
dengan reaksi pertama anda itu, anda akan hanya menarik lebih
kemiskinan. Jadi, anda harus tanya diri anda jika anda boleh melihat
situasi ini secara berlainan.
Lihat apakah yang anda beli dengan menggunakan kad kredit.
Adakah anda suka dengan barang tersebut atau mendapat manfaat
daripada perkhidmatan yang anda bayar? Semestinya anda suka.
Jika anda perlu membayar untuk suatu pembaikan kereta anda,
anda jadi lebih selamat.
Sama juga seperti bil-bil rumah anda. Anda menggunakan elektrik
untuk menerangi bilik, memasak dan menonton televisyen.
Anda menggunakan telefon dan internet untuk menghubungi
rakan-rakan anda, mencari maklumat dan menyediakan hiburan
kepada anda. Hutang rumah atau sewaan rumah anda, memberi
tempat untuk anda berteduh.
Dengan itu, selain daripada merungut tentang bil-bil anda,
bersyukurlah terhadap apa yang anda nikmati selama ini.
Anda mesti terfikir yang mana anda diberi rezeki yang sedikit dalam
kehidupan anda, namun anda boleh mencarinya. Juga apabila anda
tidak mempunyai banyak wang, rumah besar atau kereta mewah,
anda mempunyai kelimpahan rezeki daripada banyak sudut.
Anda mungkin mempunyai ramai kawan dan mungkin anda
mempunyai banyak makanan dan minuman.
Anda ada cuaca yang baik dan apabila hujan turun, ia memberi anda
air minuman, kehijauan padang , pokok buah-buahan dan bunga
berwarna-warni untuk berkembang yang akan menjadi makanan anda.
Jika anda tidak dapat mengenalpasti, anda ada banyak udara yang
anda sedut setiap masa setiap hari. Ia membuatkan anda terus hidup
sehingga kini.
Apabila anda mengenalpasti nikmat, anda perlu mula menghargainya
dan bersyukur. Kemudian anda akan menarik lebih kenikmatan dalam
kehidupan anda.
InsyaAllah…
Manusia suka memberi kerana mungkin mereka banyak harta. Atau kerana mereka mempunyai sifat pemurah semulajadi. Boleh jadi kerana ...
Jemput Rezeki dengan Memberi
Salah satu cara memperbanyak rezeki dengan salawat ke atas Nabi SAW. Dari Samurah bin Jundub RA: Seorang lelaki datang menemui Ra...
Perbanyak Rezeki dengan Salawat
Dalam mencari rezeki, ada orang yang bekerja sampai tak lena tidur dan makan tak kenyang. Bukan hanyasiang, dia terus bekerja sehingga k...
Letih Mencari Rezeki....
Kadang-kadang kita sampai putus asa.
[7 Kesilapan Pemasaran] 1. Tidak kenal pelanggan sendiri. - siapa yang kita nak, siapa yang patut gunakan produk/ khidmat kita - pr...
7 Kesilapan Pemasaran
- siapa yang kita nak, siapa yang patut gunakan produk/ khidmat kita
- produk tak sesuai untuk online kita online kan. Jadi yang nampak tak mahukan produk kita sebab bukan selera mereka.
- perlu tengok produk orang lain jugak untuk buat perbandingan (market research)
- cuba untuk sentiasa improve produk sendiri dengan ramuan, nilai dan presentation.
Tapi bagaimana nak jadikan perniagaan anda lebih unik dan lebih menonjol dari perniaga lain? Anda perlu tahu 10 aspek ini yang boleh men...
Berniaga memang banyak persaingan
Salah satu pelaburan yang boleh anda ceburi adalah melabur dalam emas. Hari ni nilai emas adalah terendah dalam 2-3 bulan ini. Harga RM182/g...
Harga Emas Terendah dalam 2 bulan
How to get rich in your spare time
The Weekend Millionaire's Real Estate Program
Semua orang mahukan duit lebih setiap bulan tak kiralah dengan cara apa pun termasuklah dengan buat side income ataupun jimat duit dengan me...
20 cara jimat wang
Sehubungan itu bagi memenuhi hasrat dan tujuan ebook ini dibuat, maka saya akan berikan beberapa tips dan 20 cara untuk jimatkan duit anda dengan lebih mudah dan senang di samping memperolehi duit poket ‘lebih’ yang dapat menguntungkan anda.
Download ebook 20 cara jimat wang
Download pdf document tentang cara berbelanja dibulan Puasa Download disini
Bijak Wang - Cara Berbelanja di bulan Puasa
Learn to become millionaire in 12 months Download 12 month millionaire
12 Months Millionaire
Women and Money - Owning the power to control your destiny by Suze Orman Download Women and Money - Suze Orman
Women and Money - Owning the power to control your destiny
Women and Money - Owning the power to control your destiny by Suze Orman
Download Women and Money - Suze Orman
A weekly journal & workbook to help you take real control of your money. Cara mudah untuk merancang and menyimpan wang anda. Dow...
52 simple ways to manage your money
Cara mudah untuk merancang and menyimpan wang anda.
Download 52 simple ways to manage your money
Formula Bagaimana Untuk Keluar Dari Beban Hutang Lebih ramai dan ramai orang telah ditelan oleh beban hutang. Saya yakin anda telah m...
Formula Bagaimana Untuk Keluar Dari Beban Hutang
Lebih ramai dan ramai orang telah ditelan oleh beban hutang.
Saya yakin anda telah membaca dan mendengar banyak statistik dan cerita mengenainya di media massa dan sebagainya.
Salah satu kunci kepada kebebasan kewangan ialah dengan menghapuskan hutang tidak baik (bad debt) anda dan mendapatkan hutang baik good debt).
Hutang tidak baik ialah hutang yang menjadikan anda miskin , seperti hutang kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan – ini semua adalah dipanggil hutang pengguna. Anda perlu keluarkan wang dari poket / pendapatan anda untuk membayarnya.
Hutang baik ialah hutang yang anda perolehi di mana sebenarnya ia bekerja untuk anda. Contoh terbaik ialah pinjmana perumahan bagi hartanah yang anda sewakan di mana ia memberikan aliran tunai positif setiap bulan. Hutang baik ialah wang yang anda pinjam untuk membeli asset yang boleh memasukkan wang ke dalam poket anda.
Tetap dengan formula
Ini adalah formula terbaik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang anda. Anda akan dapati bahawa jika anda ikut formula ini anda akan bebas daripada hutang lebih cepat daripada yang anda bayangkan. Sebahagian besar orang ramai mendapati mereka bebas hutang tidak baik dalam masa 5 ke 10 tahun .
Kunci utama di sini ialah kekal dengan formula ini. Anda tidak akan berjaya jika anda berkata,”Saya Cuma tingggalkan ia sebulan,” kemudian dua dan kemudian tiga.
Jika anda kekal denfgan formula ini, ia akan kemudian akan menjadi satu tabiat yang anda akan ikuti sepanjang hayat.
Berikut adalah formulanya:
Langkah 1 : Berhenti mengumpul hutang tidak baik. Apa sahaja yang anda beli melalui kad kredit perlu dibayar dala mjumlah penuh pada setiap hujung bulan. Tiada pengecualian dan alasan tentang ini.
Langkah 2 : Sediakan satu senarai kesemua hutang pengguna (hutang tidak baik) anda. Ini ternasuk semua kad kredit, pinjaman kereta, pinjam,an pendidikan, pinjaman pembaikan rumah dan lain-lain hutang tidak baik yang telah anda buat selama ni. Malahan pinjaman perumahan bagi tempat tinggal sekarang pun perlu dimasukkan dalam senarai ini.
Langkah 3 : Disebelah setiap item yang disenaraikan, buatkan 3 kolum:-
-Jumlah yang dipinjam
-Bayaran bulanan yang minimum
-Bilangan bulan bagi tempoh bayaran
Langkah 4 : Berdasarkan betul-betul di atas Bilangan Bulan, mula letakkan kedudukan setiap satu hutang berkenaan. Letakkan ‘1’ di sebelah bilangan bulan yang paling rendah, no.’2’ di sebelah kedua paling rendah dan teruskan kepada bilangan bulan yang paling tinggi. Ini adalah susunan yang akan anda selesaikan bagi jumlah pelbagai hutang anda.
Pastikan Yang “Pertama Anda Menang!”
Sebab mangapa anda perlu mulakan dengan hutang yang bilangannya bulan paling rendah ialah anda mahu pastikan yang pertama anda “menang” atau berjaya di dalam proses ini secepat mungkin. Bila mana anda telah selesai membayar kad kredit (atau hutang lain), anda akan mula melihat sinar cahaya di hujung terowong.
Langkah 5 : Usahakan untuk dapatkan tambahan RM600 ke RM800 setiap bulan. Jika anda benar-benar serius untuk keluar dari bebanan hutang –dan lebih penting mencapai kebebasan kewangan, cara untuk menjana wang tambahan ini tidaklah sesukar mana.
Secara spontannya, jika anda tidak dapat menjana menjana pendapatan tambahan sebayak itu maka peluang anda untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan adalah tipis.
Langkah 6 : Bayar jumlah minimum pada setiap hutang yang terlah anda senaraikan KECUALI pada yang anda telah tandakan dengan “1”.
Pada hutang ni, untuk dilangsaikan , bayar jumlah minimu yang dituntut dan ditambah dengan jumlah tambahan RM600 ke RM800. Terus lakukan ini setiap bulan sehingga hutang pertama anda langsai. Seterusnya, keluarkan hutang pertama tersebut daripada senarai anda.
Langkah 7 : Tahniah kepada diri sendiri!
Langkah 8 : Bayar jumlah minimum hutang anda yang wajib pada setiap bulan KECUALI terhadap hutang yang anda telah tandakan sebagai “2”. Pada hutang ni, bayar jumlah minimu yang dikehendaki, TAMBAH keseluruhan jumlah yang telah anda bayar pada hutang #1.
Sebagai contoh, jika pada hutang #1 jumlah minimu anda adalah RM160 dan anda tambahkan tambahan RM600 maka anda telah membayar satu jumlah sebanyak RM780 setiap bulan. Pada hutang #2, jika jumlah minimum yang dikehendaki ialah RM200, anda sekarang akan bayar sebanyak RM200+RM760 atau jumlahnya ialah RM960 setiap bulan.
Setelah satu hutang telah langsai, maka kemudian ambil jumlah yang telah anda baayar ke atas hutang tersebut dan tambah ia ke atas hutang anda seterusnya bagi mendapatkan bayaran bulanan yang baru. Anda akan kagum dengan bagaimana cepatnya jumlah ini bertambah dan juga betapa cepatnya kad kredit, pinjaman kereta dan lain- lain dapat diselesaikan. Teruskan proses ini sehingga kesemua hutang tidak baik di dalam senarai anda dapat dilangsaikan.
Langkah 9 : Pada saat ini jumlah bulanan yang anda bayar ke atas hutang terakhir anda menjadi agak besar. Teruskan membayar jumlah tersebut setiap bulan sehingga selesai.
Kecuali sekarang – berbanding membayar kepada pemiutang, anda membayarnya kepada diri sendiri untuk hanya satu jenis pembelian : asset yang memberikan anda aliran tunai positif setiap bulan. Anda akan keluar daripada Rat Race (perangkap hutang) lebih cepat daripada yang anda pernah bayangkan!
12 Rahsia Bisnes Rasulullah - Rahsia Bisnes Pertama: Menjadikan Bekerja Sebagai Ladang Menjemput Syurga - Rahsia Bisnes Kedua: Dalam Du...
12 Rahsia Bisnes Rasulullah
- Rahsia Bisnes Pertama: Menjadikan Bekerja Sebagai Ladang Menjemput Syurga
- Rahsia Bisnes Kedua: Dalam Dunia Bisnes Kejujuran Dan Kepercayaan Tak Boleh Ditawar Sama Sekali
- Rahsia Bisnes Ketiga: Bukan Hanya Boleh Mimpi, Tapi Harus Mampu Mewujudkan Mimpi Itu
- Rahsia Bisnes Keempat: Berfikir Visioner, Kreatif, Dan Siap Menghadapi Perubahan
- Rahsia Bisnes Kelima: Rasulullah Memiliki Planning Dan Goal Setting Yang Jelas
- Rahsia Bisnes Keenam: Pintar Mempromosikan Diri
- Rahsia Bisnes Ketujuh: Membayar Gaji Pekerja Sebelum Kering Keringatnya
- Rahsia Bisnes Kelapan: Mengetahui Rumus 'Bekerja Dengan Cerdas'
- Rahsia Bisnes Kesembilan: Mengutamakan Sinergisme
- Rahsia Bisnes Kesepuluh: Berbisnes Dengan Cinta
- Rahsia Bisnes Kesebelas: Pandai Bersyukur Dan Mengucapkan Terima Kasih
- Rahsia Bisnes Keduabelas: Be The Best! Menjadi Manusia Paling Bermanfaat
0 comentários: